salam

Isnin, Januari 03, 2011

Bukan Islam perlu peka adab di masjid

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata orang bukan Islam termasuk ahli politik tidak dihalang memasuki masjid tetapi adabnya seperti etika berpakaian perlulah dihormati.

Mengulas tindakan anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang berpakaian ketat ketika bersenamrobik di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor baru-baru ini, beliau berkata seorang ahli politik yang memahami pandangan masyarakat berhubung isu keagamaan seharusnya tidak melakukan tindakan yang boleh menyentuh perasaan penganut agama tersebut apatah lagi mengulangi perbuatannya.

“Memang tidak salah masuk ke masjid tapi adab susila harus dijaga. Saya lihat peristiwa berulang ini, seolah-olah tidak mempedulikan perasaan orang lain terutamanya Islam dan masjid.

“Pengalaman yang dilalui sebelum ini tak diambil langsung sebagai peringatan untuk beliau ambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Hijrah 1Malaysia 1Ummah peringkat Wilayah Persekutuan 1432H di sini hari ini.

Khurafat: Perbincangan dengan LPF dipertingkat

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Kerajaan perlu mempertingkatkan perbincangan dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) berikutan semakin banyak filem dan drama televisyen berunsur khurafat dan tahyul ditayangkan sejak kebelakangan ini.

Ia kerana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar), pihak penerbit dan pengeluar filem mempunyai pandangan tersendiri mengenai produksi filem atau drama berunsur berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, perbincangan dan kefahaman mengenai syariat perlu diadakan dengan pihak terbabit supaya pemikiran masyarakat terutama remaja tidak terpesong setelah menonton filem-filem tersebut.

"Saya tidak menolak tentang pembikinan filem yang berunsur khurafat tetapi ia perlu dipandu oleh pendekatan syariat.
"Kita perlu menerangkan kepada orang ramai mengenai perkara-perkara khurafat dan bagaimana mengelakkannya serta sejauh mana wujudnya perkara-perkara tersebut.

Khusrin Masuk Pejabat SUK

SUK baru Khusrin masuk pejabat 6.45 pagi tadi


SHAH ALAM, 3 Jan — Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri seawal 6.45 pagi tadi.


Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah.


Khusrin dijadual akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.


Krismas: Ridhuan Tee pertahan Najib

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Kolumnis kontroversial Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempertahankan dakwaan permintaan pegawai-pegawai Datuk Seri Najib Razak agar simbol-simbol Kristian dialih dan tidak diadakan doa selamat ketika perdana menteri menghadiri majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Krismas minggu lalu.
Malah dalam ruangannya disiarkan hari ini, Ridhuan juga mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, yang meminta Najib agar memohon maaf berhubung perkara tersebut.
Seterusnya, Ridhuan juga berkata, jikapun benar permintaan sedemikian Najib dan pegawai-pegawainya tidak perlu memohon maaf atas tindakan mereka dan ia bukan satu perkara berat.
“Pada saya, jika benarlah berita tersebut, permintaan pejabat Perdana Menteri itu tidaklah terlalu berat.
“Ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik,” kata beliau dalam tulisan terbaru bertajuk “Politik murahan yang memualkan”.

Siapa Dalang Tentang Pelantikan Khusrin?

f
Tindakan Kerajaan Negeri Selangor mempolemikkan pelantikan Setiuasaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan para Exco daripada Pakatan Rakyat tidak boleh membezakan antara tanggungjawab profesional dan politik dalam pentadbiran negeri.


Pelantikan Datuk Mohd. Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru oleh Ketua Setiausaha Negara dan mendapat perkenan Sultan Selangor bukan sahaja mematuhi kehendak peraturan dan undang-undang, malah sangat tepat pemilihannya.


Khusrin bukan sahaja berpengalaman sebagai pentadbir di Selangor malah mempunyai peribadi yang baik sebagai seorang Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Khusrin bukan seorang pegawai muda yang datang dengan tiba-tiba ke dalam pentadbiran negeri Selangor. Sebaliknya beliau merupakan orang lama yang sudah berumur lebih 50 tahun. Justeru daripada segi kelayakan, kekanan jawatan dan pengalaman, Khusrin adalah layak dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjawat jawatan SUK.

Dr Asri: Ustaz jangan lupa 'kerakusan' atasan

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang.


"Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan. 


"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang. 


TAMAK ?

Kenapakah pemimpin-pemimpin bukan Melayu seperti Lim Kiat Siang atau pun media Cina perlu melenting apabila Dato' Mukhriz mencadangkan pemansuhan semua sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil?

Bukankah Kiat Siang melaung-laungkan 'Malaysian Malaysia' yang mahukan identiti bangsa di gantikan dengan identiti kemalaysian seperti yang termaktub di dalam ideologi politik beliau dan DAP?

Secara peribadi, penulis menafsirkan keriuhan mereka itu sebagai tamak.

Mereka mahukan kesamarataan di antara kaum-kaum di negara ini dengan membantah 'ketuanan Melayu'dan mahu bangsa Melayu mengalah tetapi dalam masa yang sama, mereka enggan berkompromi dengan mengambil erti kata 'kemalaysian' yang sebenarnya.

Dan yang menambahkan lagi masaalah ialah mereka tidak faham atau pun buat-buat tidak faham tentang erti kata sebenar maksud 'ketuanan Melayu' yang selama ini digunapakai dengan berkesan di negara ini sehinggakan kaum lain terutamanya kaum Cina begitu makmur dan berjaya dari segala aspek kehidupan.

Malah, ramai yang teruja dengan kemenangan Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang baru dan mula memasang angan-angan bahawa Perdana Menteri Malaysia akan diterajui oleh orang bukan Melayu dalam masa yang terdekat ini.

Kemanakah Hala Tuju NGO Melayu Malaysia?

Penulis ingin merujuk kepada petikan akhbar yang disiarkan oleh MalaysiaKini. Diantaranya:-


Gabungan NGO Melayu Malaysia hari ini menggesa Raja-raja Melayu supaya membatalkan kerakyatan rakyat Malaysia yang mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan menuntut supaya dipertahankan kedudukan istimewa mereka seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka membuat gesaan tersebut di perhimpunan sempena sambutan Maal Hijrah yang diadakan di Georgetown.


Kira-kira 1,500 orang - termasuk 400 kanak-kanak - dari sekumpulan 20 pertubuhan Melayu, menyertai perhimpunan selama dua jam itu yang bermula jam 9 pagi (29 Disember) di Polo Ground, di luar Sri Mutiara - kediaman rasmi Gabenor Pulau Pinang......


JAKIM Pantau Penularan LGBT


AIDCNews – 29/12/10 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memantau penularan budaya negatif, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) yang didakwa semakin berkembang di negara ini.
”Setakat maklumat yang kami peroleh sehingga kini, golongan yang terjebak dengan kegiatan seks songsang semakin bertambah luas sehinggakan ada di kalangan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) juga terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini.
”Oleh itu, JAKIM telah mengarahkan agar setiap jabatan agama Islam negeri membuat pemantauan dan pemeriksaan awal bagi mencegah penularan budaya tidak sihat itu di negara ini,” kata Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia semalam. Klik di sini
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang membuat pengakuan sebagai GAY yang disiarkan dalam satu youtube channel ‘seksualitimerdeka’ bertajuk “It Gets Better In Malaysia: Azwan Ismail, Saya Gay, Saya OK”
“It Gets Better in Malaysia” adalah projek video yang merakamkan mesej harapan untuk golongan muda LGBT Malaysia. Projek yang bertema “It Gets Better in Malaysia” bermaksud walaupun seorang LGBT mengalami kesukaran pada usia remaja (ketika keseorangan) tetapi jika mampu bertahan dan bersedia memperjuangkan hak mereka secara berkumpulan, keadaan akan menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Ketua Pengarah JAKIM berkata kegiatan itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada negara malah turut memberi kesan negatif kepada pembangunan sosial masyarakat.
Katanya, semakin ramai yang berani membuat pengakuan terlibat dengan kegiatan seks songsang itu secara terbuka dan ia merupakan perkembangan yang sangat tidak sihat.
Ucapan Kontroversi Azwan Ismail
Azwan Ismail, editor buku LGBT Malaysia, "Orang Macam Kita"
Azwan Ismail dalam channel youtube ‘seksualitimerdeka’ membuat pengakuan seperti berikut:
“Saya Azwan Ismail, berumur 32 tahun. Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk menyakini diri saya bahawa saya seorang Gay.
“Dan apabila saya berani mengatakan saya seorang Gay kepada orang lain setelah 30 tahun itu, saya telah menjadi seorang yang kuat dan yakin dengan apa yang bakal saya lalui pada masa depan.
“Memang tidak dinafikan agar sukar untuk menjadi seorang Gay di Malaysia, terutama kita adalah seorang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu kita apa yang kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi.
“Tetapi kita (golongan Gay) kena ingat bahawa apa yang diberitahu orang lain, apa yang diberitahu oleh guru-guru kita, ustaz kita, kawan-kawan kita kebanyakannya dari pandangan seorang hetroseksual (seks normal).


TUN MAHATHIR: NIK AZIZ SESAT KERANA ANWAR

Sehari seinci: Kempen beli balik Tanah Melayu

Aku bukan setakat cakap pasal kepingan tanah, tapi segala benda di muka bumi Melayu ni, dari perniagaan kecil sampai konglomerat semua kita kena simpan cita cita untuk beli kembali dari kaum lain, ini bumi Melayu , ini bumi nenek moyang kita


marikita sama sama berusaha membli kembali Tanah Melayu dari kaum lain, seinci sehari lama lama habis kita beli.


mula mula sekali kita wajib menyokong perniagaan Melayu terutama sekali dalam membeli makanan.


Makanan merupakan punca segala galanya, malah kita diajar bahawa semua penyakit bermla dari perut, dari penyakit zahir hingga ke penyakit hati sampailah penyakit jiwa dan batin, semuanya dari makanan, sumber makanan yang tidak dipastikan halalnya boleh menghitamkan hati anak anak kita


Kuat Melayu Bersama Raja

Kuatnya Mealyu bersama Raja
Kuatnya Melayu Bersama Sultan

Bukan Raja yang bijak
Bukan kerana Sultan yang gagah


Kuat Melayu bersama Raja
Kuat Melayu Bersama Sultan

Walau sebijak manapun Raja
Walau segagah manapun Sultan

Kuat Melayu bukan kerana Raja
Kuat Melayu bukan kerana Sultan

Kuat Melayu bersama Raja
Kuat Melayu bersama Sultan

Kuat Melayu pada adab
Kuat Melayu pada rendah diri

Kuat Melayu pada mengalah
Kuat Melayu pada berpada

Sebab itu 

Kuat Melayu bersama Raja
Kuat Melayu bersama Sultan

Raja dijunjung Sultan disanjung
Kerana perintah Allah dan Rasul

Bukan  Raja yang bijak
Bukan Sultan yang gagah


Buang Empat Gejala Penyakit Supaya BN Kuat, DiPilih Rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu anggota-anggota Barisan Nasional (BN) supaya mengikis gejala penyakit khayal, lupa diri, jumud dan angkuh dalam usaha menambat hati rakyat.

“Kita mesti mengelak, mengikis dan membuang jauh empat gejala penyakit itu sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan mereka menjadi kemarahan dan sokongan rakyat bertukar menjadi penentangan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN.

Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.

“(Saya) menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa. Hakikatnya, parti yang terlampau berkuasa jarang melakukan muhasabah terhadap kelemahan diri,” katanya dalam ucapan amanat dasar di Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, kelmarin.

UPDATED - Nazri Botok Buka Mulut Lagi ! MESTI BACA !

Saya sengaja tak mahu komen semasa saya mula2 baca dan postkan artikel tadi. Ikutkan hati memang nak maki je budak botok ni. Beri tenang dulu hati, lepas solat, makan pekena surya sebatang sambil menikmati angin Laut Cina Selatan yang dingin, deruan ombak yang kuat menghempas pantai Batu Buruk jelas kedengaran .... bajet hati dah tenang lah.

Baca balik posting tadi, menyirap balik darah. Bodoh babir bongkak bengap biul balaci botok ni ! Satu lagi B saya tak nak sebut, Kak Kama marah.


Kemudian saya alihkan perhatian saya dari apa yang tersurat dan cuba mengkaji apa yang tersirat. Mengambilkira kenyataan2 bodoh Nazri sebelum ni dan keadaan politik akhir2 ni.


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS