salam

Jumaat, Januari 21, 2011

Pinda Perlembagaan Negeri : Taktik Kotor PR Tak Edar Draf

Dari awal semua sudah tahu, pelbagai helah akan digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi menjayakan misi jahat mereka untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi membolehkan kerajaan negeri melantik SUK.

Bermula dengan memperbodohkan rakyat melalui kenyataan jika BN tidak menyokong pindaan maka BN derhaka kepada Sultan. Walhal sepanjang isu ini berlangsung, rakyat dengan jelas melihat lakonan jahat mereka membelakangkan Sultan Selangor.

Terbaru mereka tidak mengedar draf usul pindaan Perlembagaan Negeri dengan memberi alasan kekangan masa.

SAKSI DAH BERSUMPAH!!!! ADUN SELISING BILA LAGI????

Sejak Kumpulan Nadi Rakyat yang terdiri dari facebookers Tegar BN mengeluarkan isu Adun PAS Selising Berkhalwat di dalam Koch Kereta Api VIP 1 bersama dengan seorang Wanita Isteri kepada seorang guru cerita ini tidak pernah sepi sama sekali.

Cikgu Mala Kagumi Tun Mahathir, Tetapi Pas Hasut Supaya Membenci

Cikgu Mala sebenarnya tidak ada alasan langsung untuk membenci Tun Mahathir. Malah Tun adalah ikon dan sumber inspirasi kejayaan hidupnya

Tetapi usaha tarbiah Parti Melayu Islam Pas berjaya memesong pemikiran dan emosi anak muda ini sehingga subur perasaan benci tanpa sebab. 

Cikgu Mala seperti juga anak muda seangkatan dengannya amat menyanjungi Tun Mahathir. Sebabnya kerana selama 22 tahun menjadi pemimpin yang berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama hidup dalam harmoni dan berkembang maju. Cikgu Mala nampak dan sedar hakikat ini.

UNDUR KHALID GAGAP - KEDAI2 MAKAN TUNJUK PROTES !!

Gambar ini ditangkap di sebuah Kedai Makan yang menjadi pilihan masyarakat di sekitar Puchong. Apa simbolik gambar ini diterbaikkan? Adakah ini menunjukkan tanda protes Premis2 Makanan di Selangor terhadap kepimpinan Khalid Gagap di Selangor? Melayu CinDia mendapat maklumat terdapat beberapa premis makanan yang turut melakukan perkara yang sama. KHALID GAGAP DAN PAKATAN RAKYAT MESTI UNDUR DARI SELANGOR.

Doktor alim tipu suami isteri

MELAKA – Gara-gara terlalu percaya dengan seorang doktor perubatan alternatif yang berperwatakan alim, sepasang suami isteri kerugian RM14,000 apabila terpedaya membeli ubat-ubatan daripada doktor berkenaan bagi mengubat pelbagai penyakit yang dihidapi pasangan itu dan anak lelaki mereka.
Namun selepas mengeluarkan belanja yang besar, malangnya penyakit lutut, sakit urat, batu karang, kencing manis dan darah tinggi yang dihidapi pembantu am pejabat, Salihah Biran (gambar), 54, dan suaminya yang bekerja sebagai atendan pam minyak, Sarip Sayed, 61, masih tidak pulih.
Begitu juga dengan masalah mental dialami seorang anak lelaki mereka yang berusia 33 tahun yang tidak berubah.
Malah penyakit tiga beranak itu didakwa semakin teruk kerana sepanjang sebulan memakan ubat yang dibeli daripada doktor yang berusia 72 tahun itu, tiga beranak itu berhenti memakan ubat yang dibekalkan oleh hospital atas nasihat doktor terbabit.
Salihah berkata, dia dan suami pertama kali berjumpa dengan doktor itu yang kelihatan seperti ‘orang baik’ pada 14 Oktober 2009 di sini selepas disaran oleh abang iparnya.

TINDAKAN KEATAS KAKITANGAN KERAJAAN - BELOT !!!!!!

Saya bukanlah seorang ahli politik walaupun saya selalu melihar blog anda. Disini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai seorang kakitangan kerajaan yang semasa bertugas menjadi penyokong kuat parti PAS. 


Beliau pernah bertanding sebagai calun PAS di DUN N.Sembilan. Semasa masih bertugas, beliau selalu mengatakan kerajaan BN zalim dan pelbagai lagi tuduhan yang dibuat terhadap kerajaan BN yang membayar gaji beliau. 

Awas - ADUN BN akan di Culik !!!!!

Hasrat pakatan selangor untuk dapat 2/3 sokongan amat licik. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat ini. Bagi mereka dalam politik, matlamat boleh menghalalkan cara. Macam nuar lah, solat boleh membontot pun boleh !

Jumlah ADUN keseluruhannya dalam DUN Selangor ialah 56 orang. Dengan ADUN sebanyak 35 orang, berbanding BN 20 orang dan Bebas seorang, Pakatan pembangkang memerlukan 2 lagi ADUN untuk mendapat majoriti 2/3 yang diperlukan, atau mengurangkan jumlah ADUN bukan pembangkang. Amat mustahil untuk mereka mendapat sokongan dari ADUN BN. Maka strateginya ialah mengurangkan kerusi lawan.

Sebab itu teman tidak hairan apabila ADUN Pelabuhan Kelang menjadi mangsa pemecatan. Ini bermakna majoriti 2/3 yang diperlukan hanyalah 36 orang, iaitu kurang seorang. Persoalannya dari mana mereka mahu mendapat seorang lagi itu. Samada mereka beli mana-mana ADUN BN, atau mereka akan kurangkan ADUN BN pada hari persidangan.

wow, logik, nanti mesti ada perkara-perkara pelik akan berlaku, dilanggar lah, di pukau lah, di culik lah. Semua nya mungkin, kerana pakatan pernah buat di Perak.

ADUN BN SEPAKAT HADIR SIDANG DUN SELANGOR

Semua ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional sepakat untuk menghadiri Sidang DUN pada 24 Januari ini. Mereka akur memandangkan Sultan Selangor telah memberi perkenan bagi membolehkan sidang diadakan. Khalid seharusnya lebih bertanggungjawap dan tidak cuba mempolitikan isu perlantikan SUK kerana undang-undang sedia ada sudah elok dan jelas bahawa perlantikan itu adalah sah, bagaimanapun Khalid masih tidak puas hati akan keputusan tersebut kerana seperti tamakan kuasa, dan ingin memperkasakan lagi kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS