salam

Isnin, Januari 10, 2011

Mempertahankan Hak Secara Bijaksana

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan kebebasan hak asasi kepada seluruh warganegaranya tidak mengira bangsa dan juga agama, sebagaimana yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika kita percaya dan menghormatinya (Perlembagaan Persekutuan), tentulah kita juga harus menghormati semua kandungannya termasuklah keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja - Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di negara ini.

Tidak wajar adanya tindakan dari pihak-pihak tertentu yang mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara ‘tersebut’ yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan ia termasuk di dalam Perlembagaan Persekutuan namun, kenapa ia boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan segelintir rakyat ?

Menyemarakkan Suara Aktivis Mahasiswa

Seperti minggu lepas, minggu ini saya masih memilih menulis mengenai pemimpin muda dalam universiti. Saya berharap dengan cara ini pemimpin muda dapat menyemarakkan suara mereka sebagai aktivis mahasiswa di negara ini.

Penulis mengucapkan tahniah kepada Universiti Sains Malaysia (USM) yang merealiasasikan Parlimen Mahasiswa dalam universiti. Pada 23 Oktober 2010 lalu, Majlis Perwakilan USM telah memulakan persidangan Parlimen Mahasiswa atau Dewan Perundingan Pelajar di Universiti Sains Malaysia (MDPP) dengan membahaskan 19 usul bukan saja baik untuk USM tetapi baik juga untuk mahasiswa di negara ini. Kerana anda sebagai pemimpin mahasiswa, maka 22 November 2010 isu Parlimen Mahasiswa di bahaskan dalam Parlimen Malaysia.

KOMEN TERTUDUH.....

Ramai suspek berjenama yang telah menghadapi tuduhan salah laku dan penyelewengan. Ramai juga di kalangan mereka yang di jatuh hukum dan didapati bersalah oleh mahkamah. Ramai juga yang akhirnya didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Ada juga yang Peguam Negara tidak bawa kes ke muka pengadilan kerana didapati kekurangan bukti dan tidak wujud prima facie.

Qasitah Gadam, setelah lebih 5 tahun turun naik mahkamah, akhirnya didapati tidak bersalah. ArifFahmi menantu Nik Aziz yang dituduh menyelewengkan wang PKENK akhirnya di dapati tidak bersalah.

Begitu juga dengan seorang Ketua Pengarah Risda bebas dari tuduhan rasuah setelah lebih 5 tahun didakwa. Khir Toyo juga sudah didakwa dan diambil keterangan mengenai tuduhan membeli rumah melalui transaksi yang bersalahan dengan perundangan yang ada.

MESTI BACA : KARPAL SINGH 'TIME BOMB' KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !


Tambahan : PETALING JAYA: Wangsa Maju MP Wee Choo Keong has called on DAP chairman Karpal Singh to offer himself as a witness in the sodomy trial of Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Wee said Karpal, who is Bukit Gelugor MP, should do this as he was a credible “character witness” for Anwar.
Isu Karpal Singh bertambah panas apabila lebih ramai lagi peguam menyatakan pendirian mereka tentang kesahihan Karpal Singh menjadi peguambela utama Anwar Ibrahim.


PANAS!!!! AIDIL FITRI TERAKHIR?


Mungkin Aidil Fitri kali ini adalah Aidil Fitri terakhir bagi kita. Tahun depan, mungkin masa depan kita sebagai umat Islam di negara ini dan masa depan budaya kita sebagai orang Melayu akan ditentukan oleh Khalid Samad, Dr Dzul dan Dr. Hatta setelah hanya berunding dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Tian Chua, Ronnie Liu, Chua Jui Ming, dan lain-lain pimpinan bukan Islam yang menguasai majoriti Kerajaan seterusnya.
Semata-mata kerana ada pihak yang terlalu takut untuk menyebut kalimah Melayu.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - INTERLOK

AWANG cukup teruja membaca komen oleh kolumnis Baradan Kuppusamy dalam The Sunday Star semalam mengenai novel Interlok, yang menjadi kemarahan segelintir orang India sekarang.

Saudara Baradan telah menggarapnya dengan jelas sekali.

Katanya, novel itu tidak sama sekali mempersenda mana-mana bangsa - Melayu, Cina atau India.

Kesimpulannya: ''Tidak perlu untuk mengeluarkan perenggan itu (perkataan pariah) kerana jika dibaca dalam konteks penulisannya, ia menjelaskan bahawa walaupun peneroka awal itu hidup dengan begitu perit, mereka telah menemui kebahagiaan.

Katanya lagi: Jika konteks itu diterangkan secara jelas kepada para pelajar, guru dan orang awam, termasuk ahli politik India, maka tiada isu untuk menggunakan Interlok sebagai bacaan kesusasteraan Tingkatan Lima.

Sebaliknya, keputusan Kementerian Pelajaran mahu memanggil penulisnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain untuk mendapatkan penjelasannya juga tidak perlu.

Awang sedikit terkejut dengan keputusan mahu memanggil Abdullah, sedangkan kementerian telah pun bersetuju untuk menjadikan novel itu sebagai teks di sekolah.

Bagi Awang, yang bising itu hanya permainan politik jahat pihak tertentu. Dan golongan itu tidak baca pun novel yang menceritakan mengenai watak Seman, Chin Huat dan Maniam itu.

Politik 3D pembangkang

Ketika bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Datuk Setia kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi satu pesanan yang cukup bermakna. Baginda tidak mahu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan.

Tiga perkataan tersebut membawa erti yang cukup besar dalam arena politik negara sejak pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas memperoleh kemenangan yang agak besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. 'Diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan' atau pendekatan 3D menjadi corak berpolitik mereka dalam usaha mencapai cita-cita menguasai negara.

Oleh itu, apa sahaja isu yang mereka lihat ada ruang untuk melaksanakan politik 3D tersebut, mereka akan lakukan. Pembangkang tidak peduli apa kesannya, apatah lagi sama ada tindakan mereka betul atau tidak. Apa sahaja isu yang boleh diperbesarkan, mereka perbesarkan, apa juga yang boleh dipolitikkan mereka politikkan dan apa hal yang boleh disensasikan, mereka sensasikan.

VIDEO PANASSSS : AKSI TERLAMPAU SEORANG YB....


Video ini membuktikan betapa kurang ajar,biadap & angkuhnya seorang chauvanist ultra kiasu Ng Wei Aik. Saksikan bagaimana beliau menggunakan kuasa politiknya mengarahkan MPPP untuk merampas dan menyita barangan di restoran tersebut.

Najib Bidas Pelan 100 Hari Pakatan Pembangkang

Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.
Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.
“Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.
“Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, Isnin.

Akhbar Cina Kritik Tun Mahathir lagi !

Tajuk:
Apa Tujuan Dan Niat Sebenar Mahathir?
Loh Hon Chew/ pengkritik semasa

Walaupun Mahathir telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, beliau seperti masih tidak tahu di negara kita ada sekolah Cina dan sekolah Tamil, dan atas sebab-sebab apa pula yang orang-orang Cina serta India boleh memperlajari bahasa ibunda mereka. Penerangan lebih jelas lagi, beliau masih tidak faham kenapa dan syarat-syarat apa pula yang dipersetujui oleh penjajah British semasa menuntut kemerdekaan dahulu, seterusnya barulah ada cerita dan susur galur sejarah negara Malaysia.

Baru-baru ini beliau membuat penerangan di akhbar Nanyang berkata: anak-anak muda kaum Cina perlu berfikir kenapa orang-orang Cina boleh mendapat pendidikan sekolah Cina dan bercakap bahasa Cina….. jika tidak percaya boleh ke Indonesia, Philipina dan Thailand lihat keadaan di sana, di sana tiada sekolah Cina, orang-orang Cina tidak boleh berbahasa Cina dan mereka telah dihilangkan indentitinya.

GEMPAR! KENAPA ORANG INDIA MARAH KAT INTERLOK TAPI TAK MARAH KAT AZMIN YANG PANGGIL PARIA?

100 India bakar novel INTERLOK karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussein kerana pada muka surat 211 dan 210 ada perkataan PARIAH. Tidak cukup dengan itu, mereka juga membakar gambar Abdullah Hussein bagi tujuan mendesak kerajaan agar menarik balik novel tersebut yang kini menjadi Teks Sastera Tingkatan 5.

Agak aneh.... 100 orang India yang hangat hati benar dengan perkataan PARIAH yang bagi mereka merupakan perkataan yang sangat menghina dan memalukan, seharusnya bertindak MEMBAKAR AZMIN ALI HIDUP-HIDUP kerana sehingga kini dia tidak memohon maaf pun kerana menggelarkan seorang pemimpin India PKR, Gobalakrishnan, sebagai PARIAH secara bersemuka. Sedangkan INTERLOK pula hanyalah sebuah novel sejarah yang menceritakan kebanjiran kaum imigran di sini dan peristiwa-peristiwa yang melanda generasi pertama imigran, malah ianya ditulis lebih 40 tahun dahulu.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS