salam

Jumaat, Januari 21, 2011

Pinda Perlembagaan Negeri : Taktik Kotor PR Tak Edar Draf

Dari awal semua sudah tahu, pelbagai helah akan digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi menjayakan misi jahat mereka untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi membolehkan kerajaan negeri melantik SUK.

Bermula dengan memperbodohkan rakyat melalui kenyataan jika BN tidak menyokong pindaan maka BN derhaka kepada Sultan. Walhal sepanjang isu ini berlangsung, rakyat dengan jelas melihat lakonan jahat mereka membelakangkan Sultan Selangor.

Terbaru mereka tidak mengedar draf usul pindaan Perlembagaan Negeri dengan memberi alasan kekangan masa.

Kalau pada hari yang sama baru hendak membaca dan meneliti draf tersebut, bagaimana pula ahli dewan daripada BN boleh berbahas dan membuat keputusan?

SHAH ALAM, 21 Jan —  Kegagalan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengedarkan draf usul pindaan Perlembagaan negeri adalah berpunca daripada kekangan masa kata Speaker Teng Chang Khim.

Teng berkata berdasarkan Peraturan Mesyuarat 10(3), dokumen-dokumen berkenaan boleh diedarkan kepada wakil rakyat pada hari persidangan, sebelum sidang bermula.
“Saya berharap perkara ini tidak dijadikan isu.

“Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun membuat pengumuman mengenai pindaan dan kesemua akhbar sudah pun menyiarkan laporan mengenainya,” kata beliau pada sidang media hari ini.

DUN Selangor mengadakan sidang khas Isnin ini bagi membahaskan pindaan Perlembagaan Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS