salam
Memaparkan catatan dengan label DUN Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUN Selangor. Papar semua catatan

Selasa, Januari 25, 2011

MB Selangor LETAK JAWATAN!!!!

Terbukti cubaan Pakatan pembangkang untuk meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa kepada mutlak kepada Menteri Besar memilih dan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri telah GAGAL! Gagal kerana mereka tiada dua pertiga majoriti, walaupun pelbagai usaha dan taktik kotor yang mereka lakukan, termasuk memecat keahlian ADUN Pelabuhan Kelang YB Badul Hisham.

Cubaan meminda Artikel 52 Undang-Undang Perlembagaan Selangor yang dikompangkan sebagai untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan sebenarnya adalah untuk "memperkudakan Tuanku Sultan". Hakikatnya Tuanku Sultan Selangor akan hanya menjadi "tukang cop & rubber stamp" Pakatan pembangkang sahaja. Kerana walaupun atas kertas Tuanku yang memilih dan melantik, tetapi Tuanku perlu merujuk kepada Menteri Besar dan mendapat "perkenan" Menteri Besar" sebelum membuat sebarang perlantikan. Tindakan yang jelas menghina dan merendahkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan.

Isnin, Januari 24, 2011

BN Selangor tentang pindaan keranan tidak mahu pegawai kerajaan Pak Turut

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan menentang pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kerana tidak mahu melihat pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri hanya berfungsi sebagai "Pak
Turut".

Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang esok bagi meminda Perkara 52 dalam undang-undang negeri bagi memulangkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri yang terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Jumaat, Januari 21, 2011

Pinda Perlembagaan Negeri : Taktik Kotor PR Tak Edar Draf

Dari awal semua sudah tahu, pelbagai helah akan digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi menjayakan misi jahat mereka untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi membolehkan kerajaan negeri melantik SUK.

Bermula dengan memperbodohkan rakyat melalui kenyataan jika BN tidak menyokong pindaan maka BN derhaka kepada Sultan. Walhal sepanjang isu ini berlangsung, rakyat dengan jelas melihat lakonan jahat mereka membelakangkan Sultan Selangor.

Terbaru mereka tidak mengedar draf usul pindaan Perlembagaan Negeri dengan memberi alasan kekangan masa.

Awas - ADUN BN akan di Culik !!!!!

Hasrat pakatan selangor untuk dapat 2/3 sokongan amat licik. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat ini. Bagi mereka dalam politik, matlamat boleh menghalalkan cara. Macam nuar lah, solat boleh membontot pun boleh !

Jumlah ADUN keseluruhannya dalam DUN Selangor ialah 56 orang. Dengan ADUN sebanyak 35 orang, berbanding BN 20 orang dan Bebas seorang, Pakatan pembangkang memerlukan 2 lagi ADUN untuk mendapat majoriti 2/3 yang diperlukan, atau mengurangkan jumlah ADUN bukan pembangkang. Amat mustahil untuk mereka mendapat sokongan dari ADUN BN. Maka strateginya ialah mengurangkan kerusi lawan.

Sebab itu teman tidak hairan apabila ADUN Pelabuhan Kelang menjadi mangsa pemecatan. Ini bermakna majoriti 2/3 yang diperlukan hanyalah 36 orang, iaitu kurang seorang. Persoalannya dari mana mereka mahu mendapat seorang lagi itu. Samada mereka beli mana-mana ADUN BN, atau mereka akan kurangkan ADUN BN pada hari persidangan.

wow, logik, nanti mesti ada perkara-perkara pelik akan berlaku, dilanggar lah, di pukau lah, di culik lah. Semua nya mungkin, kerana pakatan pernah buat di Perak.

ADUN BN SEPAKAT HADIR SIDANG DUN SELANGOR

Semua ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional sepakat untuk menghadiri Sidang DUN pada 24 Januari ini. Mereka akur memandangkan Sultan Selangor telah memberi perkenan bagi membolehkan sidang diadakan. Khalid seharusnya lebih bertanggungjawap dan tidak cuba mempolitikan isu perlantikan SUK kerana undang-undang sedia ada sudah elok dan jelas bahawa perlantikan itu adalah sah, bagaimanapun Khalid masih tidak puas hati akan keputusan tersebut kerana seperti tamakan kuasa, dan ingin memperkasakan lagi kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS