salam

Rabu, Januari 05, 2011

Malaysian Insider Melagakan PM Dengan Bukan Melayu


Laporan terbaru Malaysian Insider bertajuk “Allah debate sank latest UMNO, PAS talks”, jelas menunjukkan yang portal berita tersebut bukan sahaja berniat jahat tetapi juga tidak profesional kerana sanggup menyiarkan laporan tanpa mengesahkan fakta-faktanya terlebih dahulu.
 
Malaysian Insider cuba menggambarkan pemimpin UMNO sebagai bermuka-muka dengan niat untuk melagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bukan Melayu.   

Menurut portal tersebut, dalam pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS di Istana Terengganu, UMNO telah mendesak PAS untuk sama-sama menentang penggunaan nama Allah oleh agama lain.
 


Tampak benar agenda jahat Malaysian Insider untuk menaikkan nama Nik Aziz yang mudah diperalatkan mereka itu sebagai wira kerana kononnya telah menolak mentah-mentah desakan UMNO.  Nik Aziz juga dikatakan telah bangun keluar dari majlis tersebut lebih awal bagi menyatakan pendiriannya, iaitu sejurus selepas Yang di-Pertuan Agong meninggalkan majlis.

Hakikatnya, Nik Aziz telah keluar lebih awal daripada Tuanku Mizan atas alasan sakit belakang. Jelas Nik Aziz adalah pemimpin yang sama ada biadab atau jahil protokol dan adat dalam majlis yang melibatkan pihak Istana.
 Hakikatnya juga Malaysian Insider dengan sengaja telah memutarbelitkan fakta sebenar untuk menggambarkan UMNO sebagai mengajak PAS memusuhi bukan Melayu dengan memetik sumber-sumber yang tidak diketahui kesahihannya.

Malaysian Insider juga langsung tidak cuba mendapatkan komen balas dari UMNO yang hadir bersama untuk mengesahkan laporan tersebut sebagaimana seharusnya dilakukan oleh media berita yang bertanggungjawab.

Akibatnya, laporan Malaysian Insider bukan sahaja berat sebelah tetapi menimbulkan keraguan.

Khabar angin tersebar mengenai butir-butir perbincangan tersebut namun, tiada siapa yang dapat mengesahkannya secara pasti, termasuk Malaysian Insider. Nampaknya, wartawan portal itu tidak segan silu mereka-reka cerita sekadar untuk membangkitkan keresahan rakyat.

Ada yang menyatakan bahawa perbincangan tersebut lebih memfokuskan kepada pelantikan Datuk Hassan Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang semakin dibenci Sultan danj uga rakyat Selangor.

Ada juga khabar bertiup bahawa dalam pertemuan tersebut, PAS telah meminta agar UMNO menyerahkan Kelantan sepenuhnya kepada mereka tanpa perlu bertanding. Sebagai balasan, PAS akan beri laluan mudah kepada UMNO di negeri-negeri lain.  

Khabar yang paling kuat bertiup adalah berkenaan pembentukan kerajaan perpaduan. Namun, ini juga tidak dapat dipastikan oleh sesiapa. Menurut khabar ini, selepas Nik Aziz meninggalkan majlis, pemimpin UMNO dan PAS yang tinggal telah berbincang lebih lanjut tentang berbagai isu termasuklah pembentukan kerajaan perpaduan.

Walau apa pun yangdibincangkan, segala-galanya masih samar-samar kerana kedua-dua pihak belum lagi membuat kenyataan rasmi mengenai isi pertemuan tersebut.
Justeru, tindakan Malaysian Insider mengapi-apikan konon kerajaan UMNO tidak jujur terhadap bukan Melayu adalah tindakan terdesak manusia berhati busuk untuk membangkitkan kemarahan bukan Melayu terhadap BN dan Perdana Menteri.

Ini bukanlah mengejutkan kerana Malaysian Insider seperti juga media lain yang cenderung kepada pembangkang tidak pernah jemu cuba menggoyahkan perpaduan kaum dalam Negara ini.
   
Strategi pecah dan perintah ini dilaksanakan mereka dengan menggambarkan UMNO dan PM sebagai rasis, menindas dan tidak ikhlas terhadap kaum bukan Melayu.

Seperti semua PM Malaysia sebelum ini, sejak hari pertama memerintah lagi Najib tidak pernah sekali pun bermuka-muka atau tidak ikhlas dengan mana-mana kaum. Jika Perdana Menteri kita bersikap demikian, tidak mungkin kaum lain yang menguasai ekonomi Negara ini dan bukannya kaum Melayu.  

Tidak ada rekod langusng di mana Najib pernah membuat kenyataan bercanggah di hadapan kaum-kaum yang berlainan semata-mata untuk menjaga hati atau meraih sokongan.  Apa yang dikata, dikota, tidak kira kepada Melayu atau bukan Melayu.  

Tidak ada cakap belakang, tidak ada rancangan sulit dan tidak ada tipu muslihat. Itu bukan sikap Melayu dan bukan sikap Najib.

Najib tidak pernah membeza-bezakan rakyat dalam mentadbir Negara selaras dengan prinsip 1Malaysia. Sikap bermuka-muka, tidak ikhlas, cakap belakang, membuat rancangan sulit dan tipu muslihat demi untuk meraih sokongan adalah sikap yang jelas dimiliki oleh pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim.

Tidak seperti Najib, di sebalik imej Islam, jubah dan serban malah disulam dengan ayat-ayat Al-Quran, pemimpin-pemimpin pembangkang sering kali sanggup berkata dan menjanjikan apa saja walaupun bercanggah dengan kata-kata dan janji janji mereka terdahulu asal menepati cita rasa pendengar ceramah atau pembaca tulisan mereka dalam ketika-ketika tertentu.  

Tetapi, UMNO dan Najib bukan begitu. Najib akan berkata yang benar walaupun pahit atau sukar diterima oleh segolongan yang mendengar.  

Kesimpulannya, seharusnya pembaca Malaysian Insider lebih arif bahawa jika perbincangan tersebut adalah rahsia maka tidak mungkin Malaysian Insider mampu mengesahkannya walaupun menerima berbagai khabar dari berbagai sumber.

Jika butir perbincangan sememangnya rahsia, maka pemimpin kedua-dua pihak haruslah bijak menyimpan rahsia. Andainya rahsia sampai kepada pemimpin bawahan, apakah jaminan yang maklumat tersebut tidak ditokok-tambah, diolah atau disalahgunakan mereka? Apatah lagi bagi pemimpin PAS yang memperjuangkan Islam, mereka pasti lebih arif bahawa menyimpan rahsia adalah satu amanah besar. Apa gunanya ilmu jika tidak mampu memegang amanah?   

Namun, persoalannya ialah kenapa Malaysian Insider ingin benar agar bukan Melayu membenci Perdana Menteri dan kerajaan? Apakah Malaysian Insider cuak dengan perpaduan kaum di Negara ini? Atau apakah ada pihak yang cuak dengan perpaduan Melayu?

Apakah perpaduan Melayu akan menyebabkan kerugian kepada pihak-pihak tertentu?  Sebagai penduduk asal dan majoriti di Negara ini, Melayu tidak pernah mengancam pihak lain.  Lalu, apakah ada pihak yang merasa terancam dengan perpaduan Melayu?



Oleh Tarmizi Md. Jam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS