salam

Isnin, Januari 24, 2011

Wakil rakyat wajib jalani ujian kesihatan

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Beberapa anggota Parlimen menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan wakil rakyat menjalani ujian kesihatan setiap tahun untuk mengenal pasti tahap kesihatan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.

Bagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, anggota Parlimen bukan sahaja hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun malah perlu diberi latihan bagaimana untuk mengawal tekanan memandangkan tanggungjawab mereka.

Anggota Parlimen Santubong itu berkata, walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi wakil rakyat mestilah menjaga kesihatan bagi memastikan mereka sihat untuk berkhidmat.

PERHIMPUNAN BANTAH SUK SELANGOR SURAM

Perhimpunan yang sepatutnya menghimpunkan rakyat Selangor seramai 10,000 rakyat ternyata gagal kerana tidak mendapat sokongan orang ramai. 

Perhimpunan yang dinamakan "Hormati Suara Rakyat Selangor" di stadium Kelana Jaya hanya dihadiri kira-kira 500 orang sahaja. Disini membuktikan rakyat sudah ramai memboikot Kerajaan PR kerana terlalu rakus terhadap sesuatu tindakan mereka.

BN Selangor tentang pindaan keranan tidak mahu pegawai kerajaan Pak Turut

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan menentang pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kerana tidak mahu melihat pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri hanya berfungsi sebagai "Pak
Turut".

Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang esok bagi meminda Perkara 52 dalam undang-undang negeri bagi memulangkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri yang terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pakatan pembangkang terbawa-bawa politik derhaka, republikanisasi !!!!

TINDAKAN kerajaan Selangor untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar pada 24 Januari ini secara jelas mampu diinterpretasikan dalam konotasi politik yang mudah bahawa apa saja undang-undang yang menyekat nafsu pentadbiran kerajaan tiga parti ini daripada berkuasa mutlak, maka ia perlu disisihkan. 

Ibarat dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Musang Berjanggut, di mana salah satu wataknya menggambarkan betapa undang-undang mampu diubah, jika seseorang itu berkuasa atas sesuatu jawatan.

Untuk itu, watak dalam filem Musang Berjanggut dalam dunia alaf baru ini jelas tergambar melalui tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang seolah-olah cuba untuk melakukan apa saja bagi mengubah struktur perundangan negeri untuk tujuan menghalalkan tindakannya.

Paderi cetus semula kontroversi !!! Al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan

FLORIDA: Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan ‘Hari Menghakimi al-Quran Sedunia’. 

“Ya, kami akan lakukannya,” kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya.

“Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan. 

“Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia. 

“Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. 

Sultan Kedah tidak mahu masjid jadi medan sebar ideologi

LANGKAWI, 23 Jan. - Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini mengingatkan semua pihak di negeri itu agar tidak menjadikan masjid sebagai medan meraih sokongan atau menyebarkan ideologi masing-masing.

"Mimbar masjid adalah wadah atau ruang memupuk ukhuwah Islamiah sesama muslim dan bukannya gelanggang atau medan melepas geram serta cercaan kepada mana-mana pihak,” titah baginda di sini.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan bangunan baru Masjid Al Ehsan Temoyong di sini. Bangunan baru bernilai RM7 juta itu boleh menampung 2,500 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid, titah baginda seharusnya menjadi institusi untuk menyubur rasa kasih dan cinta sesama Islam.

Dalam titah itu Tuanku Abdul Halim turut melahirkan rasa dukacita melihat umat Islam terus bermusuhan dan bersengketa sesama sendiri.

"Penyakit pecah-belah ini datang dari hawa nafsu dan kepentingan duniawi yang boleh menghancurkan umat, yang untung ialah musuh-musuh Islam yang sentiasa menunggu saat-saat kejatuhan,” titah baginda.

Sultan Kedah seterusnya menggesa agar umat Islam di negeri itu memastikan masjid dimuliakan, dihormati dan tidak dicemari dengan unsur-unsur yang boleh menafikan kekudusannya.

"Beta berharap Majlis Agama Islam Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah meningkatkan pemantauan dan seliaan supaya tidak timbul sebarang kejadian yang mencemar imej dan kesucian masjid di negeri ini,” titah baginda. - Bernama

Ahad, Januari 23, 2011

Hubungan Sentimental Anwar – Azmin


AIDCNews – 23/01/11 – Ummi Hafilda dalam posting terbaru di blognya, srikandi7.blogspot.com mendedahkan Azmin Ali sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menjadi si Tanggang semata-mata kasihnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin Ali ketika berusia 17 tahun
Azmin Ali dilahirkan dalam keluarga yang tidak kaya. Bapanya, Haji Ali bin Omar, seorang pesara tentera dan guru agama mengajar al Quran dan ibunya hanya seorang surirumah. Mereka sekeluarga menetap di Kelang Gate Setapak Kuala Lumpur.
Untuk menyara kehidupan ketika Azmin berusia 17 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai peladang dan pengembala kambing.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS