salam

Khamis, Januari 20, 2011

AL FATIHAH - ANAK ADUN MERLIMAU AKAN NIKAH MAC INI !!

Melayu CinDia telah diberitahu Sahabat karib kepada anak ADUN Merlimau telah mengesahkan wakil rakyat dari Melaka ini baru sahaja meninggal dunia.. AL FATIHAH.

Sebelum ini, Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan dirawat di ICU akibat serangan jantung. secara tiba2. Apa yang menyedihkan, anak beliau akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan Mac ini. Allah, berilah kekuatan kepada keluarga beliau. Ikuti perkembangan lanjut dari semasa ke semasa. Isu ini telah menjadi bahan artikel.. Namun, apa yang lebih sahih, Melayu CinDia akan tunggu laporan dari Berita di siaran televisyen. Allah Maha Besar.

PARIAH BUAT HAL LAGI



Memang puak puaka ini tak reti bahasa, tak belajar sejarah, tak baca buku tersebut. hanya kerana perkataann pariah mereka nak protes.  Memang pariah betul.

Satu ketika TM pergi ke hospital dan melihat gelagat pariah yang tak dilayan oleh seorang doktor kasta tinggi berdasarkan nama dan warna kulit TM dapat mengangak dia ada dari kasta Brahmin.

RUMAH DISERBU - KU LI DITAHAN REMAN POLIS??

Berita mengenai serbuan Pegawai Penyiasat IPD Kota Bharu ke rumah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengejutkan Melayu CinDia dan beberapa rakan yang lain. Melayu CinDia berkesempatan hadir di kediaman beliau di Kuala Lumpur bagi memastikan tujuan sebenar kehadiran polis ke rumah beliau. Adakah Ku Li akan ditahan reman atas dakwaan beliau membantah perlantikan Sultan Kelantan baru2 ini?

Penyakit Mental Semakin Merebak di Malaysia

Peringatan daripada Menteri Kesihatan tentang penyakit mental…

Pesakit Mental Meningkat 15.6 Peratus Tahun Lalu - Menteri Kesihatan


PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan.


"Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009," kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini Selasa. Baca lagi… 

Lepas Tenang Kemudian Ke Pelabuhan Klang

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.


Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.  Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.

Pertemuan Muhibah setuju Interlok dikekal, Misa mahu digugur

BANGI, 19 Jan — Pertemuan Muhibah kedua anjuran Dewan Pemuda PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju novel Interlok tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain dikekalkan sebagai buku teks sastera Tingkatan Lima.
Bagaimanapun Persatuan Pelajar India Malaysia dalam pendirian berasingan mahu novel itu ditarik balik demi kepentingan semua pihak.
Persetujuan Pertemuan Muhibah dicapai selepas Kumpulan Budayawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat India membentangkan hujah masing-masing ketika pertemuan selama tiga jam itu.
Pertemuan hari ini bersetuju novel Interlok dikekalkan dengan syarat dimasukkan lampiran ulasan dalam edisi sekolah.

"MAKIN HARI MAKIN TERUK"

Itulah yang terkeluar dari hati penulis tatkala membaca beberapa blog milik Pro Kerajaan mahupun Pro Khawarij. Fitnah, cercaan, maki hamun bagaikan menjadi 'ramuan asasi' bila bercakap mengenai politik. Yang dipihak Pro Kerajaan mencari-cari kesalahan pihak pembangkang dan begitu juga sebaliknya.

Dan lebih menyedihkan penulis ialah apabila dikalangan pihak blogger ini menggunakan isu-isu kekeluargaan sebagai topik untuk menjatuhkan pihak yang tidak disukainya. Apakah dosa anak-anak pemimpin ini baik pembangkang mahupun kerajaan kepada kalian dan negara? Jikalau lah kelakuan mereka tidak begitu menyenangkan, adakah ianya meninggalkan kesan kepada kerajaan dan negara? Mereka tidak terlibat dengan stuktur pentadbiran negara, maka apakah kewajaran kisah-kisah nakal mereka dijadikan bahan politik?

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS