Kuasa dalam tangan kita tetapi masaalah kita mudah sangat termakan dengan kata-kata manis. Asal orang tu boleh cakap Melayu fasih macam Melayu, kita ingat dia sudah Melayu. Asal dia boleh sebut Assalamualaikum dan ayat Quran walaupun bacaan tak betul dan ayat tak sesuai, kita ingat mereka mereka sudah Islam.
Bila dia kata mahu ikut Saidina Umar Abdul Aziz dan sedia masuk Islam jika tidak kerana ayah masih hidup, kita dah anggap dia khalifah yang akan bela nasib rakyat Melayu dan Islam yang tersepit di Pulau Mutiara tetapi kini bertambah-tambah kedurjanaan.
Sedarkah kita apa yang berlaku? Antara agenda-agenda halus ultra kiasu DAP di Pulau Pinang adalah berikut:
1) Arak telah dibenarkan penjualannya secara terbuka di dalam majlis rasmi kerajaan negeri. Buktinya ialah penjualan arak ketika sambutan Hari Belia Negeri yang diadakan di Autocity Juru.
2) Perbadanan Ketua Menteri dibentuk bagi menjalankan kepentingan politik DAP untuk menghancurkan geo-politik melayu Pulau Pinang. Sasaran pertama perbadanan ini ialah tanah wakaf melayu di seluruh negeri Pulau Pinang.
3) DAP telah memperkenalkan dasar kelulusan terbuka terhadap status tanah. Penukaran syarat tanah akan dilaksanakan di kawasan parlimen melayu dimana status tukar tanah pertanian kepada kediaman akan dilakukan secara terbuka tanpa sekatan.
4) Kerajaan negeri di bawah DAP telah mewajibkan pengisian dan penempatan jawatan pegawai Kerajaan gred tertentu perlulah mendapatkan kebenaran daripada Lim GE. Dengan ini Lim GE telah berjaya menempatkan penyokong DAP untuk mengisi jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) di kawasan melayu.
5) Lim GE tiada hak untuk campur tangan tentang hal ehwal Islam di negeri Pulau Pinang dengan mempersoalkan perlantikan YDP MAIPP. Lim GE juga berjanji untuk memberi jawatan tersebut kepada Pas sedangkan yang mempunyai kuasa perlantikan adalah Sultan.
6) DAP pernah mendesak portfolio exco pembangunan tanah diberikan kepada Lim GE sejurus selepas memenangi kuasa pentadbiran negeri. Ini adalah senjata utama mereka bagi menghalau keluar melayu dari Pulau Pinang. Taktik ini mirip kepada Lim KY yang telah berjaya menghapuskan ketuanan melayu di Singapura.
7) DAP juga mendesak supaya perlantikan pengerusi PDC dan juga PBA Pulau Pinang dipilih dari kalangan orang-orangnya. Ini adalah kerana pihak mereka mempunyai misi dan kepentingan didalam perbadanan tersebut.
8) Kerajaan DAP melonggarkan syarat mewajibkan pemaju swasta membina rumah kos rendah didalam projek perumahan. Dengan kelonggaran ini, makin ramai rakyat Pulau Pinang terutama melayu tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana hanya rata-rata kos sederhana mewah yang disediakan oleh pemaju.
9) Tender perolehan kerajaan dibuka seluas-luasnya kepada kontraktor semua bangsa termasuk warga asing. Ini sebenarnya episod dari penolakan dasar ekonomi baru oleh DAP. Akibat dari tindakan ini, lebih 1800 kontraktor melayu di Pulau Pinang terpaksa gulung tikar.
10) Peniaga-peniaga kecil melayu ditekan oleh kerajaan DAP negeri Pulau Pinang dengan tindakan merobohkan gerai-gerai kepunyaan mereka sedangkan peniaga cina dibiarkan berniaga dengan sewenang-wenangnya.
11) Pembangunan Marina, hotel mewah, dan juga resort-resort di sekitar kawasan perkampungan melayu Balik Pulau dibuat supaya melayu dapat dihalau secara perlahan-lahan dikawasan tersebut.
12) Wakil rakyat melayu diperlakukan seolah-olah tidak diiktiraf oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka dari PKR dan Pas ibarat boneka kepada Lim GE. Ini jelas menunjukkan kuasa total DAP didalam pentadbiran negeri Pulau Pinang dan bukannya PR.
Baca sepenuhnya artikel di MyKMU sini. Kalau ini tidak cukup, baca pula risalah di blogsini. Ada juga sini. Fikir-fikirkan.
Moga Melayu yang hanya leka dan lena untuk menyalahkan yang lepas sedar bahawa bangsa mu kini sedang menunggu dikorkan macam lembu korban. Apa erti pegang kuasa kalau tidak tahu guna???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan