salam

Khamis, Disember 23, 2010

Guan Eng semakin bersikap perkauman

MUNGKIN Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak tahu atau tidak faham dengan peribahasa Cina iaitu Cónglái bu xie le yi feng xìn, ér ni shì shengqì (never write a letter while you are angry). Kerana itu Guan Eng telah dikecam hebat dek kenyataan beliau semasa konvensyen pembangkang baru-baru ini.

Apakah pembaca lebih 200,000 naskhah sehari Utusan Malaysia boleh diperlekehkan sebagai bukan rakyat Malaysia tulen seperti tuduhan Guan Eng?

Inilah persoalan asas yang perlu direnungi bersama. Kita tentu marah kerana Guan Eng nampaknya telah membesarkan skop kebencian beliau yang kini bukan sahaja melibatkan parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO, tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Perjuangan Komunis secara terangan !!!!

Melihatkan gambar diatas dipertontonkan kita kisah zaman era komunis di Tanah Melayu. Apakah fahaman Komunis ?. Sebuah pertubuhan yang tiada percaya kepada Tuhan (Tiada Agama). Majoriti komunis adalah cina. Kini kita lihat fahaman komunis ini diterjemahkan oleh DAP. Kita lihat perjalanan pemerintahan DAP yang kejam dan mengamalkan dasar pecah belah dan sangat anti kepada islam.


Justeru tidak hairan jika LGE menindas kaum melayu dan menghalaunya secara tak langsung. Kita lihat LGE yang bercakap tak serupa bikin dan sentiasa berubah-ubah. Untuk melaksanakan agendanya beliau perlu mendapat sokongan kaum melayu yang kecewa.  Golongan ini ialah pemimpin PAS yang disisihkan oleh UMNO kerana tidak ikut telunjuk mereka.


Justeru itu LGE mudah peralatkan pihak tersebut terutamanya pemimpin tertinggi PAS. Secara totalnya mereka ini mempunyai pandangan berbeza dan berbelah bagi. Kita lihat apabila Hadi dan Nasaruddin Md.Isa cuba hulurkan tangan perpanduan antara UMNO dan PAS disanggah oleh N. Aziz. Kerana takutkan doa N. Aziz maka Hadi dan Nasaruddin kecut telur dan berdalih.

Ustaz Kazim Berhujah Mengenai Ketuanan Melayu


Maksud sebenar Ketuanan Melayu adalah lebih mirip kepada Malay Dominance dan bukannya Malay Supremacy atau Malay Superiority. Ia kerap dilaungkan dengan lantang kerana Melayu tidak dominan di dalam sektor ekonomi, kerjaya, pendidikan dan juga politik. Di dalam senarai Forbes 2008, hanya terdapat seorang Melayu di dalam senarai 10 lelaki terkaya di Malaysia. Eksekutif Melayu hanya di syarikat-syarikat milik kerajaan tetapi bilangan mereka di sektor swasta terlalu kurang.

Ini secara langsung menyumbangkan kepada statistik yang menunjukkan bahawa pendapatan seisi rumah keluarga Melayu merupakan yang terendah antara ketiga-tiga kaum. Pelajar-pelajar Melayu yang unggul semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak cemerlang di peringkat universiti. Bahkan, di sektor yang sepatutnya ditunjangi oleh Melayu seperti Perbankan Islam dan Hub Halal, Melayu sudah ketinggalan.

Inilah yang menjadi agenda sebenar pejuang-pejuang 'Ketuanan Melayu', yang tidak mahu melihat bangsa mereka yang merupakan bangsa paling dominan dari segi bilangannya di negara tercinta ini, hanya menjadi dominan di dalam "sektor" yang menghasilkan Mat Rempit, penagih dadah, keciciran sekolah, pengangguran, bohsia, muflis, kemiskinan tegar dan akhir sekali, perpecahan antara satu sama lain. Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani.

MELAYU SYIAH AMAT BAHAYA...

Pembela Dan Memurnikan Para Sahabat Rasulullah s.a.w Daripada Celaan Syiah…


Persoalan yang besar yang di timbulkan oleh pihak Syiah khususnya, mereka(syiah) adalah segolongan kecil yang mengaku islam tetapi menghina para sahabat. Merekalah golongan yang paling lantang mengkritik, menghina, mencaci-maki dan mengfitnah para sahabat Nabi s.a.w. 

Sahabat-sahabat yang dibenci


- Abu Bakar
- Umar al-khattab
- Ustman
- Muawiyah
- Yazid
- Saydatina Aisyah
- Khalid al-walid
- Abdul Rahman Auf
- Dan sahabat yang saya tidak ketahui, yang dibenci oleh mereka.




TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS