salam

Rabu, Januari 12, 2011

Bukti Dato Mat Zain bankrup yang mudah dibayar


Dato Mat Zain Ibrahim yang menuduh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Gani Patail menutup kes mata lebam tahun 1998 dan kini menuduh DNA kes dahulu adalah palsu adalah seorang bankrup yang telah dibayar gerombolan Anwar Ibrahim.

Bekas CID Kuala Lumpur bolehlah dikatakan seorang pegawai polis yang baik tapi dia menjadi demikian sebaik saja dia pencen dan gagal dalam satu business dengan seorang Cina.

Berlaku saman menyaman hingga akhirnya dia menjadi bankrup. Untuk hidup, dia terdesak untuk lakukan apa yang patut sebagaimana diarah oleh gerombolan Anwar.

PAS S'gor makin mesra dengan Khusrin PKR dan DAP Tak Tidur Lena

"PAS S'gor makin mesra dengan Khusrin" inilah tajuk berita dalam Malaysiakini. Dari tajuk itu pun kita dah tau PKR dan DAP tak boleh tidor lena di sebabkan kenyataan akhbar Datuk Hasan Ali.

Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

Tambahnya, beliau mungkin akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohd Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.

Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin.

JAHANAM – TIAN CHUA TUDUH POLIS BERPOLITIK PULA

Suhaimie Shafeei ADUN Sri Muda telah menimbulkan kemarahan polis pula dengan mengatakan polis jangan terlibat dalam politik melalui wakilnya Naib Presiden PKR. Sebagai tindak balas politik Suhaimie telah menghantar 30 orang untuk mengadakan demo berkain rentang yang dikepalai oleh Tian Chua.

Tian Chua berkata bahawa tindakan polis terburu-buru memulakan siasatan. Tindakan polis itu seolah-olah mengugut ADUN berkenaan dan memberi tekanan kepada kerajaan PKR Selangor. Tindakan polis datang kerumah  Suhaimie kemarin malam juga tidak wajar kerana tiada notis. Walaubagaimana pun ADUN itu akan hadir jika menerima notis 111 terhadapnya untuk memberi keterangan.

Utusan Jan12,2011(8).

GEMPAR !!! UMMI MENYAMAN AHLI PAKATAN RM700 JUTA !!!




WOW !!! RM700 JUTA ??? ini lah kes yang pertama yang saya dengar.sampai RM700 juta nampaknya kalau kes ini menang.nanti kalau menang kes ini saya nak sikit boleh cik ummi ??? kekekeke...

KEMBALIKAN SEMANGAT KEKUATAN ORANG MELAYU

Hatta Adnan berasa amat kagum dengan pendirian dan kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, mengenai tengkarah dan perdebatan berhubung apa yang disebut sebagai ‘ketuanan Melayu’.
Sultan Ibrahim tepat menyatakan bahawa kata-kata ‘ketuanan Melayu’ seharusnya diganti dengan ‘kedaulatan Melayu’ kerana ia bukan membabitkan soal ‘tuan’ atau ‘hamba’. Benar sekali. Apa guna jadi ‘tuan’ jika sekadar boneka orang lain. Apa guna jadi ‘tuan’ jika tidak berdaulat, bermaruah dan berjaya.
Banyak pihak, terutama golongan politik dan NGO ‘politik’, cepat melenting dan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang kononnya memperlihatkan ketegasan mereka. Ada yang mengadakan tunjuk perasaan dan ada yang membuat laporan polis.

Anak cucu boleh merana – PM

PUTRAJAYA 10 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji pakatan pembangkang untuk melaksanakan ‘Pelan 100 Hari’ jika dapat memerintah negara sebagai amat populis dan tidak berpaksi di bumi nyata.
Perdana Menteri menegaskan, terdapat keanehan serta amat menghairankan apabila pembangkang membentangkan segala janji yang populis tanpa membentangkan sebutir maklumat pun mengenai punca sumber kewangannya untuk pembangunan rakyat.
“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadai masa depan negara dan begitu tidak bertanggungjawab sekali sehingga anak cucu merana kelak. Kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan, boleh ditunaikan.
“Malah tanpa menunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja menurut perkiraan kita, negara kita jadi macam Greece kalau dilaksanakan segala janji itu tanpa mengambil kira kemampuan negara.
“Justeru, janganlah kita menang sorak kampung tergadai, saya percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, buatlah penilaian,“ kata beliau sambil menyifatkan 2011 tahun untuk meningkatkan momentum pelaksanaan segala agenda dasar utama negara.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS