salam

Sabtu, Februari 12, 2011

Melayu dalam dilema pertahan hak sendiri-Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Orang Melayu hari ini berada dalam dilema yang besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan.

Malah kata beliau, sehingga pada satu tahap kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.

''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.

''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan

SULTAN JOHOR MURKA : NIK AJIS TERLIBAT DALAM KES INI ?

KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

HILANG - NYAWA EXCO WIRA PERKASA TERANCAM !!

Kekecohan mengenai misteri kehilangan Exco Wira PERKASA, Sdr Mohd Farid bin Abdullah telah menimbulkan tanda tanya semua pihak. Beliau merupakan individu yang memegang DOKUMEN PENTING MENGENAI SALAH LAKU KETUA PEMBANGKANG, ANWAR IBRAHIM yang baru sahaja dibongkarkan oleh Wira PERKASA petang tadi. Menurut Ketua Wira PERKASA, Saudara Armand Azha Abu Hanifah, pihak keluarga beliau sendiri tidak mengetahui lokasi Sdr. Farid pada ketika ini dan memohon jasa baik semua pihak agar mendapatkan maklumat mengenai beliau. Kali terakhir pihak keluarga menemui Sdra. Farid pada jam 7 Pagi tadi sebelum keluar dari rumah untuk menemui sahabat2 Wira PERKASA. Saudara Armand turut mengenalpasti destinasi terakhir Saudara Farid iaitu di WISMA MOTOR, Jalan Tunku Abdul Rahman beralamat di WMAS REPL, No.337 -339 Jalan Tuanku Abdul Rahman KL.Namun, kini beliau hilang dan tidak dapat dikesan. Kepada kesemua pembaca, jika ada menemui Saudara Farid seperti gambar di atas, atau sekurang2 nya menemui kenderaan beliau iaitu KERETA PERSONA, No. plat kereta WRN 3178 bewarna Ungu, sila menghubungi Saudara Armand atau menghantar komen di blog beliau. KLIK DI SINIuntuk ke blog Saudara Armand Azha.

14 HB Febuary VALENTINE AnuWar Buat Saiful Or Azizah? -Armand Perkasa

Saya Selaku Ketua Wira Mewakili PERKASA Msia, Membuat Laporan Polis Terhadap Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim Di Balai Polis Dang Wangi (Campbell) Pada 11hb Feb 2011 Jam 3.30ptg. Berani Menegak Keadilan Kerana Benar: Arman Azha Hj Abu Hanifah (Ketua Wira Perkasa ) 

 Pendedahan diperolehi daripada Seseorg document bertarikh 9 FEB 2011 jam 1700 bertajuk Bila Dan Bagaimana Anwar Akan Larikan Diri - Bahagian 1 dan 2 [Akhir] ada kebenarannya dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak keselamatan. 

Anwar nak rampas kuasa ala Mesir ... Bila lagi Tok Hisham?

Dari hari mula kekecohan pasal isu Mesir sampailah berjuta-juta rakyat Mesir yang anti kerajaan berhimpun di Dataran Tahrir, mana Anwar yang dikata baik sangat dengan negara-negara Arab?

Dia juga yang pernah kata pihak Arab akan sumbangkan dana RM 3 trillion kepada Malaysia kalau dia jadi PM. Itulah kononnya bukti Anwar ada hubungan baik dengan negara Arab konon-kononnya. 

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS