salam

Khamis, Disember 30, 2010

PEMIMPIN UMNO MASIH KETINGGALAN DALAM MEDIA SOSIAL

Blog MIM menulis tajuk: Rangking Tweeter. Com: Pemimpin  UMNO / BN tercorot? Klik sini ke blog MIM

Saya tidak menafikan bahkan sangat bersetuju dengan kenyataan itu. Memang kesedaraan pemimpin UMNO khususnya dan BN umumnya masih sangat kurang terhadap peranan media sosial ini. Sama ada blog, facebook dan tweeter, kita meihat ianya dikuasai oleh pihak pemimpin pembangkang. Soalnya apakah pemimpin UMNO / BN tidak menginsafi bahawa kerana peranan media sosial inilah BN kehilangan banyak kuasa dalam pemerintahan.

Apakah pemimpin UMNO tidak faham dan tidak mengakuinya atau mereka ini 'buta IT atau hanya mengarah'? Saya beranggapan, dengan keupayaan yang UMNO ada sudah tentulah setiap bahagian UMNO memiliki blog masing-masing yang akan digunakan sebagai alat siararaya mereka. Mungkin alasannya masih tidak ramai ahli atau pemimpin peringkat cawangan yang 'celik IT', tetapi bahagianlah yang sepatutnya memulakannya dulu. Sudah pasti ada sebahagian golongan muda yang sudah berada dihadapan sedang menanti-nantikan kewujudannya.

Demikian juga dengan facebook dan tweeter. Pemimpin UMNO / BN seakan mengabaikannya selama ini dan sudah tentu ini sangat bercanggah dengan harapan DS Najib yang mengkehendaki pemimpin-pemimpin UMNO setiap peringkat menjuarai rakyat melalui menjuarai media sosial. Semoga PM tidak akan dibiarkan bersendirian menjeritkan slogan Satu Malaysia-nya tanpa ada sahutan dan sokongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS