salam

Jumaat, Disember 24, 2010

Ekonomi Melayu perlu catatkan pertumbuhan 8% setahun

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Ekonomi orang Melayu perlu mengalami satu anjakan paradigma dan mencatatkan pertumbuhan sekurang-kurangnya 8.0 peratus setahun bagi membolehkannya mencapai taraf seiring dengan ekonomi kaum lain.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, ekonomi orang Melayu perlu berada seiringan dengan kaum lain bagi mengekalkan kuasa politik yang dipegang sekarang.
"Jika kaum lain menguasai ekonomi, tidak mustahil kuasa politik mereka akan meningkat mendadak,” katanya pada Program Bicara Orang-Orang Muda anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata, ekonomi orang Melayu mesti berkembang seiring dengan ekonomi negara untuk mengelakkan jurang ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin meluas.
Mukhriz berkata, ekonomi orang Melayu ketika ini berkembang pada kadar 2.3 peratus hingga 2.5 peratus berbanding pertumbuhan ekonomi negara yang berada pada kadar 7.0 peratus setahun.
"Pertumbuhan ekonomi negara ini mencerminkan yang ekonomi bukan Melayu telah berkembang lebih pesat daripada ekonomi orang Melayu,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS