Rabu, Disember 15, 2010
Kod pakaian baru Parlimen - menurut Nazri Aziz
Sekarang pergi parlimen tak yah pakai kemeja dan tali leher,...
pakai t-shirt dan kelongsong nangka dah cukup ko tengok betapa gumbiranya muka menteri parlimen bila tengok rupa kod pakaian baru parlimen yang direka oleh rapper babi -namewee sial kat negara ni kalau kau apek, kau buat apa pun takpe, kau jual dadah ke, DVD haram ke, tipu kastam ke, pukul pembantu indon ke...semuanya takpe.
kalau Melayu buat, hah ko siaplah...kena saman , kena tangkap, dilabel rasis, disuruh letak jawatan lah memacam lagi Mungkin Nazri suka tengok babi namewee ni berkawan dengan anak dia kot.
KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA
PAKAIAN YANG DIBENARKAN:
LELAKI
1) Lounge Suit dan bertali leher
2) Berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher
3) Berbaju batik lengan panjang
4) Berbaju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
5) Berseluar panjang (slack)
6) Berkasut kulit
WANITA
1) Baju kurung atau kebaya labuh / Blouse berlengan panjang
2) Skirt panjang sekurang-kurangnya di bawah paras lutut
3) Sari berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
4) Berseluar panjang (slack)
5) Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan
6) Berkasut (bertutup)
PELAJAR SEKOLAH
1) Berpakaian rasmi sekolah
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN
1) Baju T / jaket
2) Baju tanpa lengan / lengan pendek
3) Seluar jeans
4) Pakaian ketat dan menjolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat / Nehru kolar
PELAWAT TIDAK DIBENARKAN
1) Membawa kanak-kanak (di bawah umur enam tahun)
2) Menghisap rokok di kawasan Parlimen
3) Mengambil gambar semasa berada di dalam Bangunan Parlimen
4) Pelawat tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit, kamera, dan lain-lain alat telekomunikasi ke dalam Dewan Negara / Dewan Rakyat (Simpan di kaunter pengawal Pintu 7)
5) Pelawat dilarang membawa benda-benda merbahaya yang boleh mengancam keselamatan
NOTA :
PELAWAT YANG TIDAK MEMATUHI TATACARA BERPAKAIAN SEPERTI DI ATAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI GALERI AWAM DEWAN NEGARA/DEWAN RAKYAT
Posted by kita anak melayu
Jangan marah Nazri Aziz
Rakan-rakan bloggers jangan marah dan naik angin pada Nazri Aziz berhubung gambar di atas. Beliau tidak ada melakukan kesalahan. Sebagai peguam terhebat dan Menteri yang menjaga hal-ehwal Parlimen beliau lebih tahu dengan apa yang beliau lakukan. Rakan-rakan bloggers tahu apa dalam isu ini jika hendak dibandingkan dengan peguam dan Menteri yang hebat ini.
Mungkin inilah revolusi yang cuba dibawa oleh Nazri Aziz. Etika pakaian ketika memasuki bangunan Parlimen mungkin akan dilonggarkan untuk memudahkan rakyat memasuki dewan Parlimen. Elok benar macam itu tambahan pula kita baru menyambut Maal Hijrah. Suka juga aku cadangkan agar mana-mana wanita yang nak bermandi-manda di Parlimen pun boleh dibenarkan memakai bikini. Lagipun kolam yang ada di kawasan Parlimen itu tidak digunakan sepenuhnya. Hanya untuk penternakan ikan. Alangkah elok jika dibenarkan wanita berbikini mandi-manda di situ dapat juga meringankan stress ahli-ahli Dewan yang berbahas.
Jangan marah anak Cina tu kalau dia memakai snow cap ke Parlimen. Rakan-rakan bloggers mana tahu tentang betapa sejuknya hawa dingin yang terdapat di Parlimen. Kalau tak percaya tanyalah pada Nazri Aziz, beliau lebih tahu segala-galanya tentang parlimen. Baju T-shirt yang anak Cina tu pakai pula adalah lambang untuk menunjukkan dia adalah penyanyi rap. Biasalah dalam rap semua ayat boleh keluar..Mana ada salah..Itulah cara anak muda menyampaikan mesej dalam nyanyian mereka kata Nazri. Tak percaya rakan-rakan bloggers tanyalah Nazri Aziz..Beliau lebih tahu segala-galanya.
Rakan-rakan bloggers kena sahut permintaan Nazri Aziz untuk membantu menghentikan anak Cina ini daripada terus dihentam di dalam media. Lagipun Nazri kata anak Cina ini tidak rasis, tidak anti kerajaan dan tidak anti Malaysia. Lagu Negaraku yang dijadikan lagu Negarakuku itu adalah tanda menunjukkan betapa rakyat Malaysia memang kreatif. Kalau tak percaya tanya Nazri Aziz. Beliau lebih tahu segala-galanya.
Lagipun kata Nazri Aziz..kalau kasar tak apa jangan lucah je..Demonstrasi jalanan kalau kasar tak apa tetapi jangan tunjuk isyarat lucah..eh betul ke macam tu? Kena tanya Nazri Aziz perkara ini. Beliau lebih tahu segala-galanya.
Tak apalah..kita doakan saja anak Cina ini akan lebih kreatif berkarya pada masa akan datang..Jangan lucah kasar tak apa..Kalau ada kemusykilan tentang darjah kasar atau lucah tanyalah Nazri beliau lebih arif menkategorikan sesuatu perkara..
Gerakan Pinta UMNO Di Hapuskan
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata sudah tiba masa untuk Barisan Nasional (BN) menjadi sebuah parti politik tunggal yang mewakili semua rakyat Malaysia di negara ini.
Langkah seperti itu, katanya, bukan sahaja penting untuk masa depan gagasan itu tetapi juga menyatupadukan semua kaum dan memberi kelebihan kepada BN ke atas parti-parti pembangkang.
"Gerakan akan mendesak untuk merealisasikan idea itu di mana semua parti komponen dibubarkan dan ahli masing-masing hanya menjadi ahli BN," katanya pada perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan Kebangsaan di Menara PGRM di sini, Sabtu.
Katanya parti-parti komponen BN perlu mula menjadi parti tidak berasaskan perkauman dan meminda perlembagaan parti masing-masing bagi menerima ahli dari pelbagai bangsa dan agama.
"Dengan keahlian pelbagai kaum, kurang kemungkinan bagi mana-mana pemimpin memperjuangkan nasib sesuatu kaum sahaja di mana ia akan menjejaskan perpaduan kaum dan mungkin membiakkan rasa permusuhan antara kaum lain," katanya.
"Anda perlu bertanggungjawab kepada semua kaum dan tidak boleh mengadu domba antara kaum kerana semua adalah ahli anda," kata Chang.
Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, katanya, pada hakikatnya persetujuan BN meminda perlembagaannya bagi menerima keahlian terus dan ahli bersekutu adalah pengiktirafan kelebihan dan kemajuan parti bukan berasaskan perkauman.
"Sekarang pun, parti komponen sudah mula mengadakan aktiviti bagi semua kaum dan bukan semata-mata untuk kaum tertentu sahaja seperti sebelum ini.
"Ini adalah permulaan baik dan saya pasti rakyat akan bangga dan mula kembali semula ke BN," jelasnya. - BERNAMA
Haprak Setiap Masa
Namewee Perlu Minta Maaf Secara Terbuka
Wira Perkasa tetap mahu Namawee minta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi media utama dan cipta lagu serta klip video untuk tujuan sama.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azhar Abu Haniffah berkata, walaupun Namewee sudah memohon maaf kepada Rakyat Malaysia dan menyuarakan kekesalan terhadap perbuatannya dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di parlimen, baru-baru ini, ianya tidak mencukupi.
“Walaupun dia dah minta maaf kepada kerajaan dan Menteri, kami mahu dia buat secara terbuka di akhbar-akhbar utama kerana tak semua orang tahu hasil pertemuannya dengan Nazri dan tidak semuanya dilaporkan.
“Kalau dia boleh cipta lagu dan klip video yang kontroversi itu, mengapa pula dia tidak boleh cipta lagu dan klip video minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama bangsa Melayu,” kata Arman kepada Agendadaily selepas mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen, Isnin.
Dalam pertemuan dengan Nazri yang bermula 4.30 petang dan berlangsung selama sejam setengah itu, Arman ditemani oleh tiga orang ahli Wira Perkasa dan tujuh orang blogger.
Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 27 mencipta nama dari kontroversi klip video rentak rap lagu Negara Ku dan klip video berjudul 'Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!!
Minggu lalu Namewee mengadakan pertemuan dengan Nazri di parlimen untuk memberi penjelasan terhadap tindak tanduknya yang menurutnya telah disalahertikan oleh sebilangan rakyat Malaysia, terutama orang Melayu.
Sementara itu, Arman berkata beliau turut bertanya kepada Nazri mengenai permohonan Namawee untuk mendapatkan geran bagi membiayai penerbitan filemnya yang bertemakan 1Malaysia.
“Saya beritahu Nazri sekiranya Namawee boleh diberikan geran, kami (Perkasa) pun mahu memohon geran kerana kami juga merancang membuat filem bertemakan 1Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun kata Arman, Nazri memberitahu bahawa Namawee dan Wira Perkasa harus melalui proses yang biasa seperti penerbit-penerbit filem yang lain, iaitu menerusi Finas atau Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Arman juga memberitahu Perkasa akan mengadakan satu perhimpunan Wira Negara Revolusi 1Malaysia di Bukit Jalil pada 1 hingga 9 Januari tahun depan.
Katanya perhimpunan itu akan mengumpulkan kumpulan belia yang sering dikatikan dengan budaya gangsterism, mat rempit, mat lepak dan penari jalanan. – 13/12/10
Langgan:
Catatan (Atom)