salam

Sabtu, Disember 11, 2010

Namewee ‘derita’ masalah dana terbit filem Nasi Lemak 2.0


KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pencipta lagu kontroversi, Wee Meng Chee atau mesra dikenali sebagai “Namewee” hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sambil mengadu bahawa berhadapan dengan masalah mendapatkan geran bagi menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0.
Namewee menjelaskan kepada Nazri bahawa projek filem 1 Malaysia itu yang berjudul Nasi Lemak 2.0 tidak dapat dijayakan sejak lapan bulan lalu kerana masalah kewangan.
“Saya seorang rakyat yang patriotik. Saya sentiasa menunjukkan rasa cinta terhadap negara saya menerusi kebanyakan video Youtube dan malah menghasilkan dokumen DVD berjudul ‘Saya mahu balik rumah’… sedihnya tidak seorang pun tahu perkara ini kerana media arus perdana sentiasa memilih untuk menggambarkan video kontroversi saya dan menjadikan saya seorang bersikap sebaliknya, macam hantu,” kata Namewee.
Nazri mengulangi bahawa tiada tindakan akan dikenakan ke atas Namewee meskipun dia berhadapan dengan tekanan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional, menggesa agar dia dihukum sebagaimana pengetua Siti Inshah Mansor, pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis, dikenakan hukuman.
“Undang-undang adalah undang-undang, ia sangat jelas. Orang yang boleh mengambil tindakan ke atas dia ialah pengetua itu sendiri, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Terpulang kepada beliau, tetapi sehingga hari ini guru itu tidak mengambil apa-apa tindakan. Jika guru itu sendiri tidak mahu mengambil tindakan, apa hak yang pihak lain ada?” kata Nazri.
Namewee berkata dia berhadapan dengan masalah kewangan itu sejak lapan bulan yang lalu.
Katanya dia sebelum ini mendakwa dikenakan syarat kerajaan yang menetapkan sebahagian besar skrip perlu dalam bahasa Malaysia untuk dipertimbangkan memperoleh geran.
Namewee juga melahirkan hasrat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan juga pembikin filem yang lain.
Nazri berkata beliau akan membawa permintaan itu ke perhatian Najib ketika mesyuarat Kabinet esok.
Nazri juga merayu kepada rakyat Malaysia agar tidak mengecam penyanyi muda itu.
“Dia seorang yang muda, Namewee disalah faham dan disalahertikan oleh media arus perdana.
“Saya tidak fikir Namewee mahu atau berhasrat untuk terlibat dalam politik, kita tidak harus mengheret dia ke dalam bidang yang dia tidak suka,” kata Nazri kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen.
Akhir September lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kertas siasatan berkaitan kes Namewee sudah dikemukakan kepada Peguam Negara.
“Ia melibatkan beberapa kes berkaitan termasuk kes guru di Johor,” katanya.
Namewee, seorang pemuda dari Muar, Johor sepertimana yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes pengetua itu yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lepas.
Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh. Sebelum ini, Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007.
Namewee pernah melahirkan hasrat untuk melahirkan sebuah filem tentang 1 Malaysia yang mana skripnya telah mendapat kelulusan FINAS tetapi tidak mendapat pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Saya sudah lalui proses membuat skrip, mendapatkan pengiktirafan FINAS bagi membolehkan saya dapat pinjaman di bawah skim tabung kreatif di BSN tapi tidak diluluskan,” katanya.
Menurut Namewee, apa yang ingin dilakukan melalui filem itu adalah sesuatu gambaran bagaimana sokongannya terhadap 1 Malaysia.
Projek filem Namewee berjudul Nasi Lemak 2.0 menceritakan bagaimana nasi lemak mempunyai sambal ikan bilis yang dihasilkan oleh orang Cina Baba, kuah kari dimasak oleh orang India dan Ikan Bilis Goreng oleh orang Melayu.
Ps/- Kami minta YB Tan Sri Nazri Aziz membuat penjelasan terhadap layanan beliau terhadap Namawee di lobby Parliman . Apa istimewanya Namawee yang boleh berjumpa dengan beliau dan mendapat layan sebegitu rupa?. Wadahal Namawee telah menghina Islam, Melayu dan Negara. Timbul tanda tanya apa sebenarnya yang di lakukan oleh yb Nazri Aziz ni?.
PERKASA bukan resis/perkauman!! Tapi kenapa Namawee di beri perhatian seolah olah bagaikan rakyat yang banyak membuat jasa kepada Negara. Kami amat kuatir dengan perkara sebegini yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi yang akan membuat orang Melayu ‘give up’ dan meluat dengan pemimpin pemimpin Melayu yang boleh merosakkan kekuatan Melayu.
Penjelasan perlu di lakukan demi menjaga hati dan perasaan orang melayu.
Abu Bakar Yahya
Ahli Dewan Tertinggi PERKASA
Pengerusi PERKASA Kelang.

1 ulasan:

  1. Apakah maksud tersurat dan tersirat si Nazrini??? terlalu membela Namewee. "Projek filem Namewee berjudul Nasi Lemak 2.0 menceritakan bagaimana nasi lemak mempunyai sambal ikan bilis yang dihasilkan oleh orang Cina Baba, kuah kari dimasak oleh orang India dan Ikan Bilis Goreng oleh orang Melayu". Takkanlah kita semua tidak mengerti maksudnya? Orang Melayu sebagai ikan bilis yang boleh digoreng dengan sesuka hatinya mungkin sehingga hangus. Hai fikir-fikirkan la...

    BalasPadam


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS