salam

Jumaat, Disember 24, 2010

SUMPAH MELAYU SESAL, IBARAT HARUAN DIPANGGANG ATAS API

Zaman Kerajaan Melaka gemilang 500 tahun dahulu, baik raja mahu pun rakyat sedikit pun tidak percaya mereka boleh jatuh dan dijajah kuasa asing. Mereka tidak sedar ada pihak lalu-lalang di Selat Melaka meneteskan air lior melihat bertapa strategiknya  Melaka.Ia samalah sebahagian orang melayu-bumiputera  masakini hanya boleh diibaratkan kisah ikan didalam air. Ceritanya begini:

Puyu : Kamu ini haruan, sikap kamu sangat ganas. Semua ikan kamu mahu telan. Usahkan ikan lain anak –cucu kamu sendiri pun kamu telan. Macam mana generasi kamu hendak membiak?

Ekonomi Melayu perlu catatkan pertumbuhan 8% setahun

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Ekonomi orang Melayu perlu mengalami satu anjakan paradigma dan mencatatkan pertumbuhan sekurang-kurangnya 8.0 peratus setahun bagi membolehkannya mencapai taraf seiring dengan ekonomi kaum lain.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, ekonomi orang Melayu perlu berada seiringan dengan kaum lain bagi mengekalkan kuasa politik yang dipegang sekarang.
"Jika kaum lain menguasai ekonomi, tidak mustahil kuasa politik mereka akan meningkat mendadak,” katanya pada Program Bicara Orang-Orang Muda anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata, ekonomi orang Melayu mesti berkembang seiring dengan ekonomi negara untuk mengelakkan jurang ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin meluas.
Mukhriz berkata, ekonomi orang Melayu ketika ini berkembang pada kadar 2.3 peratus hingga 2.5 peratus berbanding pertumbuhan ekonomi negara yang berada pada kadar 7.0 peratus setahun.
"Pertumbuhan ekonomi negara ini mencerminkan yang ekonomi bukan Melayu telah berkembang lebih pesat daripada ekonomi orang Melayu,” katanya. – Bernama

30,863 Calon Cemerlang!!!

Berita gembira ini rasanya wajar dikongsi bersama. Seperti yang Semut pernah nyatakan, kehidupan ini bukan sekadar untuk berpolitik semata - mata.

Tahniah Semut ucapkan kepada semua calon PMR yang berjaya mendapat keputusan Cemerlang bagi tahun ini.

Dilaporkan seramai 30,863 pelajar telah mencapai A dalam semua matapelajaran yang diduduki seterusnya menjadikannya keputusan PMR terbaik dalam tempoh 4 tahun.

Kepada mereka yang tidak berjaya, jangan mudah putus asa. Sesungguhnya dalam hidup ini, ilmu dibumi Allah S.W.T terlalu luas untuk dinilai.

Yang penting usaha, amal dan Taqwa bagi memperolehi yang terbaik didunia dan diakhirat kelak. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Bayangkan jika Kerajaan tidak mengutamakan bidang pendidikan, apa jadi dengan Negara dan rakyatnya???

LIM GUAN ENG BUNUH LAGI MELAYU PULAU PINANG


Lim GEng rampas lagi tanah melayu Pulau Pinang. Pantang ada tanah melayu terdengar ditelinganya pasti akan masukl dalam senarai dirampas atas nama pembangunan sebagai alasan.

Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepadaPersekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegaraPersekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, sepertiParti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 131969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS