Itulah yang terkeluar dari hati penulis tatkala membaca beberapa blog milik Pro Kerajaan mahupun Pro Khawarij. Fitnah, cercaan, maki hamun bagaikan menjadi 'ramuan asasi' bila bercakap mengenai politik. Yang dipihak Pro Kerajaan mencari-cari kesalahan pihak pembangkang dan begitu juga sebaliknya.
Dan lebih menyedihkan penulis ialah apabila dikalangan pihak blogger ini menggunakan isu-isu kekeluargaan sebagai topik untuk menjatuhkan pihak yang tidak disukainya. Apakah dosa anak-anak pemimpin ini baik pembangkang mahupun kerajaan kepada kalian dan negara? Jikalau lah kelakuan mereka tidak begitu menyenangkan, adakah ianya meninggalkan kesan kepada kerajaan dan negara? Mereka tidak terlibat dengan stuktur pentadbiran negara, maka apakah kewajaran kisah-kisah nakal mereka dijadikan bahan politik?
Setiap anak-anak itu dibawah tanggungjawab ibu bapa mereka. Walaupun kalian mempunyai hak menegur, namun ianya tidaklah sampai melampaui batas sehingga mencerca kelakuan kurang matang mereka. Seharusnya mereka diberikan nasihat yang tidak mengaibkan mereka. Kerana apabila kalian mengaibkan mereka, maka bertambah-tambahlah keaiban yang akan berlaku pada kalian.
Semoga ALLAH menyelamatkan Malaysia dari orang-orang yang busuk hatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan