salam

Sabtu, Disember 25, 2010

Sumpah MELAYU beragama ISLAM

Tanggal 10 Februari 1946 bersamaan 8 Rabi’ulawal 1365H, orang Melayu di seluruh negara telah diajak untuk berhimpun secara besar-besaran di Batu Pahat bagi melakukan upacara mengangkat sumpah.

Ia merupakan satu ikrar yang mengandungi agenda atau garis panduan yang wajib dipatuhi dan ditaati oleh kesemua orang Melayu bagi membentuk seterusnya mengekalkan ketamadunan bangsa. Ikrar ini juga disebut sebagai ‘Sumpah Melayu’ untuk Melayu. Maka orang Melayu pun bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus mengharungi cabaran masa depan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara. Lalu termaktublah sumpah ini sebagai SUMPAH MELAYU.

Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa? 

Melayu sebenarnya perlu sedar dan perlu menjelaskan. Ketegasan kita memperkatakan hak dengan penjelasan yang sempurna. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita – lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri. 

Kita mesti mengenal apa yang perlu kita perjuangkan dan pertahankan. Jangan terleka dengan perjuangan politik yang mementingkan segelintir mereka yang mahu terus berkuasa. Kita mahu mereka yang turut membicarakan hak yang perlu dipertahankan demi Melayu untuk Melayu.


SUMPAH MELAYU

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk :

•Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;

•Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;

•Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan

•Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.

Minyak naik lagi... Kerajaan dah tipu rakyat!



Dulu kerajaan kata hanya RON97 yang harganya ikut pasaran manakala RON95 akan diberikan subsidi. Maka berbondong-bondonglah pengguna isi tangki minyak kenderaan mereka termasuk yang bawa Mercedez dan BMW dengan minyak RON95. RON97 cuma untuk kenderaan asing. Dan bila kerajaan naikkan harga RON97 dua hari lepas, ramai yang tarik nafas lega.

Fuh.. Nasib baik harga RON95 masih lagi kekal. Baguslah sebab kerajaan BN benar-benar laksana slogan "Rakyat didahulukan..." Maklum yang isi RON97 tu semua mereka yang berduit. Tup tup semalam lain pula jadinya. Bukan takat RON95 yang naik harga, diesel pun naik... gas pun naik... gula pun naik. Nah kau, siap bagi pakej lagi!


SYABAS KDN

Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas ke atas pelampau parti politik yang sewenang2nya menghemtam kerajaan melalui berbagai cara. Kerajaan patut menghentikan perbuatan petualang politik ini dari berleluasa dari terus mempengaruhi rakyat, seterusnya boleh menimbulkan situasi panik, was was dan meragui kerajaan. Perkara sebegini dibimbangi boleh mencetuskan kekacauan kelak.

Bertindaklah segera, gunakan medium yang ada, banteras segera penyangak2 politik yang bermaharajalela.

Kita dapat lihat bagaimana kes altantuya umpamanya, walaupun ia hanyalah mainan si anak babi RPK, namun ia telah menjadi barah kepada kita. Ini menampakkan kealpaan kita dan tiada usaha yang agresif untuk menghentikan. Usaha pihak pembangkang ini begitu halus sekali mempengaruhi pemikiran rakyat, daripada orang kampong sehinggalah kepada jabatan2 kerajaan sendiri.

Kita tahu Anwar Aljuburi menggunakan taktik saman untuk menutup mulut seseorang, begitu juga pemimpin lain PAS, saman sampai jutaan ringgit, habis semua kecut telor, Nik Ajis pun sekarang dah pandai saman2. Berlembut ada tempatnya, tetapi tidaklah sampai menggigit diri sendiri.

Terkenang era Tun Dr M

by Dr. 1221

PEMUDA UMNO & PERKASA - CARILAH TITIK PERSAMAAN!

Senario terkini untuk orang Melayu cukup menyedihkan.  Gerakan Timurcuba mencari jawapan mengapa berlaku "pertelagahan" di antara PERKASA dan PEMUDA UMNO.  

PEMUDA UMNO sebelum ini dikenali sebagai suara lantang UMNO dalam mempertahankan perkara-perkara dalam perlembagaan.  Selain dari itu, Pemuda juga menjadi kumpulan pendesak kepada kerajaan dalam isu-isu nasional, terutamanya apabila ia melibatkan orang Melayu.  Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan barisan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironiya dengan 'tapisan' ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO.  Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.

UMNO & PERKASA = AUR DAN TEBING?

Asyik beraya, macam2 berita yang GT tak sempat nak follow.  Namun, GT ingin menyentuh tentang isu PERKASA vs pemimpin2 UMNO yg menolak kewujudan PERKASA.  Mengapa berlaku perkara ini sedang matlamat dan tujuan dua organisasi ini boleh GT katakan adalah sama.  

Kelahiran Perkasa juga bukan sebagai parti politik, oleh itu, ia bukanlah saingan pada Umno.  Perkasa dizahirkan kerana ingin mengekalkan perlembagaan, iaitu agama, bangsa dan negara yang mana pada hari ini sedang dipermainkan oleh kambing2 Fuckatan.  Mgkin ada pemimpin Umno yg rasa terhina bila Perkasa muncul, kerana mengambil alih tugas mereka atau cuba menafikan kewujudan Umno.  Fikiran negatif ini harus dibuang sama sekali dari otak pemikiran pemimpin Umno.  Cuba muhasabah diri sendiri, dimana silapnya diri itu dan kenapa orang Melayu sudah melihat Perkasa sebagai SEBUAH PERTUBUHAN YANG WAJIB DISERTAI.  Lihat kembali pada sejarah, bagaimana penyatuan NGO melayu membawa kepada penubuhan PEKEMBAR.  

SEPULUH SENARAI ORANG YANG PALING DIBENCI ZIONIS, MAHATHIR NOMBOR TIGA...

Masa nama Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz disiarkan oleh majalah yang dikuasai oleh Zionis sebagai antara 500 orang paling berpengaruh di dunia, hebohlah para juak-juak dan penjilat-penjilat tegar tentang 'kejayaan' tersebut. Kata mereka, pengiktirafan telah diberikan kepada Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz oleh dunia, memandangkan majalah yang dikuasai oleh Zionis itu merupakan antara yang paling berpengaruh di dunia.


Bagaimanapun, apabila Zionis menyiarkan senarai sepuluh orang yang paling dibenci oleh mereka, dengan nama Tun Dr. Mahathir berada pada kedudukan ketiga, tidak ada sesiapa pun dari kalangan juak-juak dan penjilat-penjilat tersebut berani mengiktiraf atau bertepuk tangan. Bahkan tidak sekelumit pun berita ini disentuh.


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS