salam

Jumaat, Februari 04, 2011

Bangga semangat patriotik

PUTRAJAYA 3 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan semangat kenegaraan dan cintakan negara oleh rakyat Malaysia yang berada di seberang laut yang dilihat amat kuat dan membara.

Menarik perhatian itu ketika mengadakan persidangan video dengan para pelajar dan profesional Malaysia dari tujuh negara di sini, Perdana Menteri berkata, beliau mendapati walaupun mereka berbeza keturunan tetapi masih tetap menjunjung Perlembagaan dan undang-undang negara.

"Para pelajar dan profesional Malaysia di seberang laut tetap beriltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berjaya yang hebat dan disanjung tinggi.


"Inilah kebanggaan kita, di mana kita berada itu tidak penting tetapi yang bermakna adalah apa yang kita tanam dalam hati dan jiwa kita tanpa mengira apa keturunan dan agama," katanya ketika berucap dalam program tersebut di Seri Perdana di sini hari ini.

Turut menyertai persidangan video tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Tujuh perwakilan negara yang terlibat dalam program itu adalah perwakilan dari Vancouver, Kanada; Los Angeles, Amerika Syarikat; Seoul, Korea Selatan; Guangzhou, China; Warsaw, Poland; Perth, Australia dan Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


TREBEST PLUS CAPSULE - HEBAT !!! HUBUNGI 010-9165803 EN. HUSSEIN dan KLIK GAMBAR PRODUK DI ATAS