salam

Khamis, Disember 30, 2010

PEMIMPIN UMNO MASIH KETINGGALAN DALAM MEDIA SOSIAL

Blog MIM menulis tajuk: Rangking Tweeter. Com: Pemimpin  UMNO / BN tercorot? Klik sini ke blog MIM

Saya tidak menafikan bahkan sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Memang kesedaraan pemimpin UMNO khususnya dan BN umumnya masih sangat kurang terhadap peranan media sosial ini. Sama ada blog, facebook dan tweeter, kita meihat ianya dikuasai oleh pihak pemimpin pembangkang. Soalnya apakah pemimpin UMNO / BN tidak menginsafi bahawa kerana peranan media sosial inilah BN kehilangan banyak kuasa dalam pemerintahan.

Apakah pemimpin UMNO tidak faham dan tidak mengakuinya atau mereka ini 'buta IT atau hanya mengarah'? Saya beranggapan, dengan keupayaan yang UMNO ada sudah tentulah setiap bahagian UMNO memiliki blog masing-masing yang akan digunakan sebagai alat siararaya mereka. Mungkin alasannya masih tidak ramai ahli atau pemimpin peringkat cawangan yang 'celik IT', tetapi bahagianlah yang sepatutnya memulakannya dulu. Sudah pasti ada sebahagian golongan muda yang sudah berada dihadapan sedang menanti-nantikan kewujudannya.

Demikian juga dengan facebook dan tweeter. Pemimpin UMNO / BN seakan mengabaikannya selama ini dan sudah tentu ini sangat bercanggah dengan harapan DS Najib yang mengkehendaki pemimpin-pemimpin UMNO setiap peringkat menjuarai rakyat melalui menjuarai media sosial. Semoga PM tidak akan dibiarkan bersendirian menjeritkan slogan Satu Malaysia-nya tanpa ada sahutan dan sokongan.

Ingkar perintah Sultan

SHAH ALAM – Badan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang membantah pelantikan Datuk Khushrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai mengingkari perintah Sultan.


Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Faizal Mohd Salleh berkata, ia boleh diumpamakan sebagai menderhaka dan tidak mengiktiraf hak Sultan.



“PR sememangnya suka memainkan isu-isu sebegini khasnya DAP, untuk mencetuskan perasaan tidak menghormati institusi beraja demi mencapai matlamat mereka.



“Seharusnya, perkara ini tidak perlu dipertikaikan. Apatah lagi, pelantikan Mohd Khushrin telah diperkenankan oleh Sultan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Politik: Antara Zaid, Pak Lah, Tun Ghafar dan Ku Li

Satu percaturan politik yang menyonsang prinsip. Kadangkala kita terpaksa akur kepada suara ramai tetapi sebagai seorang yang berprinsip maka pemimpin itu yang seharusnya memimpin pengikut. Bukannya pengikut yang memimpin pemimpin. Sekiranya ini berlaku maka bolehlah diibaratkan si buta memimpin si celik di hari yang terang benderang.


Aku melihat senario politik semasa semakin bercelaru. Pemimpin semakin hilang fungsi. Ahli pula terbiar membuat tindakan. Maka dalam keadaan seperti ini orang seperti Zaid Ibrahim muncul dengan model politik yang dikatakannya progresif yang ingin diperkenalkan.


Zaid sememangnya seorang yang berprinsip dalam kepimpinannya tetapi mampukan kita menjadi pemimpin tanpa pengikut? Sepertimana beliau meninggalkan UMNO kerana merasakan tidak diperlukan oleh ahli di bahagiannya sendiri dan menyertai PKR selepas merasakan telah membuat pertimbangan yang wajar.


Mungkin sebagai seorang peguam, Zaid seorang yang hebat menelah undang-undang tetapi di dalam politik Zaid kurang berhati-hati di dalam menelah ahli dan pertubuhan yang disertai. Bolehlah diibaratkan seperti Zaid berdansa di pentas ronggeng. Menari rumba dengan lagu joget. Walaupun geraklangkah cha-cha dan zapin boleh disatukan namun tempo dan lenggoknya berlainan.


SENAMROBIK DAP CABAR KESELAMATAN NEGARA


Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, bersenamrobik bersama-sama jemaah masjid---termasuk lelaki---sempena Karnival Maal Hijrah di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, baru-baru ini, adalah masalah keselamatan negara.

Ia boleh memprovokasikan reaksi negatif terhadap Teo, parti yang diwakilinya, serta umat Islam yang menganjurkan acara berkenaan secara sedar.

Tindakan tersebut, walaupun pastinya dilakukan dengan kerelaan jawatankuasa dan jemaah masjid, adalah tindakan yang melangkaui politik.

Ia adalah isu keselamatan negara yang mesti segera ditangani mengikut undang-undang yang tegas dan berkesan.

Tulisan ini tidak mencerminkan ekstremisme Islam. Sebaliknya, mencerminkan kebimbangan terhadap tindak-balas negatif yang boleh tercetus akibat tindakan tersebut senandainya wujud segelintir umat Islam yang hilang sabar dan terlalu amat marah terhadap perbuatan yang mengenepikan prinsip-prinsip asas sensitiviti keagamaan.

Pihak berkuasa Malaysia perlu segera mensekuritisasikan tindakan seperti ini dan bertindak membanteras ianya daripada berulang.

Tidak ada gunanya peristiwa seperti ini dijadikan polemik kepartian. Isu keselamatan negara di sesebuah negara majmuk seperti Malaysia mesti dibanteras menerusi ketegasan undang-undang.


Ruhanie Ahmad

Fikir-Fikirkan : Orang Melayu Jangan Hanya Bersatu Dalam Bolasepak

Saya cukup gembira malam tadi bila melihat rakan-rakan sebangsa saya yang sebelum ini bermasam muka boleh duduk semeja dan bergembira bersama.

Ternyata bolasepak telah menyatukan mereka semula.

Sebelum ini masing-masing tidak bertegur sapa dek hanya kerana pandangan politik yang berbeza.

Persoalannya sekarang, takkan kita hanya hendak bersatu bila ada perlawanan bolasepak?

Kita kena ingat, hari ini semangat kebangsaan orang Melayu semakin luntur dan kemampuan mereka menghadapi cabaran sudah menurun.

JANGAN PERTIKAI PERKENAN SULTAN!!!

SHAH ALAM 29 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor memberi ingatan tegas terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya jangan mempertikaikan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Naib Yang Dipertuanya, Datuk Amir Hamzah Mohd. berkata, ingatan itu diberi kerana pihaknya menyifatkan mana-mana pihak yang menentang keputusan Sultan Selangor dalam sesuatu perkara termasuk pelantikan jawatan tersebut merupakan satu tindakan yang biadab serta tidak menghormati kedudukan institusi beraja di negeri ini.

Katanya, perkenan baginda melantik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK berkuat kuasa 1 Januari ini adalah satu keputusan yang harus dihormati oleh semua pihak kerana ia dibuat berasaskan bidang kuasa baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Jelasnya, berdasarkan peruntukan undang-undang itu, baginda sememangnya mempunyai kuasa eksekutif dalam pelantikan SUK termasuk Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Kalau kita lihat, pelantikan Mohammed Khusrin itu dibuat di peringkat Persekutuan seperti yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada 27 Disember lalu.

MASA UNTUK ORANG MELAYU MEMUHASABAHKAN DIRI!

Kita adalah penduduk teramai dan kuasa politik sepatutnya pada kita. Tapi apa jadi pada kita? Samada anda dalam UMNO atau PAS, kita semua tahu mana ada DAP, disitu mereka membawa sialan terhadap umat Melayu dan Islam. UMNO kata dengan terbuka. PAS tahu dan kata dalam diam2. PKR masih in-denial.


Kuasa dalam tangan kita tetapi masaalah kita mudah sangat termakan dengan kata-kata manis. Asal orang tu boleh cakap Melayu fasih macam Melayu, kita ingat dia sudah Melayu. Asal dia boleh sebut Assalamualaikum dan ayat Quran walaupun bacaan tak betul dan ayat tak sesuai, kita ingat mereka mereka sudah Islam.


Bila dia kata mahu ikut Saidina Umar Abdul Aziz dan sedia masuk Islam jika tidak kerana ayah masih hidup, kita dah anggap dia khalifah yang akan bela nasib rakyat Melayu dan Islam yang tersepit di Pulau Mutiara tetapi kini bertambah-tambah kedurjanaan.


ISLAM DAN MELAYU SEMAKIN DIHINA OLEH PUAK CHAUVINIS!

Nga Kor meng, sepupu Ngeh Koo Ham dan dua pupu si Nizar laknatullah kelmarin telah mengeluarkan kenyataan yang betul-betuL KURANG AJAR! Si lahanat KKK ni telah mempertikaikan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membina masjid di negara ini!

"Memang dasar komunis. Inilah perangai seorang komunis yang membenci Islam. Orang seperti ini tidak perlu menjadi rakyat malaysia, jauh sekali untuk menjadi wakil rakyat.

KENAPA PARTI MELAYU/ISLAM SEMAKIN LEMAH SEJAK KEBELAKANGAN INI!?

Jika anda BANGSA Melayu, anda seharusnya merasakan bahawa BANGSA anda adalah dalam kedudukan KECEMASAN ata 'RED ALERT' akibat ancaman terhadap KREDIBILITI bangsa anda semakin menjadi-jadi.. Bangsa Melayu kalau kita LIHAT hari ini bukan sahaja 'HANYUT' dengan HIBURAN tanpa batasan, malah bangsa Melayu semakin terpengaruh dengan HASUTAN dari pihak luar untuk mengHINA diri mereka sendiri..

Bangsa Melayu terpaksa mengakui bahawa SELEPAS berakhirnya pemerintahan 4 Perdana Menteri terdahulu, bangsa Melayu semakin kurang PEMIMPIN yang berWIBAWA seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Tun Ghaffar, arwah Dato' Harun Idris, arwah Syed Jaafar Albar, Tun Hussein Onn, Dr. Burhanuddin Al Helmy atau Syed Hussein Al Attas..

Selepas Tun Dr. Mahathir bersara, hampir tiada pemimpin Melayu baik dari UMNO mahu pun dari PAS yang setanding dengan beliau -> DIHORMATI oleh KAWAN dan LAWAN..

PANAS! PEMILIHAN PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI YANG BIJAK!?

Sejak pengumuman pertukaran atau rombakan beberapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi perhubungan negeri tadi, maka sudah mula la beberapa cerita yang agak luarbiasa, seperti khabarnya Shahidan Kasim tidak senang dengan perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Perlis, klik sini

Ada juga yang berharap sangat yang pengerusi perhubungan negeri di Selangor juga berubah, tetapi tidak ada apa-apa perubahan pun. Begitu juga dengan Penegrusi perhubungan di Kedah, ramai yang meminta supaya Mukhriz dilantik tetapi Ahmad Bashah yang menjadi pilihan Presiden UMNO. Klik sini

Apa pun, keputusan telah dibuat dan pada pandangan aku DS Najib sudah ambil kira semuanya. Jadi aku rasa lebih baik hentikan semua jenis lobi dan tumpukan pada kerja, ingat jawatan datang dengan tanggungjawab sekali, apalagi buat kerja la, mau menang PRU 13 ke tak nak ni?


Aku pulak rasa, apa salahnya mencuba dengan pemilihan baru ni, kalau depa tak buat kerja kita balun depa semua! Tahniah la aku ucapkan kepada semua yang dilantik. DS Najib kali ini mengatur muka baru bersama dengan muka lama di negeri yang BN sudah hilang kuasa. Perlantikan Ahmad Said juga adalah sesuatu yang baru dan berani sebenarnya

GEMPAR! SEKEPING RESORT SERENDAH SANGAT RACIST! MARI KITA BOIKOT MEREKA!


Iklan di Internet menggambarkan Resort SEKEPING SERENDAH berdekatan dengan bandar Rawang Selangor sebagai:

“A private peaceful retreat attempting to tread lightly on the land. The very transparent and open sheds celebrate the beauty of the natural environment surrounding them. The sheds are intentionally kept basic and free from lavishness. They are seen more as ‘glorified tents’ to provide basic shelter for its inhabitants as they commune with the land.”


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS