Tetapi usaha tarbiah Parti Melayu Islam Pas berjaya memesong pemikiran dan emosi anak muda ini sehingga subur perasaan benci tanpa sebab.
Tetapi apa nak buat, segala-galanya sudah ditentukan oleh Allah. Kebenaran tidak selalu berpihak kepada yang jujur seperti Cikgu Mala. Semenjak dari Maktab Perguruan lagi dia telah terjerumus ke lembah yang dipenuhi oleh sekelompok rakan remajanya yang terpengaruh dengan politik Pas. Usrah politik berjaya mengabui kefahaman Cikgu Mala dan percaya Pas itu Islam.

Tanpa berfikir atau menimbang lebih jauh, Cikgu Mala merasakan itulah perjuangan Islam. Malah sesekali terbetik di hatinya bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Kerana itulah aqidahnya mula terbentuk dan hatinya sudah tertutup untuk berfikir membuat pertimbangan yang lebih rasional. "Takkan kita tak nak kepada Islam" selalu bisikan itu menyapa fantasinya.
Realiti kehidupan yang dilaluinya sudah tidak dapat ditafsir dengan lebih luas dan ikhlas walaupun diberi peluang berkursus menambah ilmu dan kemahiran. Segala yang dilihatnya tidak memberi apa-apa makna lagi.
Akhirnya Cikgu Mala beranggapan dan berkepercayaan Kerajaan yang ada ini adalah pihak yang sangat zalim kepada rakyat. Kerajaan telah menganiaya dan menyusahkan rakyat. Malah kerajaan ini telah menjadikan rakyat menderita, mundur dan tersiksa hidup mereka.
Dan Parti Melayu Islam Pas yang paling baik kepada rakyat.
Jadi terpaksa lah setiap hari Cikgu Mala kena berjumpa dengan orang ramai mengajak mereka percaya bahawa Pas adalah Parti yang terbaik untuk umat Islam.
Berjayakah Cikgu mala berbuat begitu. Kalau berjaya, adakah mendapat keredhaan Allah.
Kita yakin pengundi Tenang tidaklah selemah Cikgu Mala yang boleh dipengaruhi oleh Pas.
Kita juga yakin Pas mungkin boleh mempengaruhi Cikgu Mala, tetapi bukan senang nak mempengaruhi pengundi Tenang yang jauh lebih bijak, lebih berhati-hati, lebih matang dan lebih bersyukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan