Ramai suspek berjenama yang telah menghadapi tuduhan salah laku dan penyelewengan. Ramai juga di kalangan mereka yang di jatuh hukum dan didapati bersalah oleh mahkamah. Ramai juga yang akhirnya didapati tidak bersalah oleh mahkamah. Ada juga yang Peguam Negara tidak bawa kes ke muka pengadilan kerana didapati kekurangan bukti dan tidak wujud prima facie.
Qasitah Gadam, setelah lebih 5 tahun turun naik mahkamah, akhirnya didapati tidak bersalah. ArifFahmi menantu Nik Aziz yang dituduh menyelewengkan wang PKENK akhirnya di dapati tidak bersalah.
Begitu juga dengan seorang Ketua Pengarah Risda bebas dari tuduhan rasuah setelah lebih 5 tahun didakwa. Khir Toyo juga sudah didakwa dan diambil keterangan mengenai tuduhan membeli rumah melalui transaksi yang bersalahan dengan perundangan yang ada.
Rahim Thamby Chik walau pun maklum akan permainan kotor untuk menjatuhkannya, tapi apabila dibicarakan dia akur dengan sistem yang ada.
Rata-rata semua pihak yang dituduh, dibicara dan dijatuh hukum, akhirnya tetap menerima hukuman yang diterima. Walau pun pada hakikatnya dia tidak suka tapi akhirnya dia tetap akur dengan institusi perundangan yang ada kerana mereka maklum tinggal di negara mana pun sistem mahkamahlah institusi tertinggi yang akan mengadili sebarang kes yang tidak sahih.
Jika dibuat senarai suspek berjenama ini, tidak mampu untuk kita senaraikan semuanya. Terakhir sekali yang menerima kemelut dituduh dan dilapur melakukan salah laku ialah DS Rais Yatim.
Ironinya semua suspek atau pihak yang dituduh ini rata-ratanya menerima hakikat, sebagai manusia dan rakyat, mereka tidak boleh lari dari undang-undang negara dan apa juga peraturan dan aturan yang wujud di dalam sesebuah negara dan institusi pemerintahannya.
Apabila terdapat fakta atau kes yang membolehkan mereka didakwa, lazimnya mereka akur akan peruntukan-peruntukan penyiasatan, kehakiman dan perundangan yang wujud.
Antara bait-bait yang selalu diucapkan oleh si tertuduh ini apabila ditanya, antaranya ialah;
1. Saya tidak ada komen. Tunggu sehingga mahkamah memutuskan dan saya akur akan apa juga keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah.
2. Saya bersedia dibicarakan. Saya menghormati sistem kehakiman yang ada dan yakin inilah jalannya yang perlu saya lalui untuk membersihkan diri saya dari pertuduhan yang berbangkit.
3. Saya bersedia dibicarakan dan saya redha dengan apa juga keputusan yang akan diputuskan di mahkamah nanti.
4. Saya bersedia untuk diadili dan saya bersedia untuk di siasat. Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap proses siasatan yang akan dijalankan oleh pihak berwajib.
5. Saya yakin saya tidak bersalah. Walau bagaimana pun saya akur dengan sebarang keputusan yang diputuskan oleh mahkamah.
6. Saya tidak pasti dari mana sumber pertuduhan ini datang kerana setahu saya, saya tidak pernah melakukannya. Apa pun, saya bersedia mencabar pertuduhan ini di mahkamah kelak.
7. Semua ini adalah fitnah dan pertuduhan ini tidak benar sama sekali. Saya akan menyaman pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah ini.
8. Semua tuduhan ini berniat jahat untuk menjatuhkan politik saya. Mereka takut dengan saya kerana saya tidak berkompromi dengan rasuah. Semua ini adalah konspirasi peringkat tertinggi. Polis dan pasukan penyiasat, peguam negara dan hakim, semua berkonspirasi untuk menjatuhkan saya. Semua bukti telah difabrikasi. Saksi-saksi telah diupah. Saya dianiaya.
Dari ke lapan-lapan komen tertuduh ini, yang mana satukah nampak terbonggeng takut bayang-bayang dan tidak sanggup menghadapi perbicaraan?
POSTED BY KAMARULZAMAN KAMDIAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan