salam
Memaparkan catatan dengan label Pelacur Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelacur Politik. Papar semua catatan

Khamis, Januari 20, 2011

Penyakit Mental Semakin Merebak di Malaysia

Peringatan daripada Menteri Kesihatan tentang penyakit mental…

Pesakit Mental Meningkat 15.6 Peratus Tahun Lalu - Menteri Kesihatan


PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan.


"Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009," kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini Selasa. Baca lagi… 

Selasa, Januari 18, 2011

Panas..!!! Anwar "bin Ubai"..!!!

“Panas” Anwar kali ini! Bukan calang-calang orang yang menuduhnya sebagai “munafik”! Kali ini, Sahibul Samaahah Mufti Besar Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan pendapatnya bahawa “Anwar lebih teruk dari munafik”! Menurut sumber, Tan Sri Harussani memberikan pendapat beliau di dalam sebuah sesi temuramah ekslusif bersama Mufti Besar lantikan DYMM Sultan Perak tersebut.

Tan Sri Harussani dalam pada itu telah mendedahkan fakta-fakta pengalaman peribadi beliau bersama Anwar untuk menegaskan pedapatnya. Selain itu, beliau juga memberikan dalil-dalil konkrit untuk mengaitkan bahawa “Anwar lebih teruk dari tokoh munafik di zaman Rasulullah S.A.W, iaitu Abdullah bin Ubai! Penulis fikir, adalah lebih sesuai Anwar di”bin”kan dengan “nama baru”, Anwar “bin Ubai”! Sesuai nama ini, bukan?

Ahad, Januari 09, 2011

Wan Azizah perlu jawab dakwaan Anwar 'putar alam, pelacur politik'

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa supaya mendesak Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjawab segala dakwaan termasuk yang mengatakan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang 'putar alam' dan 'pelacur politik'.

Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, dakwaan itu penting untuk dijawab memandangkan ia pertuduhan serius dilemparkan bekas pimpinan kanan parti itu sendiri iaitu Datuk S. Nallakaruppan.

Tegasnya, sekiranya Wan Azizah gagal menjawab segala dakwaan itu, rakyat akan melihat sifat-sifat yang ditimbulkan Nallakaruppan mengenai Anwar tersebut adalah berasas dan mempunyai kebenaran.

"Wan Azizah perlu menjawab kesemua ini kerana rakyat Malaysia memerlukan seorang Ketua Pembangkang di Parlimen (yang kini disandang Anwar) yang lurus dan bertanggungjawab, bukan 'putar alam' atau 'pelacur politik'.


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS