AWANG cukup teruja membaca komen oleh kolumnis Baradan Kuppusamy dalam The Sunday Star semalam mengenai novel Interlok, yang menjadi kemarahan segelintir orang India sekarang.
Saudara Baradan telah menggarapnya dengan jelas sekali.
Katanya, novel itu tidak sama sekali mempersenda mana-mana bangsa - Melayu, Cina atau India.
Katanya lagi: Jika konteks itu diterangkan secara jelas kepada para pelajar, guru dan orang awam, termasuk ahli politik India, maka tiada isu untuk menggunakan Interlok sebagai bacaan kesusasteraan Tingkatan Lima.
Sebaliknya, keputusan Kementerian Pelajaran mahu memanggil penulisnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain untuk mendapatkan penjelasannya juga tidak perlu.
Awang sedikit terkejut dengan keputusan mahu memanggil Abdullah, sedangkan kementerian telah pun bersetuju untuk menjadikan novel itu sebagai teks di sekolah.
Bagi Awang, yang bising itu hanya permainan politik jahat pihak tertentu. Dan golongan itu tidak baca pun novel yang menceritakan mengenai watak Seman, Chin Huat dan Maniam itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan