salam

Jumaat, Disember 31, 2010

Ulama Islam Di Kelantan Tidak Maafkan Nik Aziz !

PASIR PUTEH 26 Dis. - Sebanyak 20 buah pusat pengajian pondok tradisional di negeri ini diminta supaya tidak menyokong kepimpinan Pas bagi menyelamatkan perpaduan Islam dan kepentingan Melayu di negara ini.

Pengasas Pondok Geting di Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, pendirian Pas yang redha menyerahkan teraju kepimpinan negara yang selama ini dipegang oleh orang Islam kepada bukan Islam iaitu DAP jika pembangkang berkuasa cukup mencabar kedaulatan Islam dan kewibawaan Melayu.
Beliau berkata, umat Islam di negara ini termasuk pengasas pengajian pondok di Kelantan perlu bangkit menentang perkara itu sebelum terlambat.

"Kejatuhan kerajaan Melayu Singapura dan kini di Pulau Pinang cukup memberi iktibar untuk kita tidak melakukan kesilapan. Tidak mustahil Pas sendiri akan berputih mata sekiranya mereka membenarkan pucuk pimpinan negara dipegang oleh orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Muzakarah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Aman, dekat sini hari ini.  Seramai 500 peserta terdiri daripada guru agama dan guru kelas fardu ain serta anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program itu.  Abdullah adalah salah seorang ahli panel pada muzakarah itu.


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS