salam
Memaparkan catatan dengan label Suara Perkasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suara Perkasa. Papar semua catatan

Selasa, Februari 15, 2011

CHING PENG SUKA MELAYU SEMAKIN NYANYUK!!


MELAYU MUDAH LUPA!! Itulah kesimpulan yang pernah diungkap oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Akan tetapi, bukan semuanya lupa terus. Mungkin ada yang terlupa atau buat2 lupa? Antara yang Melayu seringkali terlupa adalah mengenai sejarah dan peringatan seorang Wira Negara satu ketika dahulu. Seorang Wira yang berhempas pulas, bertarung nyawa sehingga terkorban di Medan Peperangan. Semua ini dilakukannya demi memperjuang Tanah Bumi yang kita pijak dan nikmati pada hari ini. ADNAN BIN SAIDI. Siapa Adnan bin Saidi? Mungkin ada yang mengenali beliau, dan mungkin ada yang tidak pernah tahu Wira Negara ini.

Sabtu, Februari 12, 2011

14 HB Febuary VALENTINE AnuWar Buat Saiful Or Azizah? -Armand Perkasa

Saya Selaku Ketua Wira Mewakili PERKASA Msia, Membuat Laporan Polis Terhadap Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim Di Balai Polis Dang Wangi (Campbell) Pada 11hb Feb 2011 Jam 3.30ptg. Berani Menegak Keadilan Kerana Benar: Arman Azha Hj Abu Hanifah (Ketua Wira Perkasa ) 

 Pendedahan diperolehi daripada Seseorg document bertarikh 9 FEB 2011 jam 1700 bertajuk Bila Dan Bagaimana Anwar Akan Larikan Diri - Bahagian 1 dan 2 [Akhir] ada kebenarannya dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak keselamatan. 

Rabu, Februari 09, 2011

Teraju perkukuh agenda majukan perniagaan peribumi

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang bertujuan memperkukuhkan agenda pembangunan golongan itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhannya mampu mendorong, menyelaras dan memantau pelaksanaan kepentingan agenda ekonomi bumiputera terutama dalam usaha negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

Malah, katanya, penubuhan tersebut selaras dengan salah satu resolusi meja bulat perbincangan ekonomi bumiputera sebelum ini yang mencadangkan diwujudkan Jawatankuasa Penyelaras seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu) di bawah jawatankuasa agenda ekonomi bumiputera.

Krisis Mesir: PERKASA mahu kerajaan sedia dana bagi penuntut tahun pertama

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan memberi pinjaman atau biasiswa kepada penuntut tahun pertama negara di Mesir yang mungkin terpaksa mengulang sekiranya tidak dapat mengambil peperiksaan pada tahun akademik ini.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ramai penuntut Malaysia di Mesir dibiayai oleh ibu bapa yang kebanyakannya datang dari keluarga miskin pada tahun pertama dan hanya dijanjikan layak memohon biasiswa atau pinjaman jika lulus ke pengajian tahun dua.
“Jika peperiksaan tergendala, maka untuk tahun ke dua, ibu bapa terpaksa membiayai kos anak masing-masing yang belajar di Mesir,” katanya melalui SMS.

Ahad, Februari 06, 2011

Teruskan provokasi ke atas Nik Aziz

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Para pemimpin UMNO diminta melakukan provokasi berterusan ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat supaya Menteri Besar Kelantan itu terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan justeru memaparkan 'wajah sebenar' beliau.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana, kenyataan kontroversi dan mengelirukan Nik Abdul Aziz itu akan menyedarkan segelintir masyarakat Melayu, seterusnya membantu golongan berkenaan kembali bersatu.

"Walau apa pun, UMNO dapat untung kerana mengikut pandangan saya kenyataannya yang luar biasa membantu memberi kesedaran kepada orang Melayu yang tidak sokong UMNO pada pilihan raya umum lalu untuk kembali menyokong UMNO.

Bertindak tegas pihak hasut rakyat

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan terus bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina dan cuba menghasut rakyat supaya menentang institusi raja-raja Melayu.

Mereka juga berharap tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 semalam kerana mengeluarkan kenyataan menghina dan menghasut orang ramai supaya menentang institusi raja dijadikan iktibar kepada semua pihak.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, bukan sahaja Shuhaimi wajar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana melakukan perbuatan itu tetapi ramai lagi pihak dan individu lain yang bertindak serupa wajar dikenakan tindakan.

Rabu, Januari 26, 2011

Tutup sahaja IPT – Ahli akademik


“Kalau ahli akademik tidak boleh memberi pandangan, lebih baik tutup sahaja institusi pengajian tinggi (IPT).”
Demikian reaksi Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam yang juga Ahli Dewan Tertinggi PERKASA .
Kata Datin Paduka Prof Ramlah, ahli politik sepatutnya tidak ‘mengheret’ ahli akademik kerana pandangan golongan tersebut adalah berdasarkan fakta dan kajian mereka.
Tambahnya, ahli akademik merupakan sumber pendapat yang boleh dipercayai kerana ia berteraskan pemerhatian dan kajian secara intelektual menggunakan dokumen-dokumen yang sah.

Selasa, Januari 25, 2011

Lebih 1,000 ahli NGO bantah pinda perlembagaan


SHAH ALAM 24 Jan. – Lebih 1,000 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Bantahan itu dibuat sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi membentangkan Enakmen Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (Pindaan) 2011 bagi mengembalikan peruntukan sultan perlu mendapatkan nasihat Menteri Besar berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Kumpulan NGO itu yang disertai Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mula berkumpul di Dataran Shah Alam di sini sejak pukul 8 pagi sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer ke bangunan SUK.

Ahad, Januari 16, 2011

Fitnah PERKASA Johor perbuatan keji.

PERKASA hari ini mengutuk dan mengecam perbuatan jahat keji puak puak desperado yang mengeluar dan mencetak risalah menguna kepala surat PERKASA Johor konon mengugut pengundi pengundi Cina DUN Tenang.
Orang waras pasti tidak percaya dan tidak masuk akal bahawa PERKASA Johor boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini menurut Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali.

Individu atau puak yang melakukan perbuatan ini sengaja mahu memburukkan nama PERKASA atau usaha penyokong pembangkang untuk menarik undi kaum Cina dengan menguna nama PERKASA sebagai alasan.Ianya perbuatan tidak bermoral dan bersifat dajal.
PERKASA yakin pengundi kaum Cina di DUN Tenang tidak akan percaya dakyah ini.Perkara seumpama ini pernah berlaku di PRK Hulu Selangor sebelum ini. PERKASA Johor dan Pusat akan buat lapuran Polis supaya di siasat siapakah yang melakukan kerja durjana ini mengakhiri SMS ke laman web pribumiperkasa.com.

Ahad, Januari 09, 2011

Isu Suk: Cubaan Keruhkan Hubungan Antara Istana Dan Khalid - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 9 Jan  -- Isu penolakan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi bagi jawatan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) Selangor dilihat sebagai satu usaha pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan istana.

Anggota Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata Khalid tentunya tidak mahu pening kepala dengan isu berkenaan apatah lagi mahu bermasalah dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Tetapi saya lihat ada pihak yang cuba mengeruhkan suasana ini dengan bertindak umpama baling batu sembunyikan tangan dalam isu-isu tertentu. Kesungguhan MB (Khalid) menolak Khusrin jelas ada dalang di belakangnya," katanya  pada hari Ahad.

Ibrahim, yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), berkata setakat ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersuara dalam media, bukannya bermakna mereka tidak berperanan.

Khamis, Januari 06, 2011

Perkasa mahu TBS-BTS bela nasib peniaga kecil

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kesal dengan tindakan pengurusan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) yang sewenang-wenangnya mengenakan kadar sewa yang terlalu tinggi.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sepatutnya ruang niaga berukuran 2.4 x 3 meter (8 x 10 kaki) diwujudkan sebanyak mungkin khusus untuk peniaga kecil.
Namun katanya, ruang niaga yang disediakan pihak pengurusan terminal adalah bersaiz kios yang terlalu canggih seperti ruang niaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sehubungan itu, kata beliau, Perkasa merasakan perancangan bagi projek tersebut adalah tidak betul.
“Kalau projek yang dimajukan oleh usahawan Melayu dan kerajaan tidak mampu membantu usahawan Melayu, maka tidak hairanlah kalau peniaga Melayu dipinggir dari pusat beli-belah seperti Parkson, Alamanda, Sungai Wang, Times Square dan lain-lain.

SEJARAH TERCIPTA ! FOTO DEMO RAKYAT SELANGOR PERTAHAN SULTAN SELANGOR






Rabu, Januari 05, 2011

Bantahan Perkasa


SELURUH AHLI PERKASA dan Rakyat Malaysia.. Ayuh Sekalian, Kita Turun Berarak Menentang Kezaliman Regim Zionis Pakatan Rakyat, 

Tarikh : 5/1/2011 
Hari : Rabu, 
Jam : 3 ptg, 
Lokasi : Dataran Shah Alam (Depan Alam Sentral/MBSA), 

sila pakai BAJU PERKASA JIKA ADA ATAU LILIT KEPALA PERKASA.BANGKIT DEMI MELAYU..NYAHKAN DAP,DALANG Perosak Negara... !!!. 

Sila Hadir jika sayangkan Agama, Bangsa dan Negara...Daulat Tuanku... 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, Disember 30, 2010

SENAMROBIK DAP CABAR KESELAMATAN NEGARA


Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, bersenamrobik bersama-sama jemaah masjid---termasuk lelaki---sempena Karnival Maal Hijrah di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, baru-baru ini, adalah masalah keselamatan negara.

Ia boleh memprovokasikan reaksi negatif terhadap Teo, parti yang diwakilinya, serta umat Islam yang menganjurkan acara berkenaan secara sedar.

Tindakan tersebut, walaupun pastinya dilakukan dengan kerelaan jawatankuasa dan jemaah masjid, adalah tindakan yang melangkaui politik.

Ia adalah isu keselamatan negara yang mesti segera ditangani mengikut undang-undang yang tegas dan berkesan.

Tulisan ini tidak mencerminkan ekstremisme Islam. Sebaliknya, mencerminkan kebimbangan terhadap tindak-balas negatif yang boleh tercetus akibat tindakan tersebut senandainya wujud segelintir umat Islam yang hilang sabar dan terlalu amat marah terhadap perbuatan yang mengenepikan prinsip-prinsip asas sensitiviti keagamaan.

Pihak berkuasa Malaysia perlu segera mensekuritisasikan tindakan seperti ini dan bertindak membanteras ianya daripada berulang.

Tidak ada gunanya peristiwa seperti ini dijadikan polemik kepartian. Isu keselamatan negara di sesebuah negara majmuk seperti Malaysia mesti dibanteras menerusi ketegasan undang-undang.


Ruhanie Ahmad

JANGAN PERTIKAI PERKENAN SULTAN!!!

SHAH ALAM 29 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor memberi ingatan tegas terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya jangan mempertikaikan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Naib Yang Dipertuanya, Datuk Amir Hamzah Mohd. berkata, ingatan itu diberi kerana pihaknya menyifatkan mana-mana pihak yang menentang keputusan Sultan Selangor dalam sesuatu perkara termasuk pelantikan jawatan tersebut merupakan satu tindakan yang biadab serta tidak menghormati kedudukan institusi beraja di negeri ini.

Katanya, perkenan baginda melantik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK berkuat kuasa 1 Januari ini adalah satu keputusan yang harus dihormati oleh semua pihak kerana ia dibuat berasaskan bidang kuasa baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Jelasnya, berdasarkan peruntukan undang-undang itu, baginda sememangnya mempunyai kuasa eksekutif dalam pelantikan SUK termasuk Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Kalau kita lihat, pelantikan Mohammed Khusrin itu dibuat di peringkat Persekutuan seperti yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada 27 Disember lalu.

Ahad, Disember 26, 2010

MALAYSIAKINI:IBRAHIM ALI PENGLIPUR BERITA 2010

Malaysiakini sebuah Laman Web dan Portal berita Politik popular telah memilih Datuk Ibrahim Ali sebagai Penglipur Berita Malaysiakini bagi Tahun 2010.  Pengiktirafan ini mungkin disebabkan kelantangan Ahli Parlimen Pasir Mas ini dalam mengutarakan isu-isu semasa terutama yang berkaitan dengan Hal Ehwal orang melayu  serta Penubuhan PERKASA yang melindungi Hak dan Keistimewaan orang Melayu.  Datuk Ibrahim Ali sememangnya begitu popular dalam Politik Tanah air ini kerana banyak menimbulkan banyak kontroversi dan spekulasi terutama sokongan beliau kepada Parti yang tertentu serta sudah berapa kali keluar Parti tidak kira dalam kerajaan ataupun Pembangkang dan sekarang mengistiharkan diri beliau benar-benar bebas tanpa sokongan mana-mana Parti Politik.

Sabtu, Disember 25, 2010

PEMUDA UMNO & PERKASA - CARILAH TITIK PERSAMAAN!

Senario terkini untuk orang Melayu cukup menyedihkan.  Gerakan Timurcuba mencari jawapan mengapa berlaku "pertelagahan" di antara PERKASA dan PEMUDA UMNO.  

PEMUDA UMNO sebelum ini dikenali sebagai suara lantang UMNO dalam mempertahankan perkara-perkara dalam perlembagaan.  Selain dari itu, Pemuda juga menjadi kumpulan pendesak kepada kerajaan dalam isu-isu nasional, terutamanya apabila ia melibatkan orang Melayu.  Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan barisan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironiya dengan 'tapisan' ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO.  Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.

UMNO & PERKASA = AUR DAN TEBING?

Asyik beraya, macam2 berita yang GT tak sempat nak follow.  Namun, GT ingin menyentuh tentang isu PERKASA vs pemimpin2 UMNO yg menolak kewujudan PERKASA.  Mengapa berlaku perkara ini sedang matlamat dan tujuan dua organisasi ini boleh GT katakan adalah sama.  

Kelahiran Perkasa juga bukan sebagai parti politik, oleh itu, ia bukanlah saingan pada Umno.  Perkasa dizahirkan kerana ingin mengekalkan perlembagaan, iaitu agama, bangsa dan negara yang mana pada hari ini sedang dipermainkan oleh kambing2 Fuckatan.  Mgkin ada pemimpin Umno yg rasa terhina bila Perkasa muncul, kerana mengambil alih tugas mereka atau cuba menafikan kewujudan Umno.  Fikiran negatif ini harus dibuang sama sekali dari otak pemikiran pemimpin Umno.  Cuba muhasabah diri sendiri, dimana silapnya diri itu dan kenapa orang Melayu sudah melihat Perkasa sebagai SEBUAH PERTUBUHAN YANG WAJIB DISERTAI.  Lihat kembali pada sejarah, bagaimana penyatuan NGO melayu membawa kepada penubuhan PEKEMBAR.  

Sabtu, Disember 18, 2010

SAJAK WARISAN PRIBUMI PERKASA (ORANG ULU TERENGGANU)

Sajak telah di deklemasikan oleh En. Ibrahim bin Taib (Uraong Ulu) di Majlis Pelancaran Pertubuhan Pribumi PERKASA Peringkat Daerah-Daerah Negeri Terengganu pada 17/12/2010 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu.

Khamis, Disember 16, 2010

Pemantauan Ekuiti Kaum Bumiputera

Dalam utusan Malaysia dua hari lepas (14hb Nov 2010) halaman 13, Dato Ibrahim Ali (Presiden PERKASA) mahukan ekuiti bumiputera dengan menubuhkan suruhanjaya diraja atau pemandu.

Beliau bercerita tentang pemantauan ekuiti kaum Bumiputera dalam segenap sektor supaya ekuiti 30% tercapai seiring dengan wawasan 2020.


Saya amat bersetuju lah dengan pandangan Tok Him dalam hal ini dan juga dalam banyak hal hal yang lain. Apa guna negara sudah maju jauh kedepan tapi dari segi kek ekonomi orang melayu masih juga tidak tercapai 30% seperti yang diingin inginkan.
Cuma sebagai tambahan pantauan sahaja tidak mencukupi kerana isu yang paling mendesak adalah:

1. Bagaimana untuk melahirkan (membudayakan) lebih ramai bumiputra terlibat dalam perniagaan. Janganlah dihalau atau pun di roboh pasar pasar niaga yang kecil kecil..bahkan perbanyakkan lagi, kalau peniaga kecil kecilan ada buat salah tu..bagi sedikit peluang, kerana dengan ini boleh membudayakan ilmu keushawanan. Kalau orang asing kita terus ambil tindakan la. Kalau raklyat Malaysia.. pergi jumpa dia dan bawa bincang elok elok. Pesanan ini ditujukan kepada semua pemimpin disemua negeri.


2. Seterusnya bagaimana untuk melahirkan ramai usahwan bumiputra yang berdaya maju dan mampu bersaing.


Kalau mengikut teori yang muktabar semuanya berkaitrapat dengan "Push dan pull factor", "bukan sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu, suruh makan rasuah saya makan suruh mengaji saya tidak tahu."


Ini bermakna ianya berkait rapat dengan dorongan polisi (pull factor) yang kondusif dan sudah tentu pada waktu yang sama implementasi yang betul. Apabila ini ada maka secara teori mengikut tok guru yang yang besar besar maka secara automatiknya minat akan meningkat.


Satu lagi adalah faktor "push", ini adalah kerana sikap ulat dalam batu..apabila keadaan ini wujud kekadang otak jadi bergeliga dan sanggup berbuat apa sahaja, ada yang berada dijalan yang benar dan berniaga..tetapi masalahnya banyak yang berniaga dijalan yang tidak benar..dijual anu anu nya.(kumpulan teori songsang). Timbul pula masalah sosial.


Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan, bahkan polisi polisi selama ini pun baik dan banyak memberi kesan cuma mungkin silap dalam implementasi yang banyak "main sorong papan tarik papan", isu ini berkaitan dengan 'agency theory' yang pernah saya sebut sebelum ini.


PM Ds Najib mungkin boleh mengubahsuai dimana perlu.. kita tidak mahu hanya kerana setitik nila maka, habis susu sebelangga, atau pun hanya kerana kerbau seekor yang membawa lumpur habis semuanya terpalit.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS