Pasukan guaman Anwar – kalau bab menggantung perjalanan mahkamah memang nombor 1. Macam-macam alasan boleh diberi. Kadang-kadang ada tu yang tak logik. Tapi janji boleh pakai – semua disembahkan kepada mahkamah – ironinya, diterima pula tu!
Semalam, Anwar memberi alasan bahawa rumah pakar DNA Australia yang di BAYAR Anwar untuk membantunya dalam prosiding mahkamah dilanda banjir. Bila YA Hakim tanya dia tinggal di bahagian mana di Australia; peguam Anwar hanya cakap ‘ Australia’. Bukannya seluruh Australia yang banjir. Queensland. Gold Coast adalah banjir sedikit. Dan kita tahu, pakar DNA bertaraf dunia yang dibayar oleh Al Gore Foundation tersebut bukannya tinggal di rumah kecil. Dia tinggal di sebuah kondo mewah. Apa kena mengena dengan banjir.