salam

Khamis, Februari 03, 2011

Intelektual Islam perlu tampil redakan perpecahan Melayu: Rais

JELEBU: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, meminta cerdik pandai dalam bidang agama Islam supaya tampil ke depan untuk menangani masalah perpecahan bangsa Melayu yang semakin kronik hari ini. 

Katanya, golongan cerdik pandai ini tidak perlu takut dikecam oleh golongan ulama dalam sesebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.

"Mereka tidak perlu khuatir untuk menyuarakan pandangan bahawa mereka ini bukan mursyidul am. Golongan pensyarah dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ahli dalam agama pun layak memberikan pandangan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Tahun Baru Cina di rumah Ahli Exco Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Chennah, Datuk Siow Chen Pin, di Taman Bukit Kempas, Titi dekat sini, hari ini. 

Dimanakah usaha Pakatan bagi membantu pelajar di Mesir?

images
Ramai yang susah hati dan juga bimbangkan keselamatan para pelajar kita di Mesir. Ini kerana Mesir kini sedang dilanda pergolakan akibat dari pentadbiran dalaman mereka sendiri. Tapi, syukurlah pemimpin-pemimpin negara kita amat prihatin dan berusaha sepenuhnya bagi membantu menyelamatkan kesemua para pelajar kita.
Untuk menguruskan 11,000 rakyat yang dalam kesusahan di luar negara seperti di Mesir ini, ia bukan satu perkara yang mudah. Ini satu tugas yang perlukan kesabaran dan tindakan amat teliti dari Kerajaan Malaysia.
Tetapi, dimanakah usaha dan juga tindakan pihak pembangkang terutamanya dari Nik Aziz, Anwar dan lain-lain didalam isu pelajar kita di Mesir ini? Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih pada pemimpin-pemimpin kerajaan yang sedang mengatur usaha penyelamat.

Rakyat Kecewa Anwar Tidak Mahu Bersumpah!



AIDCNews – 02/02/11 – Seorang warganegara Malaysia menggunakan nama S1R00001 telah menghantar twitter kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan kekecewaannya kerana keengganan Ketua Umum itu untuk bersumpah bagi membersihkan dirinya daripada terpalit imej sebagai peliwat.
“Kenapa Anwar tak bersumpah saja yang sheikh tak buat. Memang habis lah juak-juak UMNO  tu pasti diam”, soal S1R00001.  Anwar menjawab : “Ikut shara’, mahkamah shariah (dan) bukan(nya) UMNO”.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jawapan itu,  pengikut twitter Anwar itu sekali lagi bertanyakan soalan kerana merasakan jawapan itu tidak kukuh dan tidak menyelesaikan masalah.

Sikap bohong, khianat Anwar punca anggota PKR ”chow liao”


MUAR 2 Feb. – Sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat laun akan menyebabkan beliau ditinggalkan seorang diri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu ”chow liao” atau cabut lari beramai-ramai, terbaru adalah Ahli Parlimen (MP) Padang Serai, N. Gobalakrishnan, yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 29 Januari lalu.
“Semua pengasas bersama sudah ”chow liao”, lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.
“Terbaru Gobalakrishnan… mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara,” katanya sambil menambah Anwar telah membuat pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang kebaikan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir kawasan Parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, BN tidak gentar dengan hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai.
Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya. – Bernama

Melayu boleh disatu jika ‘ketuk kepala’ Nik Aziz, Anwar

tdm_090308_1.jpg
KUALA LUMPUR, 1 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.
“Cara mudah, ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka,” kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.
Dalam kebanyakan ucapannya sejak Mac 2008, Dr Mahathir mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga dan kuasa politik semakin mengecil dan tidak menolak kemungkinan akan menjadi macam orang Melayu Singapura.
Beliau juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan, Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum Pakatan Rakyat untuk ke arah itu.
“Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang ‘opportunist’. Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka,” katanya.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS