salam

Khamis, Februari 03, 2011

Sikap bohong, khianat Anwar punca anggota PKR ”chow liao”


MUAR 2 Feb. – Sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat laun akan menyebabkan beliau ditinggalkan seorang diri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu ”chow liao” atau cabut lari beramai-ramai, terbaru adalah Ahli Parlimen (MP) Padang Serai, N. Gobalakrishnan, yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 29 Januari lalu.
“Semua pengasas bersama sudah ”chow liao”, lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.
“Terbaru Gobalakrishnan… mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara,” katanya sambil menambah Anwar telah membuat pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang kebaikan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir kawasan Parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, BN tidak gentar dengan hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai.
Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS