
Anwar akhirnya mengakui memiliki syarikat yang dinamakan Anwar Ibrahim Consulting Associate yang berperanan merancang kegiatan dan aktiviti di luar negara.
Anwar membuat kenyataan tersebut setelah dicabar untuk mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi untuk mengendalikan pejabat yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM 6 juta setahun dan mampu mengajikan 5 orang pekerja yang merupakan warga Pakistan dan Turki.
Sejak Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 November 1998, Mahkamah Persekutuan menerima rayuannya terhadap sabitan kes tuduhan Liwat dan dibebaskan pada 2004 sebelum menjadi Professor pelawat di Universiti Geogetown, Amerika Syarikat.
Ura-ura kedengaran sekarang Anwar dah nak menghilangkan diri setelah satu persatu busuknya dibongkar, lebih menggusarkan beliau lagi apabila Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan mendedahkan kehidupan mewah yang luar biasa melibatkan 10 Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pakatan Perosak Rakyat di Selangor.

