salam

Rabu, Januari 05, 2011

"Kali ini kita hidup dalam durhaka", kata Ibrahim Ali

Sejak dari dia muda di ITM sehinggalah dia tua, jarang teramat jarang saya menyokong Datuk Ibrahim Ali. Hari ini, saya terjumpa ucapannya di Dewan Rakyat pada 18/1/93. Saya jumpa dalam blog Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (mengenai Shuhaimi, lihat berita Malaysiakini hari ini "Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina").


Melihat ucapan Ibrahim di Dewan Rakyat itu, saya harap saya tidak dihukum gantung kerana saya amat berterima kasih kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu kerana ucapannya yang begitu pro-rakyat itu. Saya sudah lama dan sudah berulang kali mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menginisiatifkan pindaan perlembagaan yang mengkudungkan imuniti raja-raja.


Dalam soal menghadapi perangai raja-raja, tidak ada mana-mana pemimpin politik Melayu yang berani seperti Dr Mahathir. Tak dapat saya lupakan betapa meluatnya saya kepada sikap beberapa pemimpin PAS ketika pindaan perlembagaan itu. Dengan Allah menjadi Saksi kepada keikhlasan hati saya, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih, Tun!




Berikut ialah ucapan Ibrahim yang saya copy and paste dari blog Shuhaimi (sila klik untuk besarkan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS