salam

Rabu, Januari 26, 2011

Tutup sahaja IPT – Ahli akademik


“Kalau ahli akademik tidak boleh memberi pandangan, lebih baik tutup sahaja institusi pengajian tinggi (IPT).”
Demikian reaksi Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam yang juga Ahli Dewan Tertinggi PERKASA .
Kata Datin Paduka Prof Ramlah, ahli politik sepatutnya tidak ‘mengheret’ ahli akademik kerana pandangan golongan tersebut adalah berdasarkan fakta dan kajian mereka.
Tambahnya, ahli akademik merupakan sumber pendapat yang boleh dipercayai kerana ia berteraskan pemerhatian dan kajian secara intelektual menggunakan dokumen-dokumen yang sah.

“Jika pandangan kami selaras dengan perjuangan mana-mana parti politik, ia hanyalah kebetulan kerana kami tidak menyebelahi mana-mana pihak.
“Anggap sahaja kami sebagai sumber pendapat sudut ketiga,” katanya berhubung kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang menyifatkan beliau sebagai alat UMNO .
Azmin ketika membahaskan usul pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor semalam telah membidas Ramlah dengan menyifatkannya sebagai ‘profesor kangkung’ kerana selalu memutarbelitkan sejarah.
Sementara itu, Ramlah berkata, Azmin tidak boleh menyempitkan peranan ahli akademik semata-mata untuk kepentingan politiknya.
“Justeru, saya harap peranan ahli-ahli akademik tidak akan dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.
Sementara itu, tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, ahli politik tidak boleh membuat kenyataan mengenai aspek sejarah kerana mereka bukan seorang pengkaji sejarah yang serius.
Tambahnya, ahli-ahli sejarah sepertinya mampu menafsir jika seseorang mahir bercakap tentang sejarah ataupun tidak.
“Kenyataan Azmin bagaimanapun membuktikan bahawa beliau tidak memahami sejarah dan hanya menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingannya sahaja,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS