salam

Sabtu, Januari 22, 2011

Doa PAS - Ajaran Sesat ?????

Adakah doa ini yang diamalkan ?????
Nampaknya ada lagi puak JAHIL PAS yang mengajarkan doa seperti ini untuk diamalkan kepada umat serumpun dan seagama mereka.

PAS akan MENANG??? Hahahaha..

Itu sangkaan mereka. Bilangan orang yang datang selalu dikaitkan dengan potensi untuk menang. Janganlah tertipu…  yang ramai-ramai itu bukannya penduduk tempatan tetapi orang luar. 

Hasil maklum balas menunjukkan penduduk tempatan sangat meluat dan benci sikap penyokong-penyokong PAS yang suka mendominasi tempat untuk kem kempen dan tempat berniaga kalangan mereka sahaja. Masjid dan surau bakal menjadi rumah penginapan mereka.

Buat penyokong PAS, usah gah dengan ramainya orang. Usah menipu rakyat di Kelantan. Orang Islam di Johor tidak akan terpedaya dengan ajaran sesat parti PAS serta doa-doa pecah perut mereka.

Habis Hindraf, PRIMA pulak dah

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.
 
Sebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik. 

Perhimpunan Melayu Pasir Salak - 26/02/2011


JEMPUTAN

 -
'PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK' akan diadakan pada:26 hb Febuari 2011, Jam-3.00 Petang, bertempat di Pulau Dato' Sagor, Kg Gajah, Pasir Salak, Perak

Ucaptama oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad "Melayu Bangkit di Pasir Salak' 10,000 umat Melayu dijangka hadir.

Zul Nordin : Anwar Bukan Mahu Berdebat Tapi Mahu Jumpa PM, Tarik Kes Liwat

AIDCNews – 21/01/11 – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak berhasrat untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sengaja melakukan provokasi untuk menarik perhatian Perdana Menteri untuk berjumpa dengannya secara empat mata.
“Sebenarnya pada teman YAB PM tidak perlu menjawab pun cabaran debat Anwar. Ngabihkan boreh je! Sebabnya, Anwar sudah beberapa kali cuba mahu berjumpa empat mata dengan YAB PM. Bukan untuk berdebat, apatah lagi membincang masalah rakyat. Tetapi sebenarnya mahu meminta supaya kes pertuduhan dia meliwat Saiful ditarik balik.

GEMPAR! KELUARKAN MAZLAN ALIMAN DARI FELDA??? MESTI BACA


Melayu tak sedar diri !!!
Mazlan Aliman benar-benar tercabar dengan janji-janji yang diberikan oleh Najib sempena lawatan singkatnya ke Felda Cemplak dan Labis semalam. Habis semuanya diungkit dan disanggahnya. Bahkan dikatakan pula bahawa Felda Cemplak adalah yang termiskin di seluruh Johor kalau tidak pun di Malaysia. 


Kesian sungguh kat anak FELDA yang sudah pun bergelar peguam tetapi masih bermentalitikan dendam kerana rendah diri akibat latar belakang keluarganya bukanlah keluarga kaya tetapi keluarga miskin sehingga terpaksa menyertai FELDA untuk dapat hidup macam orang lain. Barangkali kalau mak bapak Mazlan Aliman tak dapat masuk FELDA, sudah pasti, Mazlan Aliman hari ini mungkin seorang pencari besi buruk yang berkeliaran dari satu tong sampah ke satu tong sampah.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS