salam
Memaparkan catatan dengan label Berita Panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Panas. Papar semua catatan

Selasa, Februari 08, 2011

Imam dipenjara miliki gambar bogel

DUBAI: Mahkamah rayuan Dubai semalam membebaskan seorang imam masjid atas dakwaan menggoda wanita supaya menjalinkan hubungan seks tetapi menjatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan memiliki gambar bogel dengan menggunakan telefon bimbit BlackBerry.

Hakim Mahkamah Rayuan, Eisa Al Sharif menggugurkan hukuman setahun penjara dan membebaskan imam Mesir berusia 35 tahun itu kerana menggoda wanita dan memujuk mereka melakukan hubungan seks dengannya menggunakan satu daripada perkhidmatan telekomunikasi telefon itu.

“Mahkamah, bagaimanapun, memenjarakan tertuduh, S M selama sebulan berikutan kesalahan memiliki bahan lucah. Gambar bogel terbabit akan dirampas,” kata Hakim Al Sharif di kamar mahkamah.

Sabtu, Februari 05, 2011

ANWAR HINA MARUAH BANGSA CINA !!

Demonstrasi Haram yang berlaku di sekitar ibu kota membuktikan bahawa Pembangkang tidak menghormati masyarakat Cina di Malaysia yang sedang menyambut Tahun Baru Cina yang kedua. Demonstrasi ini sebenarnya merupakan idea Anwar Ibrahim walaupun dianjurkan oleh PAS. Ini merupakan salah satu strategi Anwar bagi mendapatkan publisiti di peringkat antarabangsa.
Anwar yang dikatakan pemimpin Bangsa Malaysia hari ini telah menunjukkan sikap rakusnya mendapatkan pengaruh antarabangsa dengan menggunakan PAS sebagai alat untuk menganjurkan perhimpunan ini.

Masyarakat Cina yang sebelum ini menyokong Pakatan pimpinan Anwar Ibrahim terkejut dengan penganjuran demonstrasi yang didakwa amat memalukan. Malah jika benar sekalipun hendak membuat perhimpunan, kenapa pula dilaksanakan pada Tahun Baru Cina?

Sebenarnya Anwar sengaja memilih Hari Kedua Tahun Baru Cina sebagai strategi mendapatkan liputan antarabangsa. Betapa bodohnya manusia yang menyertai perhimpunan ini. Adakah anda warganegara Malaysia? Negara lain yang huru hara, kenapa pula kita perlu membawa pengaruh tersebut di Malaysia?

Jumaat, Januari 28, 2011

Video Terkini – Hangat - Ummi Membuat Lapuran Polis Lagi

Bermulalah Lembaran Baru Dalam Sejarah Malaysia
Be careful you newspapers people out there!
Is bloggers any different? Suing bloggers?
I will reserve my comment until the next turn of events.
I agreed with noorhasilahismail.blogspot.com that, there is nothing as unpleasant as a woman who has been offended ,
“Hell hath no fury like a woman scorned!”
“All hell will break loose”
VERSI YANG LEBIH TERANG DAN JELAS

Selasa, Januari 18, 2011

MUFTI SELANGOR KRITIK KEPIMPINAN KHALID GAGAP !!

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata "Larangan dibawah seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dikuatkuasa oleh MPSJ sejak Januari 2010 wajar diikuti PBT lain seluruh Selangor kerana arahan Allah bukan untuk satu daerah atau negeri sahaja bahkan satu dunia. Saya yakin YB berkenaan tidak faham tentang soal agama Islam. Ini larangan dari Allah bukan dari manusia. YB tersebut bukan 'orang agama' dan bukan faham agama". Ketika meningkah halangan pimpinan negeri yang menyekat perlaksanaan seksyen 18(2) oleh MPSJ berjalan sekarang." Benarkah kenyataan beliau ini telah menyebabkan Khalid Gagap berang dengan Mufti Selangor ini ?? Blog MATA ANGIN ada jawapannya.. 


1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Paderi melayu baru tiba dari singapura, sekarang paderi kristian dikatakan sedang aktif di seremban, di anggarkan 1900 orang paderi melayu baru tiba dari singapura dan mereka sekarang sedang aktif dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam di malaysia.

Modius operandi mereka menggunakan air sihir/suci (holly water) jadi berhati-hatilah dengan air mineral yang di beli dan yang di beri oleh orang. antara jenama air mineral yang di kenal pasti ialah:

1. AL-BARAMKAH.
2. AL-MANSORI.
3. AL-BISTARIA.

Jadi berhati-hatilah dengan air mineral yang diberikan percuma dan yang dijual murah, di percayai air itu telah dicampur dengan holly water, semoga artikel aku ni dapatlah menyelamatkan umat Islam dari menjadi murtad. hanya setakat ini sahaja yang aku tau.

Kalau sesiapa ada maklumat detail mengenai pergerakan paderi kristian ini, boleh emailkan pada aku atau tinggalkan komen di blog ini.

Sebarkan Kepada Seluruh Umat Islam...

Ahad, Januari 16, 2011

Gempar!! Gereja Calvary Di Bukit Jalil Ada Unsur FREEMASON!!

WARKAH UTUSAN PRIBUMI : PENJANA FIKIRAN ANAK MUDA

Semalam bonda penulis ada beritahu mengenai cerita sebuah gereja yang dikatakan bakal menjadi gereja terbesar di Asia terletak di Bukit Jalil.Penulis tercenggang apabila mendengar keterangan bonda penulis itu.Jam 2:00 pagi hari ini, setelah penulis habis menonton "movie" The School Of Rock (TV3) dan Fantastic 4 (Channel 105 Astro) penulis terus buka laptop.

Penulis mencari-cari maklumat mengenai gereja terbabit dan akhirnya jumpa!. Memang besar dan penuh dengan 
unsur-unsur Freemason!.Lihat gambar-gambar dibawah:

Perhatikan dengan penuh teliti dan fahami secara mendalam!. Ada unsur2 Freemason!

Isnin, Januari 10, 2011

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - INTERLOK

AWANG cukup teruja membaca komen oleh kolumnis Baradan Kuppusamy dalam The Sunday Star semalam mengenai novel Interlok, yang menjadi kemarahan segelintir orang India sekarang.

Saudara Baradan telah menggarapnya dengan jelas sekali.

Katanya, novel itu tidak sama sekali mempersenda mana-mana bangsa - Melayu, Cina atau India.

Kesimpulannya: ''Tidak perlu untuk mengeluarkan perenggan itu (perkataan pariah) kerana jika dibaca dalam konteks penulisannya, ia menjelaskan bahawa walaupun peneroka awal itu hidup dengan begitu perit, mereka telah menemui kebahagiaan.

Katanya lagi: Jika konteks itu diterangkan secara jelas kepada para pelajar, guru dan orang awam, termasuk ahli politik India, maka tiada isu untuk menggunakan Interlok sebagai bacaan kesusasteraan Tingkatan Lima.

Sebaliknya, keputusan Kementerian Pelajaran mahu memanggil penulisnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain untuk mendapatkan penjelasannya juga tidak perlu.

Awang sedikit terkejut dengan keputusan mahu memanggil Abdullah, sedangkan kementerian telah pun bersetuju untuk menjadikan novel itu sebagai teks di sekolah.

Bagi Awang, yang bising itu hanya permainan politik jahat pihak tertentu. Dan golongan itu tidak baca pun novel yang menceritakan mengenai watak Seman, Chin Huat dan Maniam itu.

GEMPAR! KENAPA ORANG INDIA MARAH KAT INTERLOK TAPI TAK MARAH KAT AZMIN YANG PANGGIL PARIA?

100 India bakar novel INTERLOK karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussein kerana pada muka surat 211 dan 210 ada perkataan PARIAH. Tidak cukup dengan itu, mereka juga membakar gambar Abdullah Hussein bagi tujuan mendesak kerajaan agar menarik balik novel tersebut yang kini menjadi Teks Sastera Tingkatan 5.

Agak aneh.... 100 orang India yang hangat hati benar dengan perkataan PARIAH yang bagi mereka merupakan perkataan yang sangat menghina dan memalukan, seharusnya bertindak MEMBAKAR AZMIN ALI HIDUP-HIDUP kerana sehingga kini dia tidak memohon maaf pun kerana menggelarkan seorang pemimpin India PKR, Gobalakrishnan, sebagai PARIAH secara bersemuka. Sedangkan INTERLOK pula hanyalah sebuah novel sejarah yang menceritakan kebanjiran kaum imigran di sini dan peristiwa-peristiwa yang melanda generasi pertama imigran, malah ianya ditulis lebih 40 tahun dahulu.

Ahad, Januari 09, 2011

PANAS!!!!! PASANGAN ZINA ADUN SELISING AKAN MEMBERI KETERANGAN!!!

Keadaan semakin kritikal... cukup kritikal apabila Nadi Rakyat berjaya mendapatkan pengesahan bahawa wanita dalam kes zina dalam Koch KTM ADUN Selising akan tampil membuat pengakuan dan cerita sebenar.  

Panas Menggelegak!!! Bekas suami wanita terbabit juga telah bersetuju untuk memberi kerjasama. 

Gerakan Timur memohon agar Nadi Rakyat memikirkan cara untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.  GT yakin, terdapat pihak-pihak yang tidak senang dengan skandal ini akan melakukan apa saja demi menyembunyikan kebobrokan, keburukan, kedasyatan, kehaprakan, kesesatan dan kejahatan mereka dari diketahui oleh sekalian rakyat!!!

PANAS!!! BILA KETAKSUBAN MENGATASI SEGALANYA

TAPI APA SUDAH JADI HARI NI? PENDEDAHAN WIKILEAKS MELEDAKKAN KEMBALI GUNUNG BERAPI. TAK KAN NAK DIKAITKAN DGN KONSPIRASI LAGI KOT. WIKILEAKS KENAL UMMI HAFILDA KE ,KENAL NAJIB KE , KENAL DR. MAHATHIR KE, KENAL SAIFUL KE HA HA HA ketawa kak kiah kak joyah dan kak timah 3 serangkai smbil minum kopi.Kalau nak buat lawak pun biarlah jangan sampai makan diri. Jawab Azmin jawab , Jawab anwar, jawab, jawab peminat fanatik FARIHAH AHMAD.Berapi rapi menyerang saya, tak pe alhamdulilah amin, baja buat saya, inshaalah akan saya jawab satu persatu .WAHAI FARIHAH KALAU TAKSUB KAT ANWAR PUN JANGAN SAMPAI BUTAKAN MATA PEKAKKAN TELINGA, BENAKKAN FIKIRAN.

GEMPAR!! ORANG KUAT PPPM DESAK KARPAL SINGH DISIASAT?

Salam Semua…

Penulis rasa ramai orang telah sedar tentang tingkahlaku  Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bertindak bertentangan dengan etika guaman  kerana beliau sanggup mencemar maruah dirinya dengan bersubahat orang yang pernah beliau tuduh suatu ketika dulu. Demi kuasa politik, beliau sanggup mengenepikan bukti mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penulis amat hairan kenapa Majlis Peguam Malaysia sehingga sekarang  mengambil sikap berdiam diri dalam isu ini?  Sebaliknya penulis amat sanjung tinggi akan tindakan berani Presiden Persatuan Peguam Malaysia (PPPM), Zainul Rijal Abu Bakar mendesak pihak berwajib agar siasatan segera ke atas Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu dilakukan bagi menjamin keluhuran dan kedaulatan undang-undang di Malaysia dapat dipertahankan.

Sabtu, Januari 08, 2011

PANASSSSS!!!! - SAYA CABAR KARPAL SINGH DAN MAT SABU NYATAKAN PENDIRIAN LAWYER PALING TAK BERMARUAH TAK BOLEH DIPERCAYAI DAN SI ISLAM MUNAFIK

ISLAM YANG MUNAFIK
Manusia Durjana
LAWYER PALING TAK GUNA DAN TAK BOLEH DIPERCAYAI


SAYA MENCABAR KEDUA -DUA MANUSIA INI IAITU KARPAL SINGH DAN MAT SABU UNTUK MENYATAKAN PENDIRIANNYA TENTANG SI ALJUBURIN INI.JANGAN MENIPU, JANGAN BERDOLAK DALIK, JANGAN CUBA BERSELINDUNG,JANGAN CUBA MENAFIKAN KERANA KEMUNGKINAN AKAN SAYA HERET KAMU BERDUA KEMUKA PENGADILAN.KESABARAN SAYA TELAH SAMPAI KEPENGHUJUNGNYA,DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA YG TERCINTA.JANGAN CUBA MENJADI PUAKA MENGHALALKAN CARA DEMI KEPENTINGAN POLITIK MAHUPUN IMBUHAN LUMAYAN YG MUNGKIN ANDA PEROLEHI WAHAI KAPAL SINGH PENIPU , DARI SI JUBURIN NI.

 KEDUA-DUA MANUSIA INILAH YG TELAH MENJADI PETUALANG DI ATAS SEGALA KEBENARAN YG INGIN DITEGAKKAN.MEREKA ADALAH DI ANTARA ORANG PERTAMA YG SAYA TEMUI BERSAMA AZIZAN BAGI MENDAPATKAN NASIHAT DAN PANDANGAN SEBELUM SURAT SAYA DI BAWA KEPADA PERDANA MENTERI,DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD KETIKA ITU .

Bahan selanjutnya baca disini: http://srikandi7.blogspot.com/



Khamis, Januari 06, 2011

Panaass MENGGELEGAAK..! Gadis Ini Pernah Sahkan Shamsidar Kekasih Anwar Ibrahim..?my Girlfren Anwar Ibrahim..???

Amboi.., ambboii..., ambooiii...!!!!!

Bukan main posing maut lagi Farah Shazliyana, anak sulung kepada pasanngan Azmin Ali dan Shamsidar Tahrim.

Kalau mengikut dokumen yang sedang hangat didedahkan, 13 tahun dahulu sewaktu anak ini berusia 7 tahun, beliau mengakui bahawa ibunya Shamsidar adalah kekasih kepada Anwar Ibrahim...

RAIS DAH NAFI, KINI GILIRAN ORANG ITU TUNJUK BUKTI.

rais yatim pc 020709 01
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Rabu, Januari 05, 2011

Teoh Beng Hock Tidak Bunuh Diri - Koroner

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini menolak teori Teoh Beng Hock membunuh diri di dalam keputusan inkues petang ini.


"Saya menolak keputusan bahawa kematian adalah kerana bunuh diri,” kata Koroner.


Beliau juga menolak teori bahawa mangsa, Teoh, tidak sedarkan diri. Beliau turut menolak kematian Teoh kerana dibunuh.


Mahkamah Koroner hari ini memutuskan bahawa kes inkues ini adalah satu kes“open verdict” di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.


Isnin, Januari 03, 2011

Khusrin Masuk Pejabat SUK

SUK baru Khusrin masuk pejabat 6.45 pagi tadi


SHAH ALAM, 3 Jan — Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri seawal 6.45 pagi tadi.


Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah.


Khusrin dijadual akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.


Krismas: Ridhuan Tee pertahan Najib

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Kolumnis kontroversial Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempertahankan dakwaan permintaan pegawai-pegawai Datuk Seri Najib Razak agar simbol-simbol Kristian dialih dan tidak diadakan doa selamat ketika perdana menteri menghadiri majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Krismas minggu lalu.
Malah dalam ruangannya disiarkan hari ini, Ridhuan juga mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, yang meminta Najib agar memohon maaf berhubung perkara tersebut.
Seterusnya, Ridhuan juga berkata, jikapun benar permintaan sedemikian Najib dan pegawai-pegawainya tidak perlu memohon maaf atas tindakan mereka dan ia bukan satu perkara berat.
“Pada saya, jika benarlah berita tersebut, permintaan pejabat Perdana Menteri itu tidaklah terlalu berat.
“Ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik,” kata beliau dalam tulisan terbaru bertajuk “Politik murahan yang memualkan”.

UPDATED - Nazri Botok Buka Mulut Lagi ! MESTI BACA !

Saya sengaja tak mahu komen semasa saya mula2 baca dan postkan artikel tadi. Ikutkan hati memang nak maki je budak botok ni. Beri tenang dulu hati, lepas solat, makan pekena surya sebatang sambil menikmati angin Laut Cina Selatan yang dingin, deruan ombak yang kuat menghempas pantai Batu Buruk jelas kedengaran .... bajet hati dah tenang lah.

Baca balik posting tadi, menyirap balik darah. Bodoh babir bongkak bengap biul balaci botok ni ! Satu lagi B saya tak nak sebut, Kak Kama marah.


Kemudian saya alihkan perhatian saya dari apa yang tersurat dan cuba mengkaji apa yang tersirat. Mengambilkira kenyataan2 bodoh Nazri sebelum ni dan keadaan politik akhir2 ni.

Ahad, Januari 02, 2011

PANAS ! Siapakah VIP Yang Melindungi Kumpulan & Kelab GAY ?


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan malah dipercayai 'dilindungi' golongan orang kenamaan (VIP).


Seperti 'tidak boleh disentuh', agensi penguat kuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang.


Selain berselindung di sebalik premis urut, pusat hiburan, kelab gay telah lama wujud tetapi menggunakan nama persatuan atau pertubuhan yang sah.


Difahamkan, kebanyakan golongan gay terbabit terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, profesional, tokoh korporat dan selebriti.

INI PERKARA MUSTAHIL BERLAKU, TAPI TAK MUSTAHIL KALAU ADA ORANG TENGAH

Dari setahun ke setahun, rakyat Malaysia terutama sekali masyarakat pengguna seringkali dihidangkan dengan kuasa sebenar orang tengah dalam menentukan harga sesuatu barangan. Kerajaan yang takut kehilangan undi popular, sekalipun golongan penghisap darah itu besar kemungkinan tidak pernah pun mengundi atau mendaftar undi, akhirnya akur dengan kehendak mereka.

Gula, tepung, susu tepung bayi, beras dan sekarang minyak masak, semuanya berada dalam tangan orang tengah. Tahun lepas, gula menjadi bekalan yang sangat sukar diperolehi sehinggalah kerajaan memutuskan untuk menuruti kehendak para pemborong itu. Sebaik-baik sahaja kerajaan menaikkan harga gula, maka berlambak-lambaklah gula di pasaran.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS