salam

Sabtu, Disember 11, 2010

Konvensyen BN - Tanda Pilihanraya Sudah Hampir!


Konvensyen BN: Pulih imej jadi agenda utama


PUTRAJAYA: Memulihkan imej Barisan Nasional (BN) dan membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13 adalah di antara agenda utama yang ditangani pada konvensyen hari ini.
Perdana Menteri Najib Tun Razak juga dijangka memfokuskan kepada slogan rakyat didahulukan dan program 1Malaysia selain dari dua agenda tersebut dalam konvensyen ini nanti.
Beliau yang juga pengerusi BN akan turut memberi fokus kepada kepentingan dasar inklusif dan bagaimana boleh membuat Malaysia cemerlang dan makmur melalui dasar kesatuan dalam pelbagaian.
Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Najib akan meminta parti-parti komponen melaksanakan kerja-kerja pemulihan imej BN yang telah dicemari oleh parti-parti pembangkang dengan kenyataan-kenyataan mereka yang separuh benar.
Walaupun PRU 13 tidak akan dibincangkan secara terperinci namun Najib mengarahkan agar kesemua wakil BN bersiap sedia seolah-olah PRU akan diadakan esok," kata beliau kepada para pemberita selepas melancarkan karnival Umno Putrajaya semalam.
Platform terbaik
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong berkata, konvensyen BN hari ini menjadi platform terbaik bagi mempersiapkan BN menghadapi PRU ke 13.
"Kita perlu membina BN yang lebih kuat untuk menawan semula kerusi-kerusi yang kita tewas dalam pilihan raya lalu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat Pemuda MCA di Kuala Lumpur semalam.
Timbalan Presiden Gerakan Chang Ko Youn pula berkata, adalah tiba masa BN menjadi satu parti bagi mewakili semua bangsa di negara ini, sambil menambah, langkah ini akan menyatu padukan semua bangsa dan memberi kelebihan kepada BN.
Beliau berkata, "Gerakan akan berusaha ke arah merealisasikan idea ini di mana semua komponen parti dibubarkan dan kesemua ahli-ahli hanya menjadi ahli Barisan."
Chang berkata demikian pada pembukaan persidangan perwakilan kebangsaan Pemuda dan Wanita Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur semalam-FMT
Cpj: Semua parti-parti dan pemimpin politik lebih baik persiapkan diri dan parti masing-masing kalau mahu memenangi hati rakyat di samping jangan lupa strategi yang ampuh, yang penting amalkanlah politik sihat BUKAN politik kotor!

CSL: Parasit Di Dalam BN.


Jikalau Chua Soi Lek hendak menghentam UMNO di dalam Perhimpunan Agung MCA tidaklah menghairankan kerana semua orang tahu ,inilah masanya dia hendak menunjukkan taji ayam kampungnya. Berkokok direban sendiri juga dilakukan oleh kebanyakan pemimpin parti tetapi apabila menyalak di dalam Konvension BN baru-baru bukanlah masa atau tempat yang sesuai.
Najib sudahpun berkata di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa jangan diungkit-ungkit lagi perkara-perkara yang menyentuh hak istimewa orang Melayu kerana ianya sudah terkunci kemas dan kuncinya ada ditangan raja-raja Melayu. Walaupun mana-mana parti politik yang mendapat majoriti dua pertiga sekalipun tidak berupaya untuk mengubah kecuali mendapat restu orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu itu sendiri.
Chua Soi Lek (CSL)bukan sahaja tidak menghiraukan ungkapan dan nasihat itu malah sekali lagi menunjukkan keras kepalanya di dalam konvension yang sepatutnya menjadi medan memperkukuhkan ikatan dan persefahaman di dalam BN. Malah sepatutnya perkara hak Melayu ini tidak boleh dibicarakan lagi baik secara tertutup atau terbuka jika mahu persefahaman yang sekian lama dibina ini mahu berkekalan. Adakah ucapan CSL dalam konvension BN ini mendapat restu kepimpinan parti MCA atau tidak, Jika ya, MCA tentu tidak akan lama lagi berada di dalam BN.
Secara terbuka tanpa menghiraukan kehadiran ahli-ahli daripada parti komponen yang lain, CSL meminta secara terbuka supaya UMNO tidak bersikap seperti ‘Big Brother’. Dalam BN katanya, tidak ada abang sulung atau adik bongsu. Dalam kata lain MCA tidak mahu ada sistem “abang besar, abang kecil” dalam BN. CSL tidak mahu keputusan penting kerajaan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, sebaliknya keputusan itu perlu dibuat dalam Kabinet.
Apatah lagi keputusan-keputusan penting itu dibuat di dalam Perhimpunan Agung UMNO. Adakah CSL tidak gemar dengan pengisytiharan yang dibuat oleh Muhyiddin berkenaan dengan syarat wajib lulus matapelajaran Sejarah di peringkat SPM semasa perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu misalnya? Apakah perlu, membuat keputusan subjek sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus bagi mendapat sijil SPM itu dibincangkan bersama MCA. Sedangkan dalam masa yang sama MCA mahu isikandungan matapelajarn sejarah itu ditulis semula tanpa menjelaskan bahawa orang Cina itu sebagai ‘pendatang’.Bagaimana fakta sejarah mahu diubah seperti mana Singapura yang berjaya mengubah fakta dengan menghilangkan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud sebelum kedatangan British.
Keputusan-keputusan penting kerajaan berkaitan orang Melayu sepatutnya tidak perlu dibincangkan bersama MCA lebih-lebih lagi manusia yang bernama CSL ini. Mengapa mahu dibincangkan sedangkan CSL anti kepada ‘Ketuanan Melayu’ dan beberapa istilah lain yang begitu sensitif di telinga CSL spt “pendatang” (immigrants), “penumpang” (passengers), “terhutang budi” (indebted to)dan “kurang patriotic” (unpatriotic). CSL melarang pemimpin-pemimpin Melayu menggunakan istilah ini kerana kononnya dengan istilah ini menyebabkan sokongan kepada BN berkurangan. Mengapa soal-soal berkenaan usaha kerajaan untuk membantu orang Melayu yang berjumlah 60% itu perlu mendapat persetujuan ‘adik bungsu’ atau ‘abang kecil’ seperti MCA?
Perlukah perkara-perkara seperti ‘affirmative action’ terhadap orang Melayu dibincang bersama CSL sedangkan dia yang berkeras mahu koata 30% pembahagian dan pengagihan kek ekonomi kepada Melayu dan bumiputera itu dihapuskan?
CSL seperti juga Lim Kim Sai menuntut juga jawatan penting kerajaan diberikan kepada parti beliau seperti mana diberikan kepada Muhyiddin dan Hisahamuddin. Secara tersirat dan halusnya CSL mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan Menteri Dalam Negeri diserahkan kepada MCA. CSL mungkin tidak akan dapat tuntutan ini jika MCA berada di dalam BN tetapi CSL boleh ‘menaruh harapan’ jika MCA berada di dalam Pakatan Pembangkang. Pertama CSL tentunya akan mendapat janji-janji manis dan enak terlebih dahulu, dapatnya pun belum pasti.
Sebagai orang lama, CSL tidak sepatutnya menyebut istilah ‘big brother’ di dalam BN kerana tidak berlaku aktiviti buli, kezaliman, penindasan di dalam BN. MCA juga mendapat hak yang sepatutnya dia dapat dan sepatutnya dia tak dapat. Contoh hak yang sepatutnya dia tak dapat ialah walaupun banyak kerusinya kalah dalam PRU ke 12, masih ada wakil MCA di dalam kabinet malah bertambah lagi bilangannya. Beberapa kerusi majoriti Melayu diberi pinjam oleh UMNO seperti Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Air Hitam, Labis, Simpang Renggam dan lain lain kepada MCA, Gerakan dan MIC. Jika UMNO itu parti ‘pembuli’ bagaimana parti itu boleh ‘meminjamkan’ 42 kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen yang disebutkan itu.
CSL juga perlu berhati-hati apabila membicarakan ‘Ketuanan Melayu’, menolak ‘Ketuanan Melayu’ sama juga menolak raja-raja Melayu. Ketuanan Melayu sama ertinya dengan Ketuanan Raja. Raja-raja Melayu adalah tuan kepada rakyat tanpa mengira kaum dalam konteks negara demokrasi dan Raja berparlimen seperti Malaysia. CSL harus sedar bahawa dia juga berasal daripada negeri yang mempunyai Sultan. Dia bukan orang Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur maupun Sabah atau Sarawak. CSL harus faham kerana kedudukannya sebagai seorang rakyat yang bukan janggal dengan institusi Raja-Raja Melayu atau sememangnya CSL menyokong kepada gerakan mahu menghapuskan sistem Raja-Raja berperlembagaan seperti mana yang dikehendaki oleh Wan Azizah? Jika begitu perkiraannya mengapa mahu bersekongkol lagi di dalam BN jika hanya mahu menjadi duri dalam daging kepada Barisan Nasional.
Bagi sesetengah penganalisis politik kedai kopi melihat provokasi yang dilakukan oleh CSL ini adalah semata-mata untuk menebus kesalahannya dan mengucapkan terima kasih kepada perwakilan-perwakilan MCA yang melantiknya sebagai Presiden MCA. Jikalau dilihat kepada perkiraan akal yang waras, bagaimana seorang yang ‘tidak bermoral’ boleh dilantik dan dipilih ke jawatan presiden parti. CSL tentu sekali berterima kasih. Bagi membalas budi, CSL akan membuat apa saja asalkan dia popular dan dipandang hebat dikalangan ahli-ahli partinya serta disanjung oleh Siqiu dan Dong Zhong. Pendek kata CSL sudah termakan budi.
Tidak sukar untuk menyamakan CSL dengan Zaid Ibrahim. CSL duri dalam daging kepada BN seperti mana Zaid Ibrahim sebagai parasit di dalam PKR.
Amir Hamzah
Batu Pahat.

PKR punca isu ketuanan Melayu – Dr. M


KUALA LUMPUR 9 Dis. – Perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membangkitkan soal ketuanan Melayu untuk meraih keuntungan politik adalah punca utama menyebabkan isu itu kembali hangat dibincangkan.
Bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin parti itu yang beliau sifatkan sebagai mempunyai sifat perkauman, sengaja membangkitkan isu berkenaan semata-mata bagi mendapat sokongan daripada golongan tertentu.
‘‘Isu ini mula tercetus apabila ada pihak yang mula mempersoalkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Jika tiada siapa menimbulkan perkara ini, orang Melayu tidak akan menjawab dan mempertahankan hak mereka.
‘‘Malangnya, apabila orang Melayu menjawab, mereka dituduh sebagai melanggar hak asasi manusia dan bersifat perkauman manakala pihak yang mempersoalkan ketuanan Melayu pula tidak dilabelkan dengan gelaran sama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada program Hari Inovasi Ideapreneur Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2010 di Taman Teknologi Malaysia di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.
Ditanya gesaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya penggunaan istilah ketuanan Melayu diharamkan di negara ini, Dr. Mahathir berkata, langkah itu hanya akan menyebabkan orang Melayu bertindak balas.
‘‘Apabila kamu mula meminta perkara ini dan itu diharamkan, pihak lain juga akan membuat tuntutan supaya perkara yang tidak menyenangi mereka turut dikenakan tindakan sama.
‘‘Ini hanya akan menimbulkan konflik antara kedua-kedua belah pihak. Bagi saya permintaan seperti ini seeloknya tidak dijawab kerana kebanyakannya adalah tidak logik dan tiada sebarang asas,” katanya.
Mengenai titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini bahawa sebarang suara yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu adalah perbuatan menderhaka kepada kaum sendiri, beliau berkata, terpulang kepada orang ramai untuk memikirkan tentang nasihat baginda itu.
Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berkata, laporan pertubuhan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bertajuk Laporan Hak-Hak Politik dan Awam 2010 yang diumumkan hari ini yang mengkritik era kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, adalah bermotifkan politik.
‘‘Jika Suaram prihatin dengan hak asasi manusia mereka tidak harus memberi tumpuan kepada Malaysia sahaja sebaliknya perlu juga mengkritik pencabulan sama di negara lain termasuk terhadap pihak yang membunuh penduduk Gaza.
‘‘Nampaknya mereka tidak berbuat demikian dan ini bermakna pandangan Suaram bukan yang terbaik.
‘‘Bagi saya mereka juga melanggar hak asasi manusia apabila tidak menghiraukan ahli politik dan negara tertentu yang turut mencabul hak asasi,” katanya.

Namewee ‘derita’ masalah dana terbit filem Nasi Lemak 2.0


KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pencipta lagu kontroversi, Wee Meng Chee atau mesra dikenali sebagai “Namewee” hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sambil mengadu bahawa berhadapan dengan masalah mendapatkan geran bagi menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0.
Namewee menjelaskan kepada Nazri bahawa projek filem 1 Malaysia itu yang berjudul Nasi Lemak 2.0 tidak dapat dijayakan sejak lapan bulan lalu kerana masalah kewangan.
“Saya seorang rakyat yang patriotik. Saya sentiasa menunjukkan rasa cinta terhadap negara saya menerusi kebanyakan video Youtube dan malah menghasilkan dokumen DVD berjudul ‘Saya mahu balik rumah’… sedihnya tidak seorang pun tahu perkara ini kerana media arus perdana sentiasa memilih untuk menggambarkan video kontroversi saya dan menjadikan saya seorang bersikap sebaliknya, macam hantu,” kata Namewee.
Nazri mengulangi bahawa tiada tindakan akan dikenakan ke atas Namewee meskipun dia berhadapan dengan tekanan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional, menggesa agar dia dihukum sebagaimana pengetua Siti Inshah Mansor, pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis, dikenakan hukuman.
“Undang-undang adalah undang-undang, ia sangat jelas. Orang yang boleh mengambil tindakan ke atas dia ialah pengetua itu sendiri, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Terpulang kepada beliau, tetapi sehingga hari ini guru itu tidak mengambil apa-apa tindakan. Jika guru itu sendiri tidak mahu mengambil tindakan, apa hak yang pihak lain ada?” kata Nazri.
Namewee berkata dia berhadapan dengan masalah kewangan itu sejak lapan bulan yang lalu.
Katanya dia sebelum ini mendakwa dikenakan syarat kerajaan yang menetapkan sebahagian besar skrip perlu dalam bahasa Malaysia untuk dipertimbangkan memperoleh geran.
Namewee juga melahirkan hasrat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan juga pembikin filem yang lain.
Nazri berkata beliau akan membawa permintaan itu ke perhatian Najib ketika mesyuarat Kabinet esok.
Nazri juga merayu kepada rakyat Malaysia agar tidak mengecam penyanyi muda itu.
“Dia seorang yang muda, Namewee disalah faham dan disalahertikan oleh media arus perdana.
“Saya tidak fikir Namewee mahu atau berhasrat untuk terlibat dalam politik, kita tidak harus mengheret dia ke dalam bidang yang dia tidak suka,” kata Nazri kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen.
Akhir September lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kertas siasatan berkaitan kes Namewee sudah dikemukakan kepada Peguam Negara.
“Ia melibatkan beberapa kes berkaitan termasuk kes guru di Johor,” katanya.
Namewee, seorang pemuda dari Muar, Johor sepertimana yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes pengetua itu yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lepas.
Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh. Sebelum ini, Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007.
Namewee pernah melahirkan hasrat untuk melahirkan sebuah filem tentang 1 Malaysia yang mana skripnya telah mendapat kelulusan FINAS tetapi tidak mendapat pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Saya sudah lalui proses membuat skrip, mendapatkan pengiktirafan FINAS bagi membolehkan saya dapat pinjaman di bawah skim tabung kreatif di BSN tapi tidak diluluskan,” katanya.
Menurut Namewee, apa yang ingin dilakukan melalui filem itu adalah sesuatu gambaran bagaimana sokongannya terhadap 1 Malaysia.
Projek filem Namewee berjudul Nasi Lemak 2.0 menceritakan bagaimana nasi lemak mempunyai sambal ikan bilis yang dihasilkan oleh orang Cina Baba, kuah kari dimasak oleh orang India dan Ikan Bilis Goreng oleh orang Melayu.
Ps/- Kami minta YB Tan Sri Nazri Aziz membuat penjelasan terhadap layanan beliau terhadap Namawee di lobby Parliman . Apa istimewanya Namawee yang boleh berjumpa dengan beliau dan mendapat layan sebegitu rupa?. Wadahal Namawee telah menghina Islam, Melayu dan Negara. Timbul tanda tanya apa sebenarnya yang di lakukan oleh yb Nazri Aziz ni?.
PERKASA bukan resis/perkauman!! Tapi kenapa Namawee di beri perhatian seolah olah bagaikan rakyat yang banyak membuat jasa kepada Negara. Kami amat kuatir dengan perkara sebegini yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi yang akan membuat orang Melayu ‘give up’ dan meluat dengan pemimpin pemimpin Melayu yang boleh merosakkan kekuatan Melayu.
Penjelasan perlu di lakukan demi menjaga hati dan perasaan orang melayu.
Abu Bakar Yahya
Ahli Dewan Tertinggi PERKASA
Pengerusi PERKASA Kelang.

Perkasa dakwa kecewa Namewee diberi layanan ‘VIP’ di Parlimen


KUALA LUMPUR, 11 Dis — Perkasa mendakwa kerajaan mengecewakan rakyat khususnya orang Melayu dengan cara pihak berkuasa mengendalikan kes penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee, malah memberikannya “layanan VIP” di bangunan Parlimen.
Sehubungan itu, Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini Ismail turut mempersoalkan status kes penyanyi itu, yang turut dikenali sebagai Namewee, sedangkan pengetua-pengetua didakwa mengeluarkan kenyataan rasis terhadap pelajar-pelajarnya sudah dikenakan hukuman.
“Kementerian Dalam Negeri dalam kes Namewee sebenarnya mengecewakan rakyat khususnya umat Melayu.
“Apakah status laporan polis masyarakat terhadap kebiadapan Namewee sedangkan guru yang dihinanya telah dihukum tanpa pembelaan begitu juga dengan pegawai-pegawai kerajaan yang teraniaya, lantaran kes yang hampir sama,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Zaini yang juga ahli jawatankuasa pusat Perkasa berkata, “tiba-tiba” Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula membela dengan memberikannya layanan “VIP”, malah mengumumkan Namewee tidak bersalah.
Namewee mencetuskan kemarahan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan berikutan pengeluaran beberapa video kontroversi yang menyentuh isu perkauman.
Namewee pula berkata, beliau tidak berniat menyakiti hati sesiapa melalui klip video tersebut malahan mendakwa beliau adalah rakyat Malaysia yang patriotik dan sayangkan negara.
Beliau berkata, antara video yang dihasilkannya ialah berkaitan Malaysia sebagai negara terbaik di dunia sebaliknya media hanya menyiarkan kesalahan yang dilakukan.


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS