salam

Rabu, Januari 05, 2011

Malaysian Insider Melagakan PM Dengan Bukan Melayu


Laporan terbaru Malaysian Insider bertajuk “Allah debate sank latest UMNO, PAS talks”, jelas menunjukkan yang portal berita tersebut bukan sahaja berniat jahat tetapi juga tidak profesional kerana sanggup menyiarkan laporan tanpa mengesahkan fakta-faktanya terlebih dahulu.
 
Malaysian Insider cuba menggambarkan pemimpin UMNO sebagai bermuka-muka dengan niat untuk melagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bukan Melayu.   

Menurut portal tersebut, dalam pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS di Istana Terengganu, UMNO telah mendesak PAS untuk sama-sama menentang penggunaan nama Allah oleh agama lain.
 

"Kali ini kita hidup dalam durhaka", kata Ibrahim Ali

Sejak dari dia muda di ITM sehinggalah dia tua, jarang teramat jarang saya menyokong Datuk Ibrahim Ali. Hari ini, saya terjumpa ucapannya di Dewan Rakyat pada 18/1/93. Saya jumpa dalam blog Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (mengenai Shuhaimi, lihat berita Malaysiakini hari ini "Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina").


Melihat ucapan Ibrahim di Dewan Rakyat itu, saya harap saya tidak dihukum gantung kerana saya amat berterima kasih kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu kerana ucapannya yang begitu pro-rakyat itu. Saya sudah lama dan sudah berulang kali mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menginisiatifkan pindaan perlembagaan yang mengkudungkan imuniti raja-raja.


Dalam soal menghadapi perangai raja-raja, tidak ada mana-mana pemimpin politik Melayu yang berani seperti Dr Mahathir. Tak dapat saya lupakan betapa meluatnya saya kepada sikap beberapa pemimpin PAS ketika pindaan perlembagaan itu. Dengan Allah menjadi Saksi kepada keikhlasan hati saya, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih, Tun!


Teoh Beng Hock Tidak Bunuh Diri - Koroner

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini menolak teori Teoh Beng Hock membunuh diri di dalam keputusan inkues petang ini.


"Saya menolak keputusan bahawa kematian adalah kerana bunuh diri,” kata Koroner.


Beliau juga menolak teori bahawa mangsa, Teoh, tidak sedarkan diri. Beliau turut menolak kematian Teoh kerana dibunuh.


Mahkamah Koroner hari ini memutuskan bahawa kes inkues ini adalah satu kes“open verdict” di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.


Tahun 2011 Akan 'Dimeriahkan' Dengan kenaikan Harga Barang

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan

1. Pihak kerajaan; jika mereka tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang bererti slogan 1Malaysia: ‘rakyat didahulu’ bermaksud rakyat yang didahulukan dalam menanggung beban hidup, sedangkan golongan pembesar negara dan istana terus kemewahan dan pelbagai peruntukan, mereka dikemudiankan.

2. Golongan agama; jangan menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad. Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai ‘kerakusan’ sesetengah golongan atasan. Ceramah dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam ‘social justice’ yang tidak seimbang. Para penceramah jangan sekadar ‘guna agama untuk cari makan’, tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan.

3. Golongan peniaga; mereka wajib beretika dalam perniagaan mereka. Kerakusan peniagaan akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka.

4. Media massa; hendak pro-aktif menentang usaha kenaikan harga barang ini. Golongan yang menindas rakyat bawahan ini hendaklah dikecam dan didedahkan bahaya mereka kepada masyarakat.

5. Rakyat; Pastikan anda menjadi pembeli yang bijak dalam memilih kedai atau pasaraya. Di samping itu, anda juga mesti menjadi pengundi yang bijak yang bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan ‘mengumpulkan’ kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.

Selamat Tahun Baru

Sokongan terhadap Pertubuhan Pribumi PERKASA

Undian sokongan yang dibuat melalui blog http://perelih.blogspot.com/


Bantahan Perkasa


SELURUH AHLI PERKASA dan Rakyat Malaysia.. Ayuh Sekalian, Kita Turun Berarak Menentang Kezaliman Regim Zionis Pakatan Rakyat, 

Tarikh : 5/1/2011 
Hari : Rabu, 
Jam : 3 ptg, 
Lokasi : Dataran Shah Alam (Depan Alam Sentral/MBSA), 

sila pakai BAJU PERKASA JIKA ADA ATAU LILIT KEPALA PERKASA.BANGKIT DEMI MELAYU..NYAHKAN DAP,DALANG Perosak Negara... !!!. 

Sila Hadir jika sayangkan Agama, Bangsa dan Negara...Daulat Tuanku... 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mewajibkan mata pelajaran Sejarah

SEJARAH adalah intipati ketamadunan atau peradaban. Melalui sejarah, kita sedar mengenai kewujudan atau keberadaan identiti sesebuah negara, masyarakat, kebudayaan dan manusia.

Dalam bahasa mudah, sejarah memperkatakan hakikat asal-usul. Secara filosofis sejarah cuba menjawab persoalan siapakah kita atau siapakah manusia.

Menolak sejarah atau meremehkan sejarah bermakna mempersenda kewujudan manusia, masyarakat dan negara. Melalui sejarah negara mampu melahirkan warganegara berjiwa besar yang yakin dengan asal-usul dan tamadun serta kekal dengan identiti.

Cadangan mewajibkan mata pelajaran Sejarah di semua peringkat persekolahan sudah lama dikemukakan. Ia dibangkitkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010.

Cadangan itu mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif pelbagai pihak termasuk sayap pemuda DAP, DAPSY. Ia dibahaskan dalam perhimpunan tahunan Gerakan.

Pentingnya Pemimpin dan Kepimpinan

KEPIMPINAN yang berkesan sangat diperlukan bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada negara. Negara akan lebih maju dan berkembang pesat jika kita mempunyai ramai pemimpin yang hebat, berkarisma dan berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Syarikat perniagaan pula boleh membawa keuntungan yang besar dan menyebabkan mereka yang memiliki saham tersenyum lebar dengan adanya pemimpin yang berkesan.

Bagi organisasi bukan kerajaan, pemimpin yang cekap membolehkan visi dan misi tercapai dengan cepat. Kepimpinan keluarga yang berkesan membolehkan anak-anak dibesarkan dengan sihat, mendapat didikan yang baik dan menjadi warga negara yang berguna.

Sebaliknya, kepimpinan yang lemah akan memberi kesan yang tidak baik dan sering mengundang masalah. Organisasi akan bergerak perlahan, lesu dan membawa kerugian kepada semua pihak.


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS