Mungkin Itulah harganya yang bakal dibayar oleh rakyaat Malaysia dari kaum Melayu/Bumiputera jika Pakatan Rakyaat berjaya "merampas kuasa" dalam PRU 13 nanti. Ini sekiranya nasib yang dialami oleh Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dijadikan ukuran. Jika alasan penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)adalah kerana pentadbirannya tidak menguntungkan kerajaan negeri Selangor... Adakah kewujudan UITM selama ini memberikan keuntungan kepada kerajaan Persekutuan? Jika dinilai dari wang ringgit, jawapannya tentu sekali "Tidak menguntungkan!!!!". Apa tidaknya, yuran pelajaran yang rendah, bayaran subsidi makan untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, yuran makan dan asrama yang rendah serta lain-lain kemudahan yang di tanggung oleh UITM melalui peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan, tentu sekali ianya bukan suatu "perniagaan" yang menguntungkan!!!
Selasa, Disember 07, 2010
Tergempar !!! UITM Seluruh Negara Bakal Ditutup Kerana Tak Pernah Untung???
Negara Pengeluar ‘Karbon Dioksida’ Terbesar Di Dunia: SINGAPURA DI TANGGA KE TUJUH?
NEGARA Pulau, Singapura tersenarai sebagai pengeluar karbon dioksida ketujuh terbesar di dunia berbanding jumlah penduduknya, akibat lonjakan ekonomi dan gaya hidup mewah rakyat di republik ini.
Firma penasihat risiko global, Maplecroft meletakkan Singapura sebagai pengeluar karbon dioksida ketujuh tertinggi selepas Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Australia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Belanda dan Arab Saudi.
Indeks Maplecroft itu diukur dengan menilai pencemaran karbon dioksida tahunan berikutan penggunaan tenaga, pencemaran per kapita dan pencemaran terkumpul sesebuah negara sejak lebih seabad lalu dari 1900 hingga 2006.
"Keadaan menjadi bertambah buruk dengan kekurangan tenaga bersih berikutan perkembangan ekonomi Singapura dan peningkatan jumlah kenderaan serta peralatan elektronik seperti pendingin hawa menyumbang kepada pencemaran karbon di negara itu," kata Maplecroft dalam satu kenyataan.
Ketika sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan di Mexico mencari jalan bagi mengawal pencemaran karbon yang menjadi punca pemanasan global, keseimbangan alam sekitar di Singapura menimbulkan masalah kepada Asia dan dunia.
Pendekatan hijau Singapura dilihat sangat berjaya dan meletakkannya sebagai hab tenaga diperbaharui di rantau ini tetapi jika semua negara Asia mengikut gaya hidup moden dan mewah seperti rakyat negara ini, pencemaran gas hijau akan melonjak.
"Jika setiap penduduk dunia menikmati tahap penggunaan seperti setiap rakyat Singapura, kita memerlukan tiga planet Bumi untuk memenuhi keperluan sumber," kata jurucakap Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), Chris Chaplin. – AFP
SATU MELAYU: Ada orang kata Singapura adalah sebuah negara bandar yang bersih, kemas, cantik dan teratur. Rupa-rupanya tanpa disedari, negara berkenaan tercemar udaranya dengan ‘karbon dioksida’.
Sultan Kelantan Lucut Dua Pingat Darjah Kebesaran Tengku Razaleigh
SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V perkenan menarik balik dua pingat darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (DK) yang dikurniakan kepada tokoh politik negara, Tengku Razaleigh Hamzah.
Pada sidang media di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Ahad malam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuatkuasa 2 Disember lalu.
Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K) (Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I.
Pada sidang media di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Ahad malam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuatkuasa 2 Disember lalu.
Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.
Mohd Aiseri juga mengumunkan penarikan balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) daripada Dr Yaacob Hussain Merican, 72, serta perlantikan Jaksa Pendamai (J.P), juga berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Tengku Razaleigh, 73, Ahli Parlimen Gua Musang, adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
"Menjunjung titah perintah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Al-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa baginda telah mengampuni perkenan menarik balik darjah kebesaran dan anugerah kedua-dua individu itu,” katanya.
Menurut Mohd Aiseri mereka yang terbabit dalam penarikan balik darjah kebesaran itu telah dimaklumkan melalui surat serahan tangan sehari selepas itu.
Beliau berkata penarikan balik darjah kebesaran itu adalah hak baginda Sultan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda.
Difahamkan Tengku Razaleigh dikatakan mengeluarkan kenyataan menyingung perasaan Tuanku melalui siaran akhbar berbahasa Cina pada 14 September lepas kerana meragui pelantikan Tuanku sebagai Pemangku Raja.
Manakala Yaacob, mewakili anak guamnya dalam mengemukakan saman terhadap pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 Oktober lepas.
Pada Oktober lepas, Sultan Muhammad ke-V menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu termasuk gelaran 'Datuk' kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku mansor.
Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu.
Ketuanan Melayu Ditolak, BANTUAN RAJA MELAYU DIMINTAK?
PELIK sungguh kalau difikirkan tindakan ‘bangang’ dan ‘bercelaru’ kerajaan PKR Selangor apabila Menteri Besar Khalid Ibrahim mengajak rakyat Selangor bekumpul dan berarak ke Istana Negara untuk menyampaikan satu memorandum membantah kenaikan harga air di negeri yang diterajuinya.
Bertambah pelik lagi apabila ribuan penyokong turut sama jadi ‘bangang’ apabila mereka bersedia melakukan bantahan dan cuba berarak beramai-ramai walaupun sedar mereka melanggar undang-undang negara.
Sebagaimana kita tahu, pada Kongres PKR yang baru lau, Presidennya, Wan Azizah membacakan teks ucapan yang menyebutkan parti itu mahu ‘nyahkan’ ketuanan Melayu sebagai dasar baru perjuangannya.
Hakikatnya, ketuanan Melayu ialah ketaatan dan kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu. Justeru, apabila menolak ketuanan Melayu, bererti PKR juga telah menolak kewujudan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termakstub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tidakkah menolak ketuanan Melayu itu bermaksud PKR dan seluruh ahlinya mencampakkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong? Tidakkah itu menderhaka namanya?
Tidakkah menolak ketuanan Melayu itu bermaksud PKR dan seluruh ahlinya mencampakkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong? Tidakkah itu menderhaka namanya?
Bagaimanapun, semalam Khlaid Ibrahim sebagai Menteri Besar PKR untuk negeri Selangor mengajak rakyat menyokongnya menyampaikan memo bantahan kepada Raja Melayu di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Institusi Raja tak mahu tetapi, untuk menyelesaikan masalah ciptaan sendiri di Selangor, MB PKR itu mahu pula memperalatkan Instirusi Raja Melayu – Yang di-Pertuan Agong, konon meminta bantuan menyelesikan masalah yang dihadapinya?
Sedangkan masalah air di Selangor bukanlah masalah rakyat. Ianya masalah politik PKR dan pakatan pembangkang yang mahukan syarikat air di Selangor diserahkan atau diambilalih oleh kroni mereka, terutamanya para tauke dari Singapura yang sedia menanti.
Setelah banyak harta, seperti bangunan kepunyaan PKNS dan Yayasan Selangor dijual kepada tauke-tauke dari Singapura, kini syarikat air di Selangor pula mahu dilacurkan.
Kerana gagal berbuat demikian sebab ada ikatan teknikal dengan kerajaan Persekutuan, maka tindakan mereka terhalang hinggakan usaha menambah bekalan air daripada negeri Pahang pun dihalang melalui kuatkuasa perundangan yang ada ditangan mereka.
Sebenarnya, ‘tarik tali’ kerajaan Selangor yang diterajui pembangkang itulah yang akan menyusahkan rakyat Selangor dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam masalah bekalan air.
Kerana bimbangkan rakyat memberontak dengan isu air di Selangor dan WP Kuala Lumpur, maka jalan mudah yang ada ialah mengadakan satu tunjuk perasaan yang nyata tujuannya hanyalah untuk mengalih isu sebenar yang mereka hadapi.
Tambahan pula, isu janji pilihan raya yang berkaitan dengan bekalan air percuma masih gagal ditunaikan, maka bantahan dan tunjuk perasaan itu terpaksa dilakukan. Juga untuk mengalihkan isu sebenar dari disedari oleh rakyat.
Yang pasti, apa yang dilakukan itulah yang menyusahkan rakyat. Dan rakyat mahu diperdaya dengan ‘cara lama’ yang sememangnya jadi amalan dan satu-satunya kebolehan yang ada pada Anwar Ibrahim.
Hasil bantahan dan memorandum itu tak akan kemana. Masalah air di Selangor dan WP Kuala Lumpur akan berterusan selagi puak-puak pembangkang berkenaan berkuasa.
Hakikatnya, PKR dan Anwar Ibrahim terperangkap dengan jerat yang dipasangnya sendiri. Sendiri yang pasang jerat, sendiri yang kena jerat.
Instirusi Raja diperlekeh, tetapi kepada Institusi Raja pula mereka meminta bantuan.
- HangLekir
Kikis Gejala Khayal, Lupa Diri, Jumud dan Angkuh: SERUAN NAJIB UNTUK ANGGOTA BN
PENGERUSI Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak mengajak pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) mengikis gejala empat jenis penyakit – khayal, lupa diri, jumud dan angkuh, jika mahu menambat hati rakyat.
“Keempat-empat gejala penyakit itu perlu dielak, dibuang dan dikikis sebelum rasa sayang rakyat (terhadap BN) berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan dan sokongan bertukar menjadi penentangan. Semua penyakit itu, terutama keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan menyampah,” katanya menyampaikan amanat dasar bertajuk ‘Mengukuh Barisan, Mendahulu Rakyat’ pada Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA, semalam – Ahad.
Pengerusi BN berkata, perubahan perlu dilakukan kerana lazimnya parti yang terlalu lama berkuasa jarang melakukan muhasabah terhadap kelemahannya.
Najib berkata, penyakit khayalan berlaku apabila mereka berasa khayal dan terawang-awang bahawa sokongan diterima daripada rakyat akan berterusan; penyakit amnesia (lupa) pula kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal; penyakit inertia (kejumudan) terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan, manakala penyakit keangkuhan yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran.
Menurut Perdana Menteri, empat penyakit itu sering melanda parti politik yang sudah lama berkuasa kerana parti yang terlalu lama berkuasa jarang melakukan muhasabah terhadap kelemahan diri.
Beliau berkata, untuk bangun kembali, BN mesti mencari formula pemulihan dan melaksanakan pelan secara konsisten seperti yang diusahakan dan sedang dilakukan untuk memperoleh kemenangan besar seperti yang diidam-idamkan.
“Perkembangan positif dalam parti komponen sejak dua tahun lalu menunjukkan BN sedia mendengar suara rakyat dan akan terus menggarap aspirasi mereka.
“Perkembangan positif dalam parti komponen sejak dua tahun lalu menunjukkan BN sedia mendengar suara rakyat dan akan terus menggarap aspirasi mereka.
“Selama ini, nilai penting yang menjadi penguat kepada BN adalah sifat kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan untuk memimpin berbekalkan wawasan serta kepentingan yang kauh lebih besar.
“Kepentingan itu adalah mewujudkan negara aman, stabil, maju lagi makmur, di mana rendangnya semua dapat berlindung dan berteduh, di mana limpahan nikmat alamnya, semua dapat mencari rezeki, di mana keamanannya, semua dapat membina kehidupan bahagia,” katanya.
Beliau berkata, kepercayaan rakyat terhadap BN perlu terus dipupuk dan dibaja dengan bekerja keras serta berusaha bersungguh-sungguh.
“Dalam kata lain, jangan kita leka dan mudah terpesona. Sifirnya, untuk BN terus menerajui kepemimpinan negara dan negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuh dan diperkuatkan,” katanya.
Dalam ucapan hampir sejam, Najib berkata, berbanding Pilihan Raya Umum 2008, di mana BN yang cuba dimomok-momokkan sebagai sudah suram, kini nampaknya semakin hari sudah semakin pulih.
“Begitulah episod merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas sudah meraih kemenangan besar. Serentak dengan itu, kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi mengaut majoriti, hampir sekali ganda, menunjukkan sokongan rakyat kepada kita sudah berputik dan mekar kembali,” katanya.
Dari dulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara BN adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat.
Dari dulu sampailah sekarang dan mudah-mudahan dengan izin Tuhan hingga selamanya, suara BN adalah suara keramat rakyat, berbicara dan berganding atas nama rakyat.
Dari Perlis sampailah ke Sabah, BN menjiwai degupan sanubari dan hati rakyat, menjadi penyambung rasa, penyambung cita-cita, penyambung lidah serta aspirasi rakyat Malaysia,” katanya.
Chin Peng Gagal Hidupkan Semula Saman
BEKAS Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan anggota parti itu gagal dalam permohonan untuk menghidupkan semula saman sivil terhadap kerajaan Malaysia.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai kuorum tiga hakim Mahkamah Persekutuan mengenepikan penangguhan bagi membenarkan mereka merayu kepada mahkamah paling tinggi itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman mereka.
Alauddin berkata mahkamah sebulat suara memutuskan bahawa perkara yang dibangkitkan oleh pemohon (Chin Peng) untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tidak menepati keperluan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA) untuk membolehkan mahkamah membenarkan permohonan itu. Seksyen 96 menetapkan bahawa penangguhan akan dibenarkan sekiranya isu yang perlu diputuskan Mahkamah Persekutuan itu membabitkan perkara baru dan memiliki aspek kepentingan awam.
Kuorum mengenepikan permohonan oleh Chin Peng dan mengarahkan beliau serta anggota PKM untuk membayar kos guaman RM10,000.
Dua hakim lain ialah Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Heliliah Yusof.
Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua dari Sitiawan menfailkan saman bagi pihak dirinya dan anggota PKM menuntut gantirugi di samping menuntut kerajaan Malaysia atau ejennya supaya berhenti daripada membuat kenyataan berbaur fitnah mengenai mereka.
Saman itu dikemukakan berikutan laporan media pada 21 Mac dan 6 Mei, 2005, mengenai pengumuman Timbalan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Zainuddin Maidin bahawa RTM akan menyiarkan dokumentari mengenai kekejaman penganas komunis selepas Perang Dunia Kedua dan selama sedekad selepas kemerdekaan Malaysia.
Mereka juga menuntut perisytiharan bahawa perjanjian bertarikh 1989 yang ditandatangani di Haadyai, Thailand, antara pemimpin-pemimpin PKM dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang mewakili adalah sah, dan di bawah perjanjian itu sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak tidak harus mengandungi perkataan berbaur fitnah.
Mereka mendakwa kerajaan Malaysia melanggar terma dan semangat perjanjian itu. Pada 30 September tahun lepas Mahkamah Tinggi mengenepikan saman itu, dan pada 27 Julai lepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan Chin Peng dan menetapkan bahawa kerajaan Malaysia tidak melanggar perjanjian yang ditandatanganinya dengan Chin Peng pada 1989.
Dalam pembelaannya kerajaan berkata berdasarkan sejarah dan pengetahuan umum, reputasi Chin Peng dan lain-lain anggota PKM sudah tercemar di mata masyarakat sejak sekian lama.
- Bernama
SATU MELAYU: Nak mampos ape? Dah jadi komunis dan cuba nak rampas negara melalui pemberontakan bersenjata dan membunuh ramai orang, ada hati pulak nak menuntut ganti rugi. Komunis.... komunis....
Anwar anggap Pas tidak penting: ANWAR PENGKHIANAT BANGSA MELAYU....
AHLI Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketika menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, Anwar pernah menasihatkan beliau dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin supaya tidak memberi ruang kepada Pas.
Menurut Zahrain, Anwar menganggap Pas tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang, justeru, para pemimpinnya tidak perlu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Anwar pernah berpesan kepada saya dan Fairus supaya jangan layan sangat Pas kerana Pas bagi Anwar tidak penting di Pulau Pinang.
"Kata Anwar, di Pulau Pinang kita kena jaga DAP.
"Sebab itulah Pas tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri dan Pas hanya diperkudakan saja oleh PKR dan DAP," katanya.
Demikian ulasan dan penjelasan ‘menarik’ seorang bekas orang kuat PKR Pulau Pinang yang lari meninggalkan parti yang memperjuangkan nasib politik Anwar Ibrahim itu kepada wartawan Utusan sebagaimana tersiar di Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas, ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Melalui perjanjian rahsia itu, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang, sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Perjanjian itu turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.
Zahrain menambah, selain Anwar, 'Keluarga Lim' yang terdiri daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai turut menjadi dalang perjanjian PKR-DAP berkenaan.
Jelasnya, beliau tidak hairan kerana ketiga-tiga pemimpin tersebut merupakan orang yang mengatur perancangan itu kerana mereka mempunyai matlamat peribadi.
"Saya percaya ini bukan kerja parti, tapi individu tertentu. Ramai dalam PKR dan DAP sendiri pun tidak tahu. Isu ini melibatkan Anwar dan Keluarga Lim, memang mereka yang mengaturnya," ujarnya.
Zahrain meninggalkan PKR kerana menyedari perjuangan parti itu tersasar jauh daripada apa yang tersurat. Oleh kerana beliau adalah Pengerusi PKR Pulau Pinang (sekarang, bekas), maka apa jua dasar parti itu di negeri berkenaan tentulah disalurkan melaluinya.
Justeru, apa yang dikatakannya mengenai bekas bosnya, Anwar Ibrahim dan PKR tidak harus diragui. Jika ianya dusta atau satu fitnah, maka pihak berkenaan, khasnya Anwar Ibrahim boleh sahaja menyamannya di mahkamah.
Sebagai imbasan kembali, Mohammad Fairus Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, terpaksa meninggalkan PKR atas tekanan dan desakan DAP melalui Anwar. Beliau telah dipaksa meletakkan jawatan bagi membolehkan tempatnya digantikan oleh Mansor Othman, melalui satu pilihan raya kecil di DUN Penanti, tahun lalu.
Ternyata tindakan Anwar menempatkan Mansor sebagai wakil PKR yang jadi Timbalan Ketua Menteri 1, benar-benar menepati cita-rasa dan kehendak DAP dan Lim Guan Eng.
Sebagai Melayu yang jadi ‘kuda tonggangan’ Guan Eng dan DAP, baru-baru ini Mansor membuat kenyataan bahawa ‘Nasib orang Melayu Pulau Pinang sekarang lebih terbela di bawah pimpinan DAP berbanding keadaan mereka di bawah pimpinan Barisan Nasional dahulu’.
Berdasarkan hakikat itu, ternyata apa yang didakwa YB Zulkifli Nordin itu ada kebenarannya. TKM 1 dari PKR sekarang, telah menjadi penyokong Ketua Menteri dengan agenda DAPnya menghalau keluar Melayu Pulau Pinang.
Mansor Othman adalah wakil mutlak Anwar Ibrahim melaksanakan ‘perjanjian rahsia’ PKR-DAP.
SATU MELAYU: Yakin akan berlaku huru-hara di negara ini kalau ‘perjanjian rahsia PKR-DAP’ itu terlaksana, sebagaimana diingatkan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yasin ketika mengulas perkara sama.
Kalau Tragedi 13 Mei 1969 berlaku kerana ‘pakatan rahsia’ Parti Buruh-DAP, apakah tidak mungkin kali ini akan terjadi pula kerana ‘pakatan rahsia’ PKR-DAP?
Kepada ‘Pemimpion Pas’ sekarang, sedarlah bahawa anda semua seharusnya mengambil perhatian serius mengenai isu ini. Isu ini isu besar. Isu yang membabitkan masa depan dan maruah agama Islam dan umat Melayu/Islam. Sesungguhnya Pas telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin chauvanis Cina DAP.
Bila Melayu Hilang Kuasa: PENANG BERUBAH JADI SINGAPURA....
Mampu dan berpeluangkah orang Melayu Penang memiliki Kondo seperti ini????? |
PUAK Melayu tak sedar diri dalam pakatan masih tidak sedar dan tidak percaya bahawa apabila hilang sahaja kuasa Melayu di negara ini, umat Melayu akan tersisih di tanah tumpah darahnya sendiri. Strategi pecah dan perintah melalui serakan penduduk yang bakal dilaksanakan atas nama pembangunan, akan digunapakai oleh pihak berkuasa (pemerintah) bukan Melayu sesuka hati mereka.
Apa yang sedang dan bakal dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang melalui kuasa pemerintahan Lim Guan Eng, adalah bukti nyata bagaimana Melayu mahu dipinggirkan secara halus melalui pelbagai projek pembangunan yang sedang dirancang dengan rapi.
Racangan pembangunan di beberapa buah penempatan tradisi orang Melayu di pulau itu mula digerakkan secara sistematik. Oleh kerana masih ada saki baki perjuangan politik umat Melayu melalui UMNO di sana, DAP dan Lim Guan Eng bertindak dengan berhati-hati. Strategi mereka, tunggu dan lihat keadaan semasa.
Apabila musuh berada pada tahap kuat, mereka akan berundur. Tetapi apabila musuh menjadi semakin lemah dan kucar-kacir, ketika itu mereka akan menyerang. Begitulah strategi atau kaedah yang diamalkan oleh komunis China.
Pemulangan wang ehsan oleh warga emas kaum Melayu baru-baru ini menyedarkan DAP bahawa kelancaran rancangan menjadikan Pulau Mutiara sebagai Singapura 2, agak terganggu sedikit. Bagaimanapun, usaha mereka tidak akan berhenti. Perancangan yang disusunatur oleh para pemikir pimpinan Lee Kuan Yew, belum berjaya dilaksanakan sepenuhnya.
Terbaru, diberitakan bahawa kerajaan negeri telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di kawsan Balik Pulau untuk tujuan pembinaan sebuah IPT. Pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah, 15 Ogos lalu.
Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, YB Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti (berkemungkinan Universiti Nanyang) yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.
Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.
Kepada pemimpin Melayu dari PKR dan Pas yang masih ‘bingal’ dan takut sangat bersuara, sedarlah bahawa kaum kamu sedang dalam proses untuk di usir dari kawasan pulau. Kesemua kampung tradisi Melayu yang masih wujud akan lenyap satu demi satu melalui rancangan pembangunan yang di rencana bagi maksudmenyisih atau menghambat keluar kaum Melayu dari Pulau Mutiara.
Akhirnya nanti semua kawasan Parlimen dan DUN di bahagian pulau tidak ada satu pun yang mejoriti pengundinya dari kaum Melayu. Maka berpeluanglah isteri Lim Guan Eng, Battey Chew - yang kini bertapak di Melaka, diletakkan di salah satu kawasan Parlimen yang bakal diwujudkan itu.
Kalau apa yang sedang dan bakal dilakukan DAP melalui Lim Guan Eng di Pulau Mutiara itu masih tidak cukup sebagai bukti bagaimana kaum Melayu akan terpinggir di tanah airnya sendiri kerana hilang kuasa, apa lagi yang boleh dikatakan?
Kalau Melayu tak sedar diri masih berdegil kerana ego, hasad dan dengki dengan bangsanya sendiri, tunggulah seluruh pantai barat Semenanjung Tanah Melayu akan mengalami nasib serupa. Bermula dari Pulau Pinang ianya akan menurun ke Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan berakhir Johor.
Ketika itu menangis hingga keluar air mata darah sekalipun tidak berguna lagi. Nasi sudah jadi bubur.
7,000 Melayu Penang Hilang Tempat Tinggal: MANA HAK KEISTIMEWAAN MELAYU?
KERESAHAN orang Melayu mengenai ‘akan terhapusnya hak keistimewaan’ telah terjawab dengan apa yang di jelaskan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2010, Khamis lalu.
Selagi sembilan orang Sultan dan Raja Melayu tidak menandatangani atau bersetuju, apa jua pindaan terhadap hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan tidak boleh dilakukan, walaupun dengan keputusan majoriti 2/3 Ahli Parlimen.
Ok. Selesai.... Masalah hak keistimewaan orang Melayu bergantung kepada persetujuan sembilan Sultan dan Raja Melayu. Jangan diungkit dan jangan dipertikaikan lagi. Semua setuju dan faham duduk perkara sebenarnya. Tapi kaum bukan Melayu hendaklah juga jangan membangkit atau menyuarakan tuntutan yang bertentangan dengan hak keistimewaan itu.
Itu dan begitulah yang diberitahu kepada rakyat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
Tetapi! salah seorang perwakilan Umno dari Pulau Pinang, ketika berucap di PAU semalam, Jumaat, mendedahkan bahawa orang Melayu akan terhalau dari Pulau Pinang gara-gara agenda politik DAP yang memerintah negeri itu sekarang, sesuatu yang memeranjatkan dan meresahkan orang Melayu.
Bagaimana sekarang? Hak keistimewaan Melayu masih kekal tetapi, kerana negeri diperintah oleh bukan Melayu, maka orang Melayu pun jadi tersisih? Melayu akan dihalau secara perlahan-lahan melalui perancangan yang beragenda?
Itu satu bukti yang telah dan akan terus berlaku di negeri Pulau Pinang. Bagaimana dengan negeri lain yang ramai penduduknya kaum bukan Melayu? Apa akan jadi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor? Begitu juga dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?
Ketika itu bolehkah orang Melayu hanya bergantung harapan kepada hak istimewa yang termakstub dalam perlembagaan?
Kalaulah hak keistimewaan Melayu itu mampu melindungi hak, kenapa di Pulau Pinang boleh berlaku pencerobohan nyata oleh pemerintah DAP yang jelas bersifat perkauman dan anti-Melayu?
Melayu Pulau Pinang kritikal
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka yang kini cukup kritikal.
Wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri sekarang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong memberi contoh satu lot tanah yang dikhaskan untuk penanaman padi sejak dahulu lagi di Sungai Burung, telah dikeluarkan daripada kawasan yang digazetkan untuk tujuan itu.
“Satu kes lagi ialah sebahagian daripada kawasan di Taman Negeri juga telah dikeluarkan daripada senarai gazet berkenaan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Ia akan membuka laluan untuk pembukaan kawasan lain dalam kategori yang sama.
“Tidak hairan jika satu hari nanti tidak akan ada lagi sawah dan kehijauan hutan di Pulau Pinang. Saya berpendapat kes ini adalah contoh penyalahgunaan kuasa dan ia mesti dihentikan,” katanya.
Beliau berucap membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Kata Muhamad Farid, kajian Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berdasarkan maklum balas daripada kesemua 13 ketua bahagian, 60 kelompok perkampungan orang Melayu meliputi 7,000 penduduk akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di atas tanah milik orang lain.
Menurutnya, Kerajaan Pusat perlu memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan ‘membuka’ kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.
“Jika tidak lebih cepat masyarakat Melayu di Pulau Pinang akan diusir keluar. Ini adalah contoh kes pengusiran melalui polisi dan dasar selain daripada pengusiran secara fizikal, peminggiran secara psikologi dan pengusiran secara terang dan nyata.
“Umumnya, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Menjaga keberadaan bangsa Melayu di Pulau Pinang bermakna mengekalkan keberadaan dan kewujudan Islam di sana. Ketiadaan Melayu bermakna tiadalah suara azan dan sunyilah masjid.
“Berkurangnya bangsa Melayu bermakna sepi masjid dan tenggelam suara azan. Tiada tanah bermakna tiada tempat tinggal. Justeru, sebagai generasi pewaris, saya ingin berpesan, jangan jadi seperti yang berlaku di Pulau Pinang,” tegasnya.
Beliau seterusnya melontarkan persoalan bahawa menjelang 2020 apakah kerajaan sanggup melihat orang Melayu di Pulau Pinang akan hanya tinggal di rumah pangsa kos rendah di kala Malaysia diisytiharkan sebagai negara maju.
“Malah, lebih teruk lagi mereka ini tidur dalam beca seperti 10 orang pengusaha beca Melayu Pulau Pinang. Mereka ini tidak mempunyai rumah dan tidur dalam beca. Kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang selamat kerana tanah milik mereka berada di luar bandar dan zon pertanian.
“Hilang tanah, hilanglah Melayu, hilang Melayu, maka akan hilanglah UMNO. Mereka ini perlu dibela kerana merekalah yang akan membela UMNO nanti. Oleh itu, dengan penuh keinsafan, saya meminta Presiden UMNO dan semua agar cuba memahami masalah orang Melayu terutama di Pulau Pinang,” katanya.
Atas dasar itu, beliau turut mencadangkan agar Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang akan ditubuh nanti dapat diperkasa dan menjadi pemantau kepada penyertaan bumiputera di Pulau Pinang.
- Utusan
Melayu Lebih Terbela Di Bawah Pakatan: APA dan MANA BUKTINYA?
"SUDAHLAH gerai penjaja Melayu diroboh, penduduk kampung Melayu dihalau, sekarang tanah milik orang Melayu di Balik Pulau pula nak dirampas untuk didirikan universiti khusus bagi orang Cina.”
Demikian komen Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pulau Pinang yang kini Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), ketika mengulas ‘omong kosong’ Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mansor Othman kepada Utusan Malaysia.
Sehubungan itu, Aminah meminta kerajaan DAP Pulau Pinang menyenaraikan secara lengkap langkah-langkah yang telah diambil oleh mereka bagi membantu nasib orang Melayu dan bukannya sekadar ‘omong kosong’.
Katanya, tindakan kerajaan negeri menguar-uarkan nasib orang Melayu lebih terbela di bawah pakatan pembangkang berbanding Barisan Nasional (BN) meskipun baru dua tahun mentadbir, sepatutnya disertakan dengan bukti.
“Tindakan sedemikain lebih merupakan retorik dan hanya menyerlahkan budaya politik murahan pembangkan,” tambahnya.
"Kenapa tidak berani menyatakan apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri? Terangkan satu persatu perkara-perkara yang telah dilaksanakan untuk orang Melayu.
"Kalau setakat nak ‘cakap kosong’, semua orang boleh buat," tegas Aminah.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman dalam laporan akhbar semalam yang menasihatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan keupayaan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu orang Melayu.
Menurut Osman, kerajaan negeri telah melakukan tugas terbaik bagi membela nasib orang Melayu dan ia tidak perlu dihuraikan satu persatu.
Aminah seterusnya menjelaskan, jika benar kerajaan negeri banyak membantu, perobohan gerai-gerai peniaga Melayu dan pengusiran penduduk dari kampung-kampung tradisonal Melayu tidak sepatutnya berlaku begitu berleluasa.
Mansor Othman yang jadi ‘balaci’ DAP ternyata tidak mempedulikan nasib buruk yang menimpa orang Melayu Pulau Pinang yang ditindas dan cuba dihalau secara halus oleh pemerintah cahuvanis Cina DAP daripada terus menetap di Pulau Mutiara.
Melayu jenis apakah Mansor Othman ini? Butakah mata beliau dan pekakkah telinganya hinggakan sanggup berbohong demi kepentingan politik kaum Cina DAP? Apakah kerana bossnya, Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang selalu bercakap bohong dengan lidah biawaknya, maka timbalannya juga mesti turut berbohong dan cakap auta?
Apakah ‘pandai berbohong dan cekap mengauta’ menjadi syarat utama untuk jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang?
Tidak cukupkah negara dan negeri Pulau Pinang serta nasib orang Melayu dimusnahkan oleh Anwar Ibrahim, anak jati Pulau Pinang yang meletakkan Mansor berjawatan Timbalan Ketua Menteri 1 itu?
Apa tugas Mansor Othman dalam kerajaan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, kalau tidak berupaya membela dan membantu orang Melayu?
Susunan kepimpinan negeri Pulau Pinang nampak cantik. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng wakil DAP dari kaum Cina. Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman mewakili Melayu dari PKR, sementara Timbalan Ketua Menteri 2, P. Ramasamy dari DAP mewakili kaum India.
Nampak aje cantik tetapi, hakikat sebenarnya, yang berkuasa penuh lagi mutlak ialah Lim Guan Eng, Setiausaha Agung parti chauvanis Cina yang sangat mendendam orang Melayu dan agama Islam.
Melayu PKR nyata tersepit dihimpit oleh dua pemimpin DAP dari kaum Cina dan India. Maka tidak boleh berbuat apalah si Mansor itu melainkan terpaksa jadi ‘tukang angguk’ dan ‘tukang lihat’ bagaimana DAP melanyak kaum Melayu sewenang-wenangnya.
Termakan Janji Manis DAP: Penduduk Kg. Jalan Pokok Asam Tertipu....
DAKWAAN bahawa agenda DAP menghalau secara senyap orang Melayu dari Pulau Pinang bukannya dakyah kosong. Ianya benar-benar berlaku. DAP melalui Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang, benar-benar telah memainkan peranan dalam merampas tanah-tanah orang Melayu di sana.
Apa yang dialami penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutung membuktikan bagaimana Ketua Menteri DAP itu berbohong dengan lidah biawaknya. Dia memperdayakan orang Melayu dengan janji-janji manis yang membuatkan penduduk Melayu disitu bersetuju.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita mengenai penipuan Gun Eng itu seperti berikut:
Termakan janji manis DAP
PULAU PINANG 28 Okt. - Akibat termakan janji-janji manis Kerajaan DAP Pulau Pinang, penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini akhirnya terpaksa menanggung kerugian.
Mereka sebelum ini yang dijanjikan pangsapuri kos sederhana sebagai pampasan berikutan rumah masing-masing diambil oleh pemaju untuk projek pembangunan, namun apa yang diberikan hanya kediaman bertaraf kos rendah.
Lebih dikesalkan, jelas Pengerusi Persatuan Penduduk kampung berkenaan, Mohd. Khir Mohd. Said, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang membuat janji tersebut secara lisan hanya berdiam diri dan mengelak apabila mahu ditemui.
Beliau menambah, ternyata Guan Eng hanya pandai membuat janji-janji dan tidak bersungguh-sungguh mahu membantu orang Melayu.
"Beberapa hari sebelum bulan puasa lalu, dia (Guan Eng) jumpa kami dan berjanji untuk membela nasib semua penduduk kampung ini.
"Dia minta kami supaya tidak risau dan mahu kami menumpukan sepenuh perhatian kepada amal ibadat sepanjang bulan mulia itu. Namun, itu semua hanyalah janji palsu dia," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Pada 1 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen di sini memutuskan menolak untuk melanjutkan tempoh penangguhan pelaksanaan arahan pengosongan dan merobohkan rumah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam oleh pemaju.
Mereka diarah keluar dari kediaman masing-masing selewat-lewatnya semalam dan pemaju dengan kebenaran mahkamah berhak menghalau penduduk terbabit selepas tarikh tersebut.
Difahamkan, kampung berkenaan yang berusia kira-kira 100 tahun akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 sebuah oleh pemaju dari Kuala Lumpur.
Mohd. Khir memberitahu, walaupun tidak bersetuju dengan tawaran tersebut, semua penduduk terbabit terpaksa menandatangani perjanjian dengan pemaju sebagai persetujuan menerima pampasan kerana tidak mahu menanggung sebarang kerugian.
Menurutnya, dalam perjanjian itu, mereka diberikan pampasan berupa kediaman bersaiz 60 meter persegi dalam radius lima kilometer dari kampung berkenaan yang dijadualkan siap selama tiga tahun.
"Kami juga diarah mencari rumah sewa dalam tempoh 30 hari selepas menandatangani perjanjian dan diberikan RM500 sebulan untuk bayaran sewa," jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, terdapat lima buah rumah tidak bernombor tidak ditawarkan pampasan oleh pemaju seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.
"Dalam setiap rumah tersebut terdapat sekurang-kurangnya dua kelamin dan mereka boleh dihalau keluar oleh pemaju pada bila-bila masa," ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya juga telah mengemukakan rayuan mengenai nasib para penghuni rumah tidak bernombor itu kepada kerajaan negeri tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang maklum balas.
- Utusan
Khas untuk Melayu PKR dan PAS, sedarlah bahawa keberadaan anda semua dalam Pakatan telah dijadikan alat oleh DAP untuk merampas negeri dan akhirnya negara ini secara halus.
Apa yang terjadi kepada penduduk kampung berkenaan sepatutnya menyedarkan anda semua. Bukalah mata dan lapangkan minda anda. Jangan kerana terlalu taksub dengan sikap membenci UMNO/BN yang ditanam oleh pemimpin PAS dan PKR, anda sanggup menggadaikan negeri dan negara kepada kaum chauvanis Cina DAP.
Dendam komunis Cina untuk merampas negara ini selepas kekalahan tentera Jepun tahun 1945 masih membara. Oleh kerana mereka gagal melalui gerakan bersenjata, kini mereka telah berjaya dengan mudah melalui kerjasama dan sokongan Melayu PAS dan PKR.
Itu baru sedikit. DAP baru dapat kuasai satu negeri – Pulau Pinang, bayangkan kalau mereka dapat kuasa memerintah negara Malaysia.
Bermuhasabahlah sebelum ‘nasi jadi bubur’. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis....
Sebusuk-busuk orang UMNO pada pandangan anda, mereka masih berjiwa Melayu, beragama Islam dan inilah negara mereka. Tidak ada tempat lain untuk Melayu jadikan negara tempat tinggal selain daripada Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)