salam

Sabtu, Januari 01, 2011

Perutusan Tahun Baru 2011 Presiden PERKASA

Saya pertamatamanya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di mana sahaja tuantuan dan puanpuan berada. Semoga kita semua melangkah ke tahun yang baru ini dengan penuh azam dan semangat yang berkobarkobar serta bersedia untuk menunaikan segala amanah dan tanggungjawab yang telah diletakkan di atas bahu kita bersama.
Pada hari permulaan tahun baru ini juga, marilah kita bersama–sama mengucapkan dan memanjatkan rasa kesyukuran kita kerana dengan berkat limpah kurnia izin dan makbul Allah SWT, kita dapat menyambut kehadiran tahun baru dengan suasana yang aman, sejahtera, bebas dari sebarang malapetaka, bencanabencana besar dan kekacauan.
Terasa bahawa tahun 2010 berlalu dengan begitu pantas. Mungkin kerana di sepanjang tahun 2010 terlalu banyak tugas yang perlu dilaksanakan, terlalu banyak peristiwa atau terlalu banyak perkara baru yang berlaku,
Alhamdulillah, hanya selepas 2 tahun PERKASA dilancarkan ianya sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Dari segi prestasi membela dan mampertahankan Hak Orang Melayu dan Pribumi, Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat.
Bagi saya pencapaian kita setakat hari ini adalah cukup menakjub dan membanggakan. Bukan mudah untuk menterjemahkan satu pelan induk ke dalam bentuk pelaksanaan dalam masa yang singkat, iaitu kurang daripada dua tahun, lebih lebih lagi jika kita mengambil kira saiz pertubuhan kita ini. Kepada semua ahli jawatankuasa di peringkat Pusat, di peringkat negeri dan daerah, Tahniah saya ucapkan
Biarpun tahun 2010 begitu padat, begitu mencabar dan memenatkan, namun saya yakin bagi setiap warga PERKASA, segala pengalaman yang ditempuhi ini benarbenar
memberikan kepuasan, lebih lebih lagi apabila ia disulami dengan berita berita gembira dan pencapaian yang membanggakan.

Saya juga merasa amat gembira bila mana didalam kita bertindak sebagai pendesak kepada kerajaan dalam masa yang sama kita juga menjaga keamanan dan keharmonian negara, Kita buktikan bahawa PERKASA bukan terdiri dari golongan yang suka merusuh di tepi tepi jalan, membakar bendera, mempersendakan lagu Negaraku,membuat kekacauan serta meniupkan api perkauman dan permusuhan.
Kita mesti perkuat iltizam, semangat dan jati diri untuk terus memperkasakan Islam, Melayu dan Tanah Melayu Malaysia, Melayu Tak Hilang didunia saperti kata Laksamana Hang Tuah tetapi Melayu boleh hilang dunia ( Singapura @ Pulau Pinang).
Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata
Hidup Melayu!.. Hidup Melayu!.. Hidup Melayu!..
Sekian, terima kasih.
Dato Ibrahim Ali
PRESIDEN PERKASA.
MP Pasir Mas

Perutusan Tahun Baru 2011 Tim.Presiden PERKASA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualiikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kepada semua Ahli PERKASA dimana jua Saudara/i berada. Semoga senantiasa didalam perlindungan Allah S.W.T.
Pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, maka kita dapat bersama-sama menyambut kehadiran tahun baru 2011, semoga kehadiran tahun baru ini dapat memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan menyuntik semangat baru yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab mulia didalam mempertahankan hak kita sebagai Bangsa Melayu dan Pribumi .
Iringilah sambutan tahun baru dengan semangat baru, Sebagai Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Pengurusan dan Keahlian PERKASA saya menyeru kepada semua orang Melayu dan Pribumi, marilah kita sama-sama menjadi ahli PERKASA agar Pertubuhan Pribumi PERKASA akan menjadi lebih kukuh, dinamik dan bermanafaat untuk semua. Kebersamaan ahli dan kekukuhan barisan saf kepimpinan akan menjadikan PERKASA lebih disegani didalam menyuarakan hak dan kepentingan bangsa Melayu dan Pribumi.
Dikesempatan perutusan tahun baru 2011 ini, saya menyeru kepada seluruh orang Melayu dan Pribumi agar menghayati nilai-nilai murni peninggalan nenek moyang kita,seperti jujur dan amanah, Jujurlah kita didalam mempertahankan hak kita serta amanah didalam menjalankan tanggungjawab menjaga hak hak kita orang Melayu dan Pribumi yang di tinggalkan oleh nenek moyang kita.
Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua saf saf kepimpinan tertinggi PERKASA, termasuk semua ahli jawatankuasa Negeri dan Daerah yang berada di seluruh pelusuk negara yang telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan pelbagai program pada tahun 2010. Bagi tahun baru 2011 ini, saya berharap agar usaha untuk melonjakkan kecemerlangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia akan dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan wadah dan ladasan perjuangan didalam menjaga hak kita sebagai orang Melayu dan Pribumi di negara Malaysia tercinta pada hari ini dan masa depan.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalam’mu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Sekian Terima kasih.
Dato Abdul Rahman Bakar
Tim. Presiden / YDP Negeri Johor
Pengerusi Pengurusan dan Keahlian
PERKASA

Perpaduan Melayu: Realiti atau mitos?

ARKIB : 13/10/2010 ( Utusan Malaysia)

ISNIN minggu ini saya dijemput sebagai ahli panel forum bersama-sama pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan kolumnis Mingguan Malaysia yang juga pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. Forum bertajuk "Perpaduan Melayu Dalam Menjamin Masa Depan Bangsa" dianjurkan oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu di bawah naungan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Forum itu diadakan sebagai pembuka tirai bagi program Perpaduan Melayu yang dianjurkan oleh UiTM bagi memberi kesedaran kepada lebih 170,000 pelajarnya dan 8,000 pensyarahnya yang berada di merata pelosok negara mengenai betapa pentingnya perpaduan demi kelangsungan bangsa.

Berikut ialah sedutan kertas kerja saya:

DARI segi sosio-politik moden Malaysia, kisah mengenai perpaduan Melayu telah mula dibincangkan sejak pembentukan negara ini lagi. Ia memuncak selepas tragedi 13 Mei 1969 yang memperlihatkan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan mereka dalam bidang sosial dan ekonomi. Orang Melayu dilihat bersatu atas nama perpaduan bangsa demi mempertahankan hak.

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak biadab apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan mendakwa ia seperti tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati'.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei juga dilihat mahu mengheret Sultan Sharafuddin ke dalam kancah politik apabila mendakwa, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru sebagai tindakan pilih kasih institusi beraja terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Sambil mempersoalkan pelantikan Mohammed Khusrin itu, Shuhaimi mendakwa, jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Sultan Sharafuddin mesti bertindak mengikut nasihat majlis tersebut, bukannya berkecuali.


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS