AIDCNews – 4/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim ramal Teori Domino Tunisia yang sekarang ini melanda Mesir juga akan melanda negara-negara Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Untuk membenarkan ramalannya itu, Anwar meminta kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat tidak menyekat kemaraan Teori Domino itu sampai ke rantau Asia Tenggara.
“Pengajaran fundamental adalah jelas : Amerika Syarikat mesti berhenti menyokong pemerintahan kuku besi (tyrants) dan autokrat tidak kira di Timur Tengah, Pakistan mahupun Asia Tenggara. Biarlah ini menjadi sinar harapan baru (a new dawn for democracy) buat demokrasi di negara Arab dan dunia Islam”, kata Anwar dalam tulisannya di The Wall Street Journal, 26 Januari lalu. Klik di sini dan di sini
Dua persoalan yang menarik daripada rumusan kata-kata Anwar ini :
Pertama : Kenapa Anwar menghantar artikelnya ke The Wall Street Journal dan kenapa pula media itu menyiarkan tulisan Anwar ?