SHAH ALAM 7 Feb. – Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini menerima tugas pertamanya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor apabila diminta membantu menangani masalah penduduk setinggan yang mendiami tanah negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan kepada Mohamad Khusrin oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK di sini, hari ini.
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata pada pertemuan itu, Mohamad Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat
terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenal pasti nilai tanah terbiar dan bermasalah.