salam

Selasa, Disember 07, 2010

Bila Melayu Hilang Kuasa: PENANG BERUBAH JADI SINGAPURA....

Mampu dan berpeluangkah orang Melayu
Penang memiliki Kondo seperti ini?????

PUAK Melayu tak sedar diri dalam pakatan masih tidak sedar dan tidak percaya bahawa apabila hilang sahaja kuasa Melayu di negara ini, umat Melayu akan tersisih di tanah tumpah darahnya sendiri. Strategi pecah dan perintah melalui serakan penduduk yang bakal dilaksanakan atas nama pembangunan, akan digunapakai oleh pihak berkuasa (pemerintah) bukan Melayu sesuka hati mereka.

Apa yang sedang dan bakal dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang melalui kuasa pemerintahan Lim Guan Eng, adalah bukti nyata bagaimana Melayu mahu dipinggirkan secara halus melalui pelbagai projek pembangunan yang sedang dirancang dengan rapi.

Racangan pembangunan di beberapa buah penempatan tradisi orang Melayu di pulau itu mula digerakkan secara sistematik. Oleh kerana masih ada saki baki perjuangan politik umat Melayu melalui UMNO di sana, DAP dan Lim Guan Eng bertindak dengan berhati-hati. Strategi mereka, tunggu dan lihat keadaan semasa.

Apabila musuh berada pada tahap kuat, mereka akan berundur. Tetapi apabila musuh menjadi semakin lemah dan kucar-kacir, ketika itu mereka akan menyerang. Begitulah strategi atau kaedah yang diamalkan oleh komunis China.

Pemulangan wang ehsan oleh warga emas kaum Melayu baru-baru ini menyedarkan DAP bahawa kelancaran rancangan menjadikan Pulau Mutiara sebagai Singapura 2, agak terganggu sedikit. Bagaimanapun, usaha mereka tidak akan berhenti. Perancangan yang disusunatur oleh para pemikir pimpinan Lee Kuan Yew, belum berjaya dilaksanakan sepenuhnya.

Terbaru, diberitakan bahawa kerajaan negeri telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di kawsan Balik Pulau untuk tujuan pembinaan sebuah IPT. Pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah, 15 Ogos lalu.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, YB Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti (berkemungkinan Universiti Nanyang) yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.

Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

Kepada pemimpin Melayu dari PKR dan Pas yang masih ‘bingal’ dan takut sangat bersuara, sedarlah bahawa kaum kamu sedang dalam proses untuk di usir dari kawasan pulau. Kesemua kampung tradisi Melayu yang masih wujud akan lenyap satu demi satu melalui rancangan pembangunan yang di rencana bagi maksudmenyisih atau menghambat keluar kaum Melayu dari Pulau Mutiara.

Akhirnya nanti semua kawasan Parlimen dan DUN di bahagian pulau tidak ada satu pun yang mejoriti pengundinya dari kaum Melayu. Maka berpeluanglah isteri Lim Guan Eng, Battey Chew - yang kini bertapak di Melaka, diletakkan di salah satu kawasan Parlimen yang bakal diwujudkan itu.

Kalau apa yang sedang dan bakal dilakukan DAP melalui Lim Guan Eng di Pulau Mutiara itu masih tidak cukup sebagai bukti bagaimana kaum Melayu akan terpinggir di tanah airnya sendiri kerana hilang kuasa, apa lagi yang boleh dikatakan?

Kalau Melayu tak sedar diri masih berdegil kerana ego, hasad dan dengki dengan bangsanya sendiri, tunggulah seluruh pantai barat Semenanjung Tanah Melayu akan mengalami nasib serupa. Bermula dari Pulau Pinang ianya akan menurun ke Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan berakhir Johor.

Ketika itu menangis hingga keluar air mata darah sekalipun tidak berguna lagi. Nasi sudah jadi bubur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS