JELEBU: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, meminta cerdik pandai dalam bidang agama Islam supaya tampil ke depan untuk menangani masalah perpecahan bangsa Melayu yang semakin kronik hari ini.
Katanya, golongan cerdik pandai ini tidak perlu takut dikecam oleh golongan ulama dalam sesebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Katanya, golongan cerdik pandai ini tidak perlu takut dikecam oleh golongan ulama dalam sesebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
"Mereka tidak perlu khuatir untuk menyuarakan pandangan bahawa mereka ini bukan mursyidul am. Golongan pensyarah dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ahli dalam agama pun layak memberikan pandangan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Tahun Baru Cina di rumah Ahli Exco Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Chennah, Datuk Siow Chen Pin, di Taman Bukit Kempas, Titi dekat sini, hari ini. Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu diminta mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyatakan bahawa realiti perpecahan bangsa Melayu pada hari ini hanya disebabkan kerana perbezaan politik mereka.
Rais berkata, keadaan perpecahan ini diburukkan lagi dengan tafsiran yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang bertaraf ulama seperti Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang banyak membuat kenyataan bertentangan dengan seruan perpaduan dikehendaki Islam.
"Keadaan seperti ini tidak harus berlaku. Tetapi berapa ramai yang berani menyanggah Datuk Nik Aziz?
"Tidak ramai yang mahu menyanggah beliau tetapi ramai pula yang sanggup menyokong kenyataan Nik Aziz yang ternyata sangat berlawanan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam dan ini memburukkan lagi keadaan," katanya.
Rais berkata, golongan ulama dalam UMNO juga tidak boleh berdiam diri dengan perkembangan ini.
"UMNO mempunyai cukup ramai alim ulama, lepasan Universiti Al-Azhar, imam, kadi dan lain-lain. Ulama dan intelektual Islam di luar UMNO dan parti politik juga bebas memberi pendapat dan pandangan," katanya.
Rais berkata, apa yang berlaku terhadap orang Melayu hari ini kebanyakannya berpunca daripada salah tafsiran mengenai agama dan perjuangan mereka. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan