salam
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan

Isnin, Januari 10, 2011

Akhbar Cina Kritik Tun Mahathir lagi !

Tajuk:
Apa Tujuan Dan Niat Sebenar Mahathir?
Loh Hon Chew/ pengkritik semasa

Walaupun Mahathir telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, beliau seperti masih tidak tahu di negara kita ada sekolah Cina dan sekolah Tamil, dan atas sebab-sebab apa pula yang orang-orang Cina serta India boleh memperlajari bahasa ibunda mereka. Penerangan lebih jelas lagi, beliau masih tidak faham kenapa dan syarat-syarat apa pula yang dipersetujui oleh penjajah British semasa menuntut kemerdekaan dahulu, seterusnya barulah ada cerita dan susur galur sejarah negara Malaysia.

Baru-baru ini beliau membuat penerangan di akhbar Nanyang berkata: anak-anak muda kaum Cina perlu berfikir kenapa orang-orang Cina boleh mendapat pendidikan sekolah Cina dan bercakap bahasa Cina….. jika tidak percaya boleh ke Indonesia, Philipina dan Thailand lihat keadaan di sana, di sana tiada sekolah Cina, orang-orang Cina tidak boleh berbahasa Cina dan mereka telah dihilangkan indentitinya.

Selasa, Januari 04, 2011

Pegang Babi Lepas tu bersalaman !!!!!

Lepas dugong-dugong ni Pegang Babi, orang PAS mana pulak yang dok salam dan peluk?, Masjid dan Surau mana yang dugong-dugong dok jejak?

Ada orang Islam fikir ka? Atau sekarang UNDI adalah segalanya?


Membelai anak babi. Depa bukan Islam tak pa lah.

Ish, tak geli ka?

Dah samak belum tongkat tu Nik Aziz? Ada bawak solat tongkat tu?

Ustad mana la yang pegang rostrum tu lepas dia ni? Tangan tak samak tu. Dalam surau pulak. Taksub, taksub.

Coklat betui kaler babi tu. Ekoq pun ada lagi.
mak aih! geli! anak orang PAS mana la pulak ni?

Makan sekali kat surau, noo? Bukak puasa kat Surau Puchong tapi tangan makan babi dah samak ka? Pinggan tu lepaih tu sapa makan?
Posted by tansrimat

Khamis, Disember 30, 2010

Politik: Antara Zaid, Pak Lah, Tun Ghafar dan Ku Li

Satu percaturan politik yang menyonsang prinsip. Kadangkala kita terpaksa akur kepada suara ramai tetapi sebagai seorang yang berprinsip maka pemimpin itu yang seharusnya memimpin pengikut. Bukannya pengikut yang memimpin pemimpin. Sekiranya ini berlaku maka bolehlah diibaratkan si buta memimpin si celik di hari yang terang benderang.


Aku melihat senario politik semasa semakin bercelaru. Pemimpin semakin hilang fungsi. Ahli pula terbiar membuat tindakan. Maka dalam keadaan seperti ini orang seperti Zaid Ibrahim muncul dengan model politik yang dikatakannya progresif yang ingin diperkenalkan.


Zaid sememangnya seorang yang berprinsip dalam kepimpinannya tetapi mampukan kita menjadi pemimpin tanpa pengikut? Sepertimana beliau meninggalkan UMNO kerana merasakan tidak diperlukan oleh ahli di bahagiannya sendiri dan menyertai PKR selepas merasakan telah membuat pertimbangan yang wajar.


Mungkin sebagai seorang peguam, Zaid seorang yang hebat menelah undang-undang tetapi di dalam politik Zaid kurang berhati-hati di dalam menelah ahli dan pertubuhan yang disertai. Bolehlah diibaratkan seperti Zaid berdansa di pentas ronggeng. Menari rumba dengan lagu joget. Walaupun geraklangkah cha-cha dan zapin boleh disatukan namun tempo dan lenggoknya berlainan.


Rabu, Disember 15, 2010

Kod pakaian baru Parlimen - menurut Nazri Aziz

Sekarang pergi parlimen tak yah pakai kemeja dan tali leher,... 

pakai t-shirt dan kelongsong nangka dah cukup ko tengok betapa gumbiranya muka menteri parlimen bila tengok rupa kod pakaian baru parlimen yang direka oleh rapper babi -namewee sial kat negara ni kalau kau apek, kau buat apa pun takpe, kau jual dadah ke, DVD haram ke, tipu kastam ke, pukul pembantu indon ke...semuanya takpe.


kalau Melayu buat, hah ko siaplah...kena saman , kena tangkap, dilabel rasis, disuruh letak jawatan lah memacam lagi Mungkin Nazri suka tengok babi namewee ni berkawan dengan anak dia kot.



KOD ETIKA BERPAKAIAN SERTA PERATURAN-PERATURAN BAGI PELAWAT-PELAWAT AWAM SEMASA BERADA DI PARLIMEN MALAYSIA

PAKAIAN YANG DIBENARKAN: 


 LELAKI  

 1) Lounge Suit dan bertali leher

 2) Berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher

 3) Berbaju batik lengan panjang
 4) Berbaju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok
 5) Berseluar panjang (slack)
 6) Berkasut kulit


WANITA 

1) Baju kurung atau kebaya labuh / Blouse berlengan panjang

2) Skirt panjang sekurang-kurangnya di bawah paras lutut

3) Sari berlengan dan pakaian kebangsaan kaum-kaum lain
4) Berseluar panjang (slack)
5) Lain-lain pakaian yang kemas dan sopan
6) Berkasut (bertutup)

PELAJAR SEKOLAH
1) Berpakaian rasmi sekolah


PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

1) Baju T / jaket

2) Baju tanpa lengan / lengan pendek

3) Seluar jeans

4) Pakaian ketat dan menjolok mata
5) Selipar / kasut sukan
6) Baju berkolar bulat / Nehru kolar


PELAWAT TIDAK DIBENARKAN
1)    Membawa kanak-kanak (di bawah umur enam tahun)
2)    Menghisap rokok di kawasan Parlimen
3)    Mengambil gambar semasa berada di dalam Bangunan Parlimen
4)   Pelawat tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit, kamera, dan lain-lain alat telekomunikasi ke dalam Dewan Negara / Dewan Rakyat (Simpan di kaunter pengawal Pintu 7)

5) Pelawat dilarang membawa benda-benda merbahaya yang boleh mengancam keselamatan


NOTA 
PELAWAT YANG TIDAK MEMATUHI TATACARA BERPAKAIAN SEPERTI DI ATAS ADALAH TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI GALERI AWAM DEWAN NEGARA/DEWAN RAKYAT


Posted by kita anak melayu

Jangan marah Nazri Aziz


Rakan-rakan bloggers jangan marah dan naik angin pada Nazri Aziz berhubung gambar di atas. Beliau tidak ada melakukan kesalahan. Sebagai peguam terhebat dan Menteri yang menjaga hal-ehwal Parlimen beliau lebih tahu dengan apa yang beliau lakukan. Rakan-rakan bloggers tahu apa dalam isu ini jika hendak dibandingkan dengan peguam dan Menteri yang hebat ini.

Mungkin inilah revolusi yang cuba dibawa oleh Nazri Aziz. Etika pakaian ketika memasuki bangunan Parlimen mungkin akan dilonggarkan untuk memudahkan rakyat memasuki dewan Parlimen. Elok benar macam itu tambahan pula kita baru menyambut Maal Hijrah. Suka juga aku cadangkan agar mana-mana wanita yang nak bermandi-manda di Parlimen pun boleh dibenarkan memakai bikini. Lagipun kolam yang ada di kawasan Parlimen itu tidak digunakan sepenuhnya. Hanya untuk penternakan ikan. Alangkah elok jika dibenarkan wanita berbikini mandi-manda di situ dapat juga meringankan stress ahli-ahli Dewan yang berbahas.

Jangan marah anak Cina tu kalau dia memakai snow cap ke Parlimen. Rakan-rakan bloggers mana tahu tentang betapa sejuknya hawa dingin yang terdapat di Parlimen. Kalau tak percaya tanyalah pada Nazri Aziz, beliau lebih tahu segala-galanya tentang parlimen. Baju T-shirt yang anak Cina tu pakai pula adalah lambang untuk menunjukkan dia adalah penyanyi rap. Biasalah dalam rap semua ayat boleh keluar..Mana ada salah..Itulah cara anak muda menyampaikan mesej dalam nyanyian mereka kata Nazri. Tak percaya rakan-rakan bloggers tanyalah Nazri Aziz..Beliau lebih tahu segala-galanya.

Rakan-rakan bloggers kena sahut permintaan Nazri Aziz untuk membantu menghentikan anak Cina ini daripada terus dihentam di dalam media. Lagipun Nazri kata anak Cina ini tidak rasis, tidak anti kerajaan dan tidak anti Malaysia. Lagu Negaraku yang dijadikan lagu Negarakuku itu adalah tanda menunjukkan betapa rakyat Malaysia memang kreatif. Kalau tak percaya tanya Nazri Aziz. Beliau lebih tahu segala-galanya.

Lagipun kata Nazri Aziz..kalau kasar tak apa jangan lucah je..Demonstrasi jalanan kalau kasar tak apa tetapi jangan tunjuk isyarat lucah..eh betul ke macam tu? Kena tanya Nazri Aziz perkara ini. Beliau lebih tahu segala-galanya.

Tak apalah..kita doakan saja anak Cina ini akan lebih kreatif berkarya pada masa akan datang..Jangan lucah kasar tak apa..Kalau ada kemusykilan tentang darjah kasar atau lucah tanyalah Nazri beliau lebih arif menkategorikan sesuatu perkara..

Selasa, Disember 14, 2010

Royalti Minyak Terengganu Dikembalikan Mac 2011


Royalti hasil petroleum di Terengganu akan dikembali kepada kerajaan negeri mula Mac tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya telah diberi jaminan berhubung perkara tersebut hasil beberapa siri rundingan yang telah dijalankan.

Kata beliau, pembayaran itu dibuat dengan mengambil kira kaedah bentuk asal di samping wang yang telah disalurkan oleh kementerian-kementerian kepada negeri-negeri.

“Setelah berunding, itulah janji yang diberikan, iaitu pada Mac 2011,'' katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Ru Rendang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad Said berkata, selain royalti tahunan dikembalikan Mac depan, jumlah yang masih tertunggak juga akan dijelaskan kepada kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat.

Bajet Terengganu - RM1.887 Bilion Untuk 2011


Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan RM1.887 bilion untuk Bajet 2011 yang merupakan pertambahan sebanyak RM6.04 juta atau 0.32 peratus berbanding peruntukan sebanyak RM1.881 bilion pada tahun ini.

Daripada jumlah itu RM1.699 bilion diperoleh daripada kerajaan pusat termasuk royalti
petroleum yang mewakili sebanyak 90 peratus daripada bajet itu, manakala bakinya RM188 juta atau 10 peratus pula adalah daripada sumber kerajaan negeri sendiri.

Menteri Besar Terenganu Datuk Ahmad Said bagaimanapun berkata jumlah bajet untuk tahun depan itu sebenarnya berkurangan RM57.18 juta atau 2.94 peratus jika dibandingkan dengan peruntukan pada tahun ini yang disemak.

Ketika membentangkan Bajet 2011 yang meneruskan tema pada tahun lepas "Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan", pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Kuala Terengganu semalam, beliau berkata kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin untuk menjana pembangunan dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

"Dalam masa yang sama kerajaan negeri akan pastikan perbelanjaan akan dilakukan secara lebih berhemah dan melaksanakan langkah berjimat cermat tanpa menjejaskan prestasi, produktiviti dan kualiti perkhidmatan," katanya.

Ahmad berkata kesan pemulihan ekonomi telah mempengaruhi senario ekonomi Terengganu dan kadar pengangguran dijangka menurun 3.5 peratus pada tahun ini berbanding 3.9 peratus pada tahun lepas.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri pula dijangka tumbuh positif kepada enam peratus pada tahun ini berbanding pertumbuhan negatif 1.5 peratus pada tahun lepas.

Malahan bagi tahun depan, pertumbuhan ekonomi negeri dijangka mencapai 6.5 peratus hingga tujuh peratus.
Ahmad Said bermesra dengan pelawat selepas membentangkan Bajet 2011 semalam.

Berhubung kedudukan kewangan negeri, beliau berkata kerajaan sedar Akaun Hasil Disatukan telah mengalami defisit terkumpul yang besar iaitu RM699.01 juta pada tahun lepas berbanding defisit RM424.96 juta pada tahun sebelumnya.

Katanya, kekurangan dalam Akaun Hasil Disatukan itu telah menyebabkan baki Kumpulan Wang Disatukan Negeri susut dari RM404.65 juta pada 2008 kepada RM240.45 juta pada 31 Dis tahun lepas.

"Seperti yang dibentangkan dalam bajet tahun lalu, defisit ini adalah disebabkan kerajaan tidak menerima sepenuhnya pemberian Dana Khas daripada kerajaan persekutuan seperti mana dalam anggaran bajet 2007, 2008 dan 2009," kata Ahmad.

Bagaimanapun, katanya kerajaan komited untuk memastikan defisit ini berada di tahap yang munasabah dan dapat dikurangkan secara berperingkat dengan penerimaan Dana Khas daripada kerajaan persekutuan.

Bagi kedudukan Kumpulan Wang Pembangunan pula, ia menjadi lebih baik kerana bakinya telah meningkat daripada RM28.62 juta pada tahun 2008 kepada RM59.16 juta pada tahun lepas dan kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM678.17 juta untuk pelbagai projek pembangunan.

"Kumpulan Wang Bekalan Air juga mengekalkan baki positif tetapi menurun sedikit daripada RM128.43 juta pada tahun 2008 kepada RM125.11 juta pada 2009," katanya.

Beliau berkata, penurunan ini disebabkan kerajaan pusat hanya mengeluarkan RM45.61 juta pinjaman bagi projek bekalan air berbanding RM75.75 juta pada tahun sebelumnya.

Katanya, pada tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan RM470,000 bagi pengurusan dan RM53.86 untuk pelbagai projek bekalan air.

Menurut Ahmd, daripada jumlah RM1.887 bilion yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM97.84 juta adalah untuk Perbelanjaan Tanggungan dan RM1.790 bilion untuk Perbelanjaan Bekalan.

Menerusi Perbelanjaan Bekalan katanya, sebanyak RM1.377 juta untuk pemberian dan bayaran tetap, emolumen (RM213.34 juta), perkhidmatan dan bekalan (RM166.57 juta), aset negeri (RM31.85 juta) dan RM1.16 juta untuk perbelanjaan lain.

Ahmad berkata, hala tuju Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu 2009-2013 ialah dengan memberi penekanan terhadap sektor yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi di samping membasmi kemiskinan.

Empat sektor yang diberi tumpuan ialah pendidikan dan pembangunan sumber manusia, pertanian dan asas tani, pelancongan serta industri, perdagangan, perkhidmatan dan teknologi maklumat.

"Bajet kali ini juga akan tertumpu terhadap empat strategi utama iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat, memperkasa pembangunan modal insan, meningkat daya saing negeri dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam," katanya.


Ahad, Disember 12, 2010

Nahas tidak berbau - AWAS si lah anak2 dan keluarga

KUALA TERENGGANU: Kejadian lemas membabitkan enam individu termasuk tiga beradik di Pantai Pakdak, Chendering, dekat sini, kelmarin, disifatkan sebagai tragedi paling besar membabitkan mangsa lemas di Terengganu setakat ini.

Sambil memberikan nasihat kepada orang ramai supaya menghindari aktiviti di kawasan berisiko lemas seperti pantai dan air terjun pada musim tengkujuh, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil berkata, pasukan penyelamat masih menggiatkan usaha mencari tiga lagi yang dilaporkan hilang di laut. 

Menurutnya, pasukan penyelamat membabitkan 18 anggota polis, bomba (24), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (12) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (14) akan mencari sehingga mangsa ditemui dan setakat ini pencarian tertumpu di lokasi mangsa dilaporkan hilang. 


“Operasi mencari akan bergerak mengikut arus dan ia akan dikembangkan beberapa batu nautika jika tiada perkembangan positif atau tanda mangsa ditemui,” katanya ketika melawat tempat kejadian di sini, semalam.

Dalam lawatan sama, beliau turut melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang setia menunggu di lokasi kejadian dan mengingatkan mereka supaya bersabar sementara pihak berkuasa menjalankan gerakan mencari.


Harian Metro semalam melaporkan, keseronokan enam sekawan bermain ombak di Pantai Peranginan Chendering, di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, semalam. 


Sebelum kejadian, tiga daripada mereka yang juga adik-beradik, Kumuda Shanmugan, 28, Raymond, 26, dan Roshini, 16, dari Kampung Jawa, Klang, Selangor serta tiga rakan mereka dikenali sebagai Mogan, 21, Mathavi, 20, dan Vijaykumar, 18, pergi ke pantai berkenaan untuk mandi. 


Bagaimanapun, sebaik tiba di pantai itu Mathavi terjerumus ke dalam pasir sebelum ditarik ombak besar ketika bermain di gigi air di kawasan berbatu di pantai berkenaan. 


Panik dengan kejadian itu, tiga beradik terbabit bersama dua lagi rakan terjun ke laut untuk menyelamatkan mangsa yang ketika itu hampir lemas. 

Bagaimanapun, mereka turut lemas akibat dipukul ombak sebelum disedari orang ramai yang menghubungi pihak berkuasa. 


Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu dan Chendering yang tiba beberapa minit kemudian menyelamatkan seorang daripada mereka, manakala dua lagi ditemui lemas dan satu lagi masih hilang. 


Mereka yang lemas ialah Roshini dan Kumuda, manakala yang masih hilang ialah Vijaykumar. 


Mayat Raymond ditemui jam 12.30 tengah hari semalam sementara mayat Mogan ditemui jam 4.30 petang semalam, manakala Mathavi yang diselamatkan lima individu terbabit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Tun Ibrahim Ismail Pahlawan PERKASA


KUALA LUMPUR 11 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta pasukan perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini memberikan rawatan yang terbaik kepada bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan pesanan Perdana Menteri ketika melawat Ibrahim di Wad Diraja hospital itu kira-kira pukul 7 malam ini berkata, langkah itu adalah sejajar dengan kedudukan beliau sebagai individu yang banyak berjasa kepada negara.
”Saya datang kerana menyampaikan salam daripada Perdana Menteri yang mengenali secara peribadi Tun Ibrahim dan beliau meminta saya memberitahu pasukan perubatan agar memberikan rawatan yang sebaik-baiknya,” katanya selepas melawat tokoh itu selama kira-kira 15 minit.
Ahmad Zahid berkata, Ibrahim, 88, merupakan anak tempatan kedua yang dilantik sebagai PAT selepas Jeneral (B) Tan Sri Tunku Osman Jewa iaitu dari 1969 hingga 1977 dan beliau juga pernah berkhidmat dalam pasukan Force 136.
“Beliau dirawat di hospital ini sejak tiga bulan lalu kerana sakit tua,” katanya.
“Saya memohon kepada semua pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar mendoakan Tun Ibrahim supaya terus sihat,” katanya.
Ibrahim yang dilahirkan di Johor Bahru pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kerja Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 1969.
Beliau telah menulis sebuah buku dalam bahasa Inggeris bertajuk ‘Have You Met Mariam’ iaitu mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan pada 1984.
Ps/– Ybhg. Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail telah melibatkan diri seawal penubuhan PERKASA dan telah melancarkan laman web PERKASA versi pertama. Bersamalah kita mendoakan agar kesihatan Ybhg Tun Ibrahim Ismail kembali pulih. Gambar gambar ketika majlis pelancaran laman web PERKASA boleh di capai dilaman web minag_jinggo

Namewee lagi...


Sekali lagi Wee Meng Chee atau Namewee yang pernah beberapa kali menghina Islam dan Melayu, menjadi perhatian ramai.

Pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz di bangunan Parlimen dengan berpakaian ala rap (baju t, seluar jean, jaket hitam serta penutup kepala) mencetuskan kemarahan dan rasa tidak senang banyak pihak.

Banyak pengendali blog naik angin kerana Namewee mendapat keistimewaan sedangkan rakyat biasa lain kena mematuhi peraturan berpakaian jika memasuki bangunan Parlimen.

Apa istimewanya beliau? Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh orang ramai. Setelah beberapa kali mencetuskan kemarahan umat Islam, Namewee bukan sahaja tidak didakwa (seolah-olah mempunyai imuniti) malah dijadikan ikon.

Untuk apa pula seorang menteri mahu memberi perhatian luar biasa dan bantuan kepada seorang yang menggugat keharmonian negara? Ramai lagi siswazah menganggur terdiri daripada semua kaum dan anak muda yang kreatif dalam seni, yang wajar diberi pembelaan, bukannya si biadap dan kurang ajar. Kalau begitu, untuk apa menjadi warga negara yang baik dan bertanggungjawab jika ‘penyangak’ juga yang mahu dijulang.

Awang bukan mahu berbalah dengan Nazri. Beliau tetap sahabat Awang dan seorang yang diakui mempunyai karisma serta kekuatan tersendiri. Yang baik diakui dan dipuji, yang tidak kena, mesti disanggah dan ditegur. Suara majoriti rakyat tidak boleh diambil mudah.

Sebenarnya ramai yang terkejut apabila Namewee dianggap tidak bersalah atas penghinaan dan hasutan yang dilakukan. Awang pun sudah tidak larat geleng kepala apabila menyentuh tentang pemuda itu. Kalau di Singapura, kes Namewee (apatah lagi berulang kali melakukan hasutan) sudah lama dibereskan.

Isu terbaru melibatkan beliau, telah memberikan isyarat yang salah dan bercelaru kepada masyarakat. Malah keresahan umat Islam dan orang Melayu berkaitan cara isu Namewee ini ditangani, semakin meluap-luap.

Awang yakin Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak tidak akan mengikut rentak Nazri memberi keistimewaan kepada pemuda itu yang kononnya meminta kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysia. Untuk permohonan itu disampaikan ke meja perbincangan kabinet pun tidak layak. Banyak lagi permohonan rakyat, yang kabinet perlu beri keutamaan dan tumpuan.

Kepada Namewee, beliau perlu terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Jika beliau tiada kesanggupan untuk berbuat demikian, berhijrahlah ke negara lain yang dirasakan jauh lebih baik daripada tanah air ini. Jangan jadi musuh dalam selimut....

Sabtu, Disember 11, 2010

Konvensyen BN - Tanda Pilihanraya Sudah Hampir!


Konvensyen BN: Pulih imej jadi agenda utama


PUTRAJAYA: Memulihkan imej Barisan Nasional (BN) dan membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13 adalah di antara agenda utama yang ditangani pada konvensyen hari ini.
Perdana Menteri Najib Tun Razak juga dijangka memfokuskan kepada slogan rakyat didahulukan dan program 1Malaysia selain dari dua agenda tersebut dalam konvensyen ini nanti.
Beliau yang juga pengerusi BN akan turut memberi fokus kepada kepentingan dasar inklusif dan bagaimana boleh membuat Malaysia cemerlang dan makmur melalui dasar kesatuan dalam pelbagaian.
Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Najib akan meminta parti-parti komponen melaksanakan kerja-kerja pemulihan imej BN yang telah dicemari oleh parti-parti pembangkang dengan kenyataan-kenyataan mereka yang separuh benar.
Walaupun PRU 13 tidak akan dibincangkan secara terperinci namun Najib mengarahkan agar kesemua wakil BN bersiap sedia seolah-olah PRU akan diadakan esok," kata beliau kepada para pemberita selepas melancarkan karnival Umno Putrajaya semalam.
Platform terbaik
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong berkata, konvensyen BN hari ini menjadi platform terbaik bagi mempersiapkan BN menghadapi PRU ke 13.
"Kita perlu membina BN yang lebih kuat untuk menawan semula kerusi-kerusi yang kita tewas dalam pilihan raya lalu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat Pemuda MCA di Kuala Lumpur semalam.
Timbalan Presiden Gerakan Chang Ko Youn pula berkata, adalah tiba masa BN menjadi satu parti bagi mewakili semua bangsa di negara ini, sambil menambah, langkah ini akan menyatu padukan semua bangsa dan memberi kelebihan kepada BN.
Beliau berkata, "Gerakan akan berusaha ke arah merealisasikan idea ini di mana semua komponen parti dibubarkan dan kesemua ahli-ahli hanya menjadi ahli Barisan."
Chang berkata demikian pada pembukaan persidangan perwakilan kebangsaan Pemuda dan Wanita Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur semalam-FMT
Cpj: Semua parti-parti dan pemimpin politik lebih baik persiapkan diri dan parti masing-masing kalau mahu memenangi hati rakyat di samping jangan lupa strategi yang ampuh, yang penting amalkanlah politik sihat BUKAN politik kotor!

Rabu, Disember 08, 2010

IKTIKAD ‘KETUANAN MELAYU’ MENYANGGAHI ISLAM


Merujuk kepada isu ‘Ketuanan Melayu’ yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;
 1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.
 2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.
3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.
4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.
5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.
6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.
7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:
“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.
8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS