salam

Rabu, Februari 02, 2011

Bangsa Melayu Dan Masa Depan



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah di jemput untuk menghadiri majlis Wacana berjudul “Bangsa Melayu dan Masa Hadapan” anjuran MUBARAK Wilayah Persekutuan yang menampilkan ucaptama dari YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain Presiden YB Dato Ibrahim Ali, Dato Shuib Lazim ( Bendahari Agung) Dr Zubir Harun (Naib Presiden) Dr Asyraf Wajidi ( Naib Presiden) Sdr Ruslan Kassim ( Ketua Penerangan) Sdr Abu Bakar Yahya ( Ahli Dewan Tertinggi merangkap Pengerusi Daerah Kelang) Sdr Syed Hassan Syed Ai ( Setiausaha Agung) , Pn. Raihan Sulaiman Palastien (Ketua Wiranita) Sdr. Yussof Merah (ADT) dan beberapa Ahli PERKASA telah turut sama hadir sebagai tetamu majlis.
Didalam awalan ucaptama Tun menyebut bahawa beliau tidak begitu gemar dengan cara Hang Tuah ( Laksamana Hang Tuah) kerana pada pendapat beliau , Hang Tuah terlalu taat yang membuta tuli sahingga sanggup membuang dan membunuh sahabat baik hanya kerana tidak mahu bertanya sebarang titah yang di berikan sama ada perkara itu adil atau pun tidak. Beliau tidak menghormati akan sikap yang dibawa oleh Hang Tuah itu. (nantikan siaran Video sepenuhnya di TV PERKASA)
Majlis telah diadakan di Dewan Oditorium Memorial Tun Husien Onn, Sebelum meninggalakan Majlis YB Dato Presiden PERKASA sempat berpesan kepada ADT untuk bersiap sedia menyambut Tun di Pasir Salak dan tidak lupa juga berpesan untuk merancang perjalanan ke Kemaman, Terengganu sempena Forum dan Majlis Penerangan PERKASA Terengganu pada 5 Feb ini.
Aktiviti bergambar seterusnya disini

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS