Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu anggota-anggota Barisan Nasional (BN) supaya mengikis gejala penyakit khayal, lupa diri, jumud dan angkuh dalam usaha menambat hati rakyat.
“Kita mesti mengelak, mengikis dan membuang jauh empat gejala penyakit itu sebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan mereka menjadi kemarahan dan sokongan rakyat bertukar menjadi penentangan,” kata Najib yang juga Pengerusi BN.
Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.
Najib berkata semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah.
“(Saya) menyedari empat penyakit lazim sering melanda parti-parti yang sudah lama berkuasa. Hakikatnya, parti yang terlampau berkuasa jarang melakukan muhasabah terhadap kelemahan diri,” katanya dalam ucapan amanat dasar di Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, kelmarin.
