salam

Khamis, Disember 30, 2010

Ingkar perintah Sultan

SHAH ALAM – Badan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang membantah pelantikan Datuk Khushrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai mengingkari perintah Sultan.


Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Faizal Mohd Salleh berkata, ia boleh diumpamakan sebagai menderhaka dan tidak mengiktiraf hak Sultan.



“PR sememangnya suka memainkan isu-isu sebegini khasnya DAP, untuk mencetuskan perasaan tidak menghormati institusi beraja demi mencapai matlamat mereka.



“Seharusnya, perkara ini tidak perlu dipertikaikan. Apatah lagi, pelantikan Mohd Khushrin telah diperkenankan oleh Sultan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.




Mohd Khusrin dilantik SUK Negeri Selangor yang baru berkuat kuasa 1 Januari 2011 bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang menamatkan perkhidmatan 31 Disember ini.



Manakala tempat Mohd Khusrin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin pada 1 Januari 2011.



Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Selangor, Mohd Munir Bani menegaskan pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK negeri Selangor adalah muktamad.



Dalam pada itu, dalam satu kenyataan oleh Pejabat Menteri Besar, lantikan Mohd Khushrin masih belum muktamad kerana Ketua Setiausaha Negera tidak pernah memaklumkannya kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Mohd Faizal berkata, PR seharusnya memberi peluang kepada Mohd Khushrin untuk membuktikan keupayaan serta kebolehannya.



“Beliau pasti seorang yang berkelayakan. Justeru, lantikannya tidak perlu dipolitikkan dan djadikan isu hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat,” katanya.



Sementara itu, Setiausaha Gabungan NGO, Mohd Jurid Ramli berkata, PR perlu akur dengan keputusan itu tanpa mempersoalkannya kerana Sultan sudah memperkenankan lantikan Mohd Khushrin sebagai SU Negeri Selangor.



Menurutnya, keputusan itu perlu dihormati oleh semua pihak sebagai menghormati institusi beraja.



Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata, individu yang dilantik diharap dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan lebih baik.



“Pastinya Mohd Khushrin berkelayakan serta lantikannya itu akan memberi manfaat yang lebih baik kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS