salam
Memaparkan catatan dengan label Mempertahankan Hak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mempertahankan Hak. Papar semua catatan

Rabu, Januari 12, 2011

KEMBALIKAN SEMANGAT KEKUATAN ORANG MELAYU

Hatta Adnan berasa amat kagum dengan pendirian dan kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, mengenai tengkarah dan perdebatan berhubung apa yang disebut sebagai ‘ketuanan Melayu’.
Sultan Ibrahim tepat menyatakan bahawa kata-kata ‘ketuanan Melayu’ seharusnya diganti dengan ‘kedaulatan Melayu’ kerana ia bukan membabitkan soal ‘tuan’ atau ‘hamba’. Benar sekali. Apa guna jadi ‘tuan’ jika sekadar boneka orang lain. Apa guna jadi ‘tuan’ jika tidak berdaulat, bermaruah dan berjaya.
Banyak pihak, terutama golongan politik dan NGO ‘politik’, cepat melenting dan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang kononnya memperlihatkan ketegasan mereka. Ada yang mengadakan tunjuk perasaan dan ada yang membuat laporan polis.

Isnin, Januari 10, 2011

Mempertahankan Hak Secara Bijaksana

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan kebebasan hak asasi kepada seluruh warganegaranya tidak mengira bangsa dan juga agama, sebagaimana yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika kita percaya dan menghormatinya (Perlembagaan Persekutuan), tentulah kita juga harus menghormati semua kandungannya termasuklah keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja - Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di negara ini.

Tidak wajar adanya tindakan dari pihak-pihak tertentu yang mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara ‘tersebut’ yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan ia termasuk di dalam Perlembagaan Persekutuan namun, kenapa ia boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan segelintir rakyat ?

TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS