Tak kan kita nak biarkan berterusan begini???
Rabu, Disember 08, 2010
Petua Tidur Si Kecil yang Lena
Assalamualaikum,
Memang dah lama saya mencari topik macamana nak tolong anak tidur ni. Sebabnya? Memangla anak2 gadisku yang dua orang ni susah sangat tidur. Yang nombor dua takla susah sgt sebenarnya, tapi yang sulong tu... aduhai.... nak menangis suruh dia tidur, baik tidur petang atau tidur malam.
Tak kisahla petang main mcm mana pun, ingat dia dah penat, tapi bila sampai malam... still susah jugak tidur. Tutup lampu, tutup tv... dia masih tak tidur, terkebil2 sorang2. Last2 maknya la yg tertidur dulu.
Pagi ni, terjumpa petua tidur ni kat forum ratuhati.com... jadi terfikir boleh berkongsi bersama. Mana2 yg boleh dipraktikkan, bolehla dicuba nanti. Cuma, mmm tak taula tapi rasanya bahagian yg kata rutin tidur anak patut bermula pukul 6.30 ke 7.30 malam tu rasanya mungkin tak dituruti oleh kebanyakan anak2 kat Malaysia kot (atau anak saya je yg tak tidur awal mcm tu? Ntahla). Kepada ibu bapa yang ada petua2 tersendiri, sudilah kiranya tinggalkan comment anda, boleh sama2 kita berkongsi.
Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri? KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.
- Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.
- Tidurkan waktu dia mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.
- Cahaya mentari sebagai loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda semulajadi bahawa hari sudah siang.
- Persekitaran tidur selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.
- Persekitaran yang selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.
- Ajar anak cara tidurkan dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.
- Tetapkan rutin tidur
Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.
- Jangan abaikan tidur petang
Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.
- Makanan yang betul
Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
- Aktiviti fizikal penggalak tidur
Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.
- Gangguan teknologi
Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.Dipetik daripada buku Sleep Solutions For Your Baby, Toddler and Preschooler oleh Ann Douglas.
Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak
Ucapan tahniah kepada mereka yang mendapat anak dan jawapannya
Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.
Jawapan daripada bapa / penjaga kepada orang yang menyampaikan tahniah:
Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau.
Doa ketika menziarahi orang sakit
Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau."Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.
Istighfar (meminta ampun) dan taubat
Istighfar (meminta ampun) dan taubat
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.
Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.
Doa ringkas selepas solat
Doa ringkas selepas solat
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Doa supaya dapat membayar hutang
Doa supaya dapat membayar hutang
Maksudnya:Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
Doa untuk memudahkan sebarang urusan
Maksudnya:Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
Doa ke atas musuh
Doa ke atas musuh
Maksudnya:Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka.
Doa apabila takutkan musuh
Maksudnya:Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki.
- Hendaklah memohon perlindungan dengan Allah.
- Berhenti daripada memikirkan perkara yang meragukan.
Kemudian baca:Maksudnya:
Aku beriman dengan Allah dan Rasul-RasulNya.dan baca:Maksudnya:
Dialah yang awal dan Dialah yang akhir, Dialah yang zahir dan Dialah yang batin, Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Doa ketika berhadapan dengan musuh
Doa ketika berhadapan dengan musuh
Maksudnya:Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.
Maksudnya:
Ya Allah, engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan Engkaulah aku berperang.
Maksudnya:
Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong
Doa ketika takutkan kezaliman pemerintah
Maksudnya:Ya Allah, Tuhan tujuh lapis langit dan Tuhan Arasy yang agung, jadilah pelindungku daripada Fulan bin Fulan...(sebutkan nama), dan kuncu-kuncunya daripada makhlukMu yang mahu bertindak jahat atau ganas ke atasku. Sangat mulia pelindunganMu dan sangat tinggi pujianMu, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Doa ketika ditimpa bencana
Doa ketika ditimpa bencana
Maksudnya:Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi da Tuhan Arasy yang mulia.
Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim.
Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu
Langgan:
Catatan (Atom)