Mereka yang melancarkan protes anti Mubarak di kedutaan Mesir Kuala lumpur baru -baru ini di sahkan sebagai sekutu kuat ISRAEL. Pada demo itu pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO yang berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur antara mereka yang kelihatan adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu, Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.
Selasa, Februari 08, 2011
Imam dipenjara miliki gambar bogel
DUBAI: Mahkamah rayuan Dubai semalam membebaskan seorang imam masjid atas dakwaan menggoda wanita supaya menjalinkan hubungan seks tetapi menjatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan memiliki gambar bogel dengan menggunakan telefon bimbit BlackBerry.
Hakim Mahkamah Rayuan, Eisa Al Sharif menggugurkan hukuman setahun penjara dan membebaskan imam Mesir berusia 35 tahun itu kerana menggoda wanita dan memujuk mereka melakukan hubungan seks dengannya menggunakan satu daripada perkhidmatan telekomunikasi telefon itu.
“Mahkamah, bagaimanapun, memenjarakan tertuduh, S M selama sebulan berikutan kesalahan memiliki bahan lucah. Gambar bogel terbabit akan dirampas,” kata Hakim Al Sharif di kamar mahkamah.
Ancaman Yahudi Terhadap Islam Menurut Al-Quran
1. Membunuh nabi-nabi dan pemimpin-pemimpin Islam tanpa alasan yang benar. (Al-Baqarah : 253; Ali-Imran : 21, 112, 181, 183)
2. Memulakan peperangan dengan memerangi dan menceroboh tanah orang-orang Islam dan mengusir mereka dari tanahnya. (Al-Baqarah : 190, 191; Al-Maidah : 78)
3. Sentiasa berusaha memerangi sehinggalah orang-orang Islam sendiri lupa kepada agama, murtad atau kembali menyokong mereka. (Al-Baqarah : 217 Al-Maidah : 64)
Kedudukan Pegawai Kerajaan Negeri Bergantung Kepada Tuan Politik?
1. Kerajaan Negeri Selangor sedang berhadapan masalah pentadbiran yang serius jika ia masih meneruskan sikap berdolak dalik dalam menerima perlantikan Dato Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
2. Sudah sejak tiga tahun lalu kedudukan ekonomi dan kewangan negeri dalam keadaan tidak baik, kegagalan menguruskan pentadbiran dengan cekap terutamanya membabitkan jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri boleh merencatkan lagi pembangunan.
Khusrin terima tugas pertama sebagai SUK Selangor
SHAH ALAM 7 Feb. – Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini menerima tugas pertamanya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor apabila diminta membantu menangani masalah penduduk setinggan yang mendiami tanah negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan kepada Mohamad Khusrin oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK di sini, hari ini.
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata pada pertemuan itu, Mohamad Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenal pasti nilai tanah terbiar dan bermasalah.
Langgan:
Catatan (Atom)